Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Tuesday, December 12, 2017

Masa



Assalamualaikum. Peace upon you.
Struggle nak cari masa nk mnjenguk ruang blog yang usang ni. Bukan xda niat nak mengarang, tapi inilah kehidupan. Tambahan lagi menulis di ruang maya yang mungkin ia akan kekal selagi ada dunia. Kalimah tidak boleh sebarangan takut nanti banyak yang mempertanggungjawabkan.

Alhamdulillah.
Image result for arabic clockHingga kini aku masih diizinkan olehNYA untuk menikmati masa dunia. Masa yang tidak pernah menunggu, memandang tidak pernah kebelakang. Inilah masa, makluk ciptaan yang Maha Kuasa. Demi masa, ramai dikalangan manusia berada dalam kerugiaan. Inilah yang aku takuti. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui, janganlah engkau jadikan aku yang menulis dan mereka yang membaca ini tergolong dalam golongan orang yang rugi. Aamiin.

Image result for allahumma sholli ala sayyidina muhammad arabic khat

Merenung amal hingga ke hari ini, aku lihat banyak kurangnya, banyak juga dosa. Kita ini manusia bukan malaikat. Namun sejauh mana kita merenung dan menginsafi. Bukankah masa tidak menanti?
Menginsafi diri, aku cuba mencari jalan agar diri ini dijauhi dari segala kebusukkan dunia. Namun, itulah yang dikatakan agama. Sejarah menunjukkan bahawa yang benar akan berani apa sahaja kerana agama. Mempertahankan urusan agama yang sesukar seperti menggengam bara api bukan alasan untuk lari. Apatah lagi jika seandainya difikirkan berapakah masa yang kita masih ada.

Image result for allahumma sholli ala sayyidina muhammad arabic khat

Menghitung masa yang tinggal mengingatkan aku agar segalanya perlu disegerakan. Kebaikan tidak boleh dilengahkan walau kebanyakkannya tidak digemari manusia yang ramai. Ini kerana ramai diantara kita yang kurang tepat hitungnya. Kita sering menghitung dengan nafsu dan akal sedangkan telah kita ketahui bahawa ketetapan Allah itu melangkaui segalanya. Tiada sehelai daun pun yang gugur tanpa pengetahuan NYA. Manusia yang memilih untuk membuat keputusan maka tidaklah layak untuk mengatakan bahawa ia qada dan qadar Allah tanpa kita berusaha. Bukankah telah difirmankan bahawa Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Marilah saudara seagamaku, masa kita kian pendek. Sebelum kita di jemput pulang, marilah kita segera melakukan segala kebaikan agama sebanyak yang mungkin. Usah dipedulikan kata manusia. Bukankah kita ingin hidup dan mati kerana Allah dan Rasul SAW. Berapakah masa yang kita masih ada?

Wednesday, February 17, 2016

Kematangan seorang hamba

As salam. Menjenguk sekali skali ke blog yg usang ini, barulah aku memahami akan makna kekangan. Benarlah bahawa amat penting untuk kita mengingati akan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Dalam kesibukan perjalanan fisabilillah ini, terpanggil aku untuk berkongsi sedikit ilmu dari yang tiada. Ilmu yang Yang Maha Mengetahui itu hanya DIA. Yang Maha Bijaksana itu juga hanya DIA.

"In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful".

Teringat aku akan sebuah hadith nabi yg bermaksud, "Aku ini hanya penyampai/pemberi ilmu. Yang memberi kefahaman itu hanya Allah". Hadith ini ku lihat amat dekat dgn firman Allah di dalam Al Quran yg bemaksud, " Ya Muhammad, sesungguhnya tanggungjawab/amanah mu hanyalah menyampaikan risalahku dan yang memberi kefahaman/petunjuk itu hanyalah milik KU (ALLAH)".

Maksud ayat al-quran dan hadith ini amat memberi kesan padaku. Sesungguhnya kita semua hanyalah penyambung usaha baginda Nabi SAW, para Salafus Shalih, alim ulama dan setiap manusia yang mengagungkan Penciptanya, mencintai agamanya dan juga baginda Nabi SAW. Dan sesungguhnya kita ini juga tiada kuasa untuk memberi petunjuk kebenaran kepada manusia termasuklah insan-insan yang kita cintai kerana Allah. Namun, ia juga bukanlah alasan untuk kita tidak menyampaikan segala kebenaran islam. Cumanya, setiap usaha penyampaian itu perlulah di penuhi dengan sifat sabar dan dihiasi dengan hikmah.

Dicoretan pendek ini, aku hanya ingin berkongsi tentang 'kematangan seorang hamba'. Secara ringkas, kematangan seorang hamba ini aku terjemahkan dengan seikhlas dan sejujur mana ia dengan Penciptanya. Sebagai contoh, dalam hidup yang sebenarnya satu ibadah ini, sejujur mana kita redha dgn qada' dan qadar NYA. Kesakitan, kepiluan, kefakiran, kemiskinan dan ujian-ujian kesukaran yang lain amat menguji akan kematangan seorang hamba. Selain dari Nabi SAW, aku juga amat kagum dengan kesabaran Nabi Ayyub a.s. Bukankan golongan manusia yg bersyukur dgn nikmat dan bersabar dengan ujian itu adalah golongan manusia yang dicintai Allah? dan bukankah manusia yang benar beriman itu tahan diuji? Akhirnya aku menasihati diriku dan setiap yang membaca agar sama-sama berusaha mempertingkatkan 'kematangan seorang hamba'.


Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaNYA jualah kami kembali.
Yang baik itu dari Allah.
Kesilapan coretan ku mohon agar diampuni.
Maafkanlah kekurangan ku, insan yang masih serba kurang tahu.
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami hamba yang membaca al-quran namun sesat dengannya.