Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Sunday, December 26, 2010

Masjid

masjid di seri menanti N9

masjid terapung di terengganu

masjid negeri terengganu

masjid negeri kelantan

masjid rekabentuk cina di rantau panjang

masjid di lahad datu sabah

masjid daerah semporna sabah

masjid di pulau bum bum sabaha

masjid di pulau bum bum sabah


masjid daerah sandakan sabah


masjid UMS sabah

masjid terapung di KK sabah

masjid negeri sabah

masjid Tuaran sabah

masjid di siam reap kemboja
masjid negeri sabah

Sunday, December 19, 2010

syukurlah...

atas kesempatan dan rezeki dr Allah, aku sekali lagi dipelawa utk melihat perbezaan hidup, budaya dan kepercayaan masyarakat. Allah Maha Besar. perjalanan kali ini memperlihatkan aku bahawa betapa keyakinan terhadap agama itu penting.
Allah mentadbir sekalian alam.
aku diberi peluang utk merasai nikmat mandi di telaga. bagiku inilah yg membuatkan aku bersyukur. ketika mandi di waktu malam bersama dua lagi sahabat smbil berlampukan bintang-bintang, berdindingkan tumbuh-tumbuhan, aku merasakan suatu nikmat Allah - air. segar rasanya badan apabila air tawar menjamah badan. disuatu tempat, air tawar bukanlah mudah utk didapati. itulah hebatnya Allah mentadbir alam. aku amat bersyukur kerana Dia mezahirkan peluang begini dalam hidupku.sedikit sebanyak ia mengimbau kenangan waktu kecil.
perjalanan awal selama dua hari hanya memberiku kesempatan untuk tidur selama 10 min sebelum azan subuh berkumandang. laungan azan sampai ke telinga sebelum sahabatku mengejutkan aku untuk menunaikan solat subuh. alhamdulillah... ada juga kesempatan aku menunaikan solat subuh di daerah yang dirahmati ini.
saudaraku sekalian,
kita hanya berbeza agama, mungkin budaya, mungkin suku, mungkin bangsa, mungkin juga dimana kita berada. adalah amat penting bagi kita untuk menerima perbezaan yang hadir di antara kita kerana sesungguhnya sengaja Allah menjadikan kita berbeza. jika kita membawa yang benar untuk dijadikan tarbiah, maka belajarlah untuk mengenali perbezaan. kadangkala manusia itu bertindak berlainan dari yang sepatutnya kerana begitulah cara ia dibesarkan. salah siapa? mahu disalahkan ibu dan bapanya? sedangkan mereka juga terdidik sedemikian rupa. bukan mudah untuk mencari kebenaran jika dalam keadaan tanpa sedar kita sebenarnya masih lagi kejauhan.
saudara ku sekali... wahai bani Adam,... inilah hidup kita lillahi rabbil a'lamin.
tx u to all.

Monday, December 6, 2010

Benarkah tolong itu baik?

seringkali kita cuba untuk membantu insan-insan yang kita rasa memerlukan pertolongan. namun benarkah pertolongan kita itu baik, benar dan tepat? adakah ketepatan itu di ukur sebenar2nya dengan menggunakan nafsu, akal atau iman?

kita sering cuba membantu insan2 yang pada pendapat kita memerlukan bantuan. kadang mereka adalah sekadar rakan, ada juga yang mungkin seorang teman, mungkin juga jiran, suami, isteri. ada bantuan yang kita berikan atas dasar saudara seagama dan ada juga atas dasar kita sesama manusia. benarkah tolong itu baik?

pertamanya, insan yang sedang menghadapi apa jua masalah pada pendapat saya perlu dibimbing supaya mereka kembali ke jalan yang sebenar2nya di redhai oleh Allah. bukanlah penyataan ini menunjukkan kekurangan insan lain namun ia sebenarnya adalah untuk menyedarkan kita bahawa setiap kejadian sama ada baik atau buruk yang melibatkan diri kita adalah ketentuan Allah s.w.t. Allah sentiasa menjadikan yang terbaik    buat kita. hayatilah.

Apabila Allah mengkehendakkan ia berlaku maka ia pasti berlaku. itulah janji Allah. jika insan yang sedang menghadapi masalah itu mendakwa bahawa Allah itu zalim. beristigfarlah kerana itu yang dituntut. kemudian bermuhasabahlah melihat kepada kekurangan diri sendiri yang terjadi bukan kerana kejadian namun kerana mungkin rendahnya iman.

setiap yang menolong itu juga perlu berilmu. ingatlah..... 'berilmu tanpa amal itu yahudi dan beramal tanpa ilmu itu nasrani'.

bila nk menolong pastikan kita mempunyai ilmu tentang perkara tersebut. andai tidak, barangkali lebih baik kita diam. banyak lagi perkara yang kita boleh tolong dalam hidup ini yang kadangnya kita tidak sanggup untuk membuatnya sedang perkara tersebut terlalu mudah untuk di lakukan. sebagai contoh, kita terlalu sukar untuk senyum atau memberi salam. adakah kita memang gila jika kita menghulurkan salam kepada insan yang tidak kita kenali. bagi yang muslim alangkah baiknya jika kita senyum dan ucapkan assalamualaikum... pasti terasa bahagia orang yang mendengarnya. contoh yang kedua yang pada pendapat saya tergolong dalam perkara yang sukar untuk kita lakukan walaupun ia benar adalah tolong membenarkan firman2 Allah swt dan sabda rasulullah saw. iman kita sebenarnya agak goyah andai kita tidak mampu untuk membenarkan yang hak. mungkin ini yang kita patut pelajari - tolong membenarkan perkara yang benar dari Allah dan rasulnya walau terasa perit di hati mungkin walau terkorban diri. Alhamdulillah, tingginya iman umat terdahulu sehingga sanggup terkorban demi islam dan iman.

saudaraku.... tidak ada istilah aku hebat atau engkau hebat. kita hanya sekadar hamba. yang dapat memberi bantuan dan kebahagian yang abadi kepada kita hanyalah Allah shj. sebuah pertolongan yang terbaik adalah dari Allah swt. Hayatilah.

Tuesday, November 23, 2010

engkau dan aku islam?

tiba2 tertanya adakah engkau dan aku islam? tanpa ragu kita pasti berkata YA...engkau dan aku islam. kita bersaksikan perkara yg sama. sehari semalam amalan wajib yg lima itu juga sama, kehendak ramadan kita sama, al hajj itu juga kita kongsi sebagai rukun tidak telepas juga atas kita tuntutan zakat. adakah kita sama?
mungkin kita hanya manusia...benarkah HANYA sedangkan kita makhluk terbaik ciptaan Nya walau sebenarnya status kita hanya hamba.

adakah engkau manusia dan aku berbeza? bukankah KITA ada kurangnya. kita sama pada paksi namun beza itu pasti.

engkau dan aku islam?
dimana iman kita YG SEBENARNYA?

Thursday, November 11, 2010

sedar jangan tak sedar...

seorang insan pernah mengadukan masalahnya kepada diri kerdil ini. setelah diberi beberapa cadangan maka buat seketika, hilanglah gundah gulana. namun begitu, beliau sebenarnya sering menangis di ruangan sendiri mengenangkan nasib yang menimpa diri. mengapa? itu persoalannya kepadaku.

sebenarnya aku tidak cukup ilmu untuk memberi pendapat atau menasihati insan-insan ini. diriku ini bukan siapa-siapa. oleh yang demikian maafkan diriku ini andai tersalah bicara.
bukankah segalanya telah Allah perjelaskan untuk menghindari kita dari kesesatan. apa juga ujian yang hadir di dalam hidup ini bagi ku hanya kerana dua sebab. pertamanya adalah kerana itulah suratan menguji keimanan dan yang keduanya adalah sebagai balasan bagi dosa-dosa seharian.

setiap umat manusia yang mengaku beriman pasti di uji. itu adalah janji Ilahi. Islam berpaksikan pada satu Tuhan yakni Allah. Ia juga didasarkan dengan dua rukun iaitu rukun islam dan iman. kenyataannya adalah bahawasanya kita tidakkan lengkap andai kata yang kita ikuti atau kita pegang itu adalah salah sutu dari keduanya sahaja. percaya di dalam hati, mengaku dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota badan perlulah dilakukan dengan seikhlas-ikhlasnya. ini adalah kerana kita ini hanya hamba yang mengharapkan rahmat dari tuannya yakni Allah. siapalah yang mampu untuk membantu hamba dari di uji melainkan hanya dengan bantuan Yang Empunya Segala.

apa yang aku mampu lampirkan adalah sekadar coretan untuk kita kongsikan bersama. maklumlah, walaupun  kita adalah sebaik-baik kejadian namun tiada diantara kita yang tiada dosa.

antara yang paling utama adalah dosa yang kita lakukan dalam keadaan sedar akibat kerana lemahnya iman, kita terikut dengan hasutan syaitan- fitnah dan umpatan. mungkin ini adalah termasuk dalam apa yang rasulullah nyatakan iaitu ".... berwaspadalah kamu dalam perkara-perkara kecil..."

kita sering menggunakan alasan untuk berkongsi cerita atau menyampaikan 'kebenaran' demi membenarkan apa yang kita lakukan walaupun secalit iman kita telah sedia maklum...menyampaikan perkara yang tidak benar itu dinamakan Fitnah dan menyatakan perihal orang lain yang pada PENDAPAT kita merupakan keburukan adalah Mengumpat. bukankah mendengar umpatan dan mengumpat itu sama sahaja dosanya.

dalam dunia ini akan sentiasa wujudnya manusia yang suka menyebabkan manusia bertelagah, bersedih, berduka, menangis dan sebagainya. keadaan ini terjadi dengan izin Allah Yang Maha Besar. pasti berhikmah bagi insan yang memerhatikan keindahan Al Quran.

bukan niat untuk bercoret panjang, oleh yang demikian tanyalah diri kita...." bukankah HANYA dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". ujian datang dan pergi. yang menanti hanya syurga dan neraka. fikirlah. jangan menukarkan akhirat dengan dunia.

aku juga sedang berdosa..

Monday, November 8, 2010

dua mayat lagi..

kelmarin Allah sekali lagi menemukan aku dengan dua mayat serentak. kedua2nya mayat insan yang bergelar ibu. cuma nasihat ku buat anak2 mereka.... redhalah kerana inilah janji Allah... setiap nyawa yang hidup itu pasti akan merasai mati.
perkongsian hidup adalah suatu anugerah yang tidak ternilai. renungi dan hayati kerana kita bukan berseorangan dimuka bumi Allah ini.
la tahzan.
mereka telah berpindah..... kita masih di sini..

Thursday, October 28, 2010

syukurlah

"you not good... you only buy from boy... you dont buy from girl" said the girl
"sir... i come first... you  dont buy from me. you buy from my friend...i come first" said the boy and they all kept following me.
 itulah antara pengalaman yang sebenarnya agak menyedihkan kerana mereka terus mengikut kami hingga ke dalam van dan menghalang van dari bergerak.
akhirnya budak lelaki itu terus menangis terisak-isak. mereka adalah anak- anak kecil yang tiada bapa dan tiada ibu. 
di siam reap kami pergi melawat sebuah perkampungan islam. di situlah teletak sebuah restoran Hj Musa. tertarik saya dengan " daging lembu naik bukit". inilah serba sedikit cerita dari saya semasa berada di kemboja.

pendapat:
kita umat islam yang berada di Malaysia perlu bersyukur kerana berada di bumi bertuah ini kerana kita mewah sebenarnya walaupun kita sering merungut bahawa kita kekurangan banyak perkara. itulah yang dikatakan..lihat kepada orang yang lebih kurang untuk mempelajari erti syukur. itulah sebenarnya pengalaman yang telah saya lalui. bukan tiada insan-insan yang serba kekurangan di Malaysia. namun jika dikaji, sebenarnya banyak jalannya untuk kita keluar dari kemiskinan berbanding masyarakat kemboja sama ada muslim atau bukan muslim.
yang menariknya... mereka tetap ketawa untuk hidup dalam keadaan serba kekurangan.
apalalah nak dibandingkan kesusahan segelintir masyarakat kita berbanding masyarakat mereka.

bukan nak menganaktirikan nasib rakyat malaysia... namun... marilah kita meluaskan pandangan kita dengan mengembara ke pelusuk bumi Allah. di luar sana terlalu banyak perkara yang tersedia untuk kita amati dan hayati. bukankan ulul albab itu sentiasa memerhati dan memikirkan akan kejadian tuhan. janganlah di sempitkan pemikiran dengan memerhatikan perkara yang terdapat disekeliling kita saja. KEJADIAN ALLAH MELAMPAUI BATAS LOGIK AKAL UNTUK KITA HAYATI. ingatlah bahawa... logik akal hanya terlalu kecil.. janganlah kita buatkan ia YANG PALING BESAR.
sebenarnya MEMANG tak terluah oleh kata-kata. cuma BERSYUKURLAH

Tuesday, October 26, 2010

sebahagian gambar...perjalanan raya cabaran iman








 di atas saya lampirkan sebahagian dari gambar-gambar yang di ambil sepanjang perjalanan. maaflah kerana kualiti gambar kurang menarik kerana belum mampu memiliki dslr hehe.. dan maaf juga kerana tidak dapat meletakkan kesemua gambar kerana uploading makan masa yang banyak.
pelbagai pengajaran yang di dapati namun tidak berkesempatan lagi naki dikongsi. so saya harap gambar- gambar ini sekurang2 dapat memberi sesuatu inspirasi kepada kita untuk menghayati segala kuasa Allah.

 andai ada kesempatan saya ingin cuba laluan lain pula. dan sekiranya ada insan2 yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman susah senang travelling dengan kapcai n pelbagai pengalaman lagi yang bagi saya amat banyak pengajaran.... marilah... kita teroka bumi Allah demi menambahkan ketaqwaan kita padaNya.

Tuesday, October 19, 2010

perjalanan raya cabaran iman

seperti yang telah saya ceritakan perjalanan yang di lalui adalah lebih kurang 1470 km dengan membonceng motosikal. mulanya ada seorang dua teman yang ingin turut serta namun Allah tidak mengizinkan.
perjalanan melalui Terung, pantai remis dan Lumut. seterusnya ke manjung dan singgah sebentar di teluk intan. kemudian ke sabak bernam dan kuala selangor, jeram, kapar, meru dan klang. bergerak lagi ke seremban, senawang, kuala pilah, bahau jempol, muadzam, gambang, kuantan, cukai, kemasek, paka hinggalah ke kuala terengganu. terus lagi ke setiu, besut, pasir puteh, bachok, kota bharu, pasir mas, rantau panjang dan highway timur barat ke baling, kuala ketil, padang serai ....... inilah diantara tempat2 yang dilalui untuk pengetahuan insan yang bertanya.
memang ada sesuatu yang nak dikongsikan bersama pembaca. namun bersabarlah. insyaallah, jika berkesempatan, saya akan membuat kesimpulan pengalaman raya dan hampir seminggu berada di kemboja. diri ini terlalu kerdil untuk banyak berkata buat kali ini. maaflah kerana masih banyak urusan yang menanti. akhir kalam... hanya Allah yang Maha Mengetahui.....

hadis 298....refleksi

assalamualaikum..... hanya sekadar refleksi berdasarkan hadis berikut....semoga Allah mengampuni jika terdapat kesilapan saya dalam membentangkan hujah pendek ini.

dalam setiap perkara yang berkaitan agama... kita perlulah menolak sebarang unsur logik akal dan nafsu supaya pendapat atau pandangan kita tidak bias. sekiranya ada falsafah yang terhasil semata-mata berdasarkan dari kajian manusia, ia perlulah disusun supaya ianya tidak melebihi ketetapan akidah. dari kejadian2 Tuhan lalu terwujudlah teori-teori ciptaan manusia. kadang kedapatan bahawa ada teori yang hanya gah kelihatan sempurna kerana menggunakan logik akal semata. sedarlah bahawa hanya Allah memiliki kunci kepada perkara2 ghaib. usahlah di persoalkan perkara yang mungkin melampaui jangkauan akal. yang jelas menjadi amal ketetapan itu adalah sebenarnya lebih aula untuk di lakukan.

ajaran islam dan keimanan seorang individu bergelar muslim akan sentiasa membawanya kembali kepada Allah sama ada dalam bentuk penyerahan dan pengabdian diri termasuklah dalam amalan harian.
jika ingin dilihat bahawa ketetapan itu indah maka mungkin ini adalah sebahagian hikmah2 hadis 298.

a) ramainya jumlah wanita di neraka berbanding lelaki mungkin adalah berdasarkan bahawa di akhir zaman ini, ramainya nisbah wanita berbanding lelaki.
b) jumlah wanita yang ramai di neraka bukanlah bermaksud keSEMUA wanita akan ke sana namun ia sebenarnya adalah pertolongan dari Allah kepada wanita supaya mereka membuat pilihan sama ada untuk ke syurga atau neraka dan perkara ini perlulah dibuktitikan dengan amalan yang berdasarkan ilmu, kefahaman dan penghayatan islam dan iman itu sendiri.
c) walaupun dikatakan oleh baginda rasulullah bahawa wanita itu kurang akal dan agamnya, namun pastilah kedapatan wanita-wanita yang akal dan agama mereka ini lebih tinggi dan lebih baik dari lelaki...siapakah mereka?
mereka ini pastilah wanita2 islam yang menjadi ahli syurga kerana mereka lebih baik dari golongan lelaki yang menjadi penghuni neraka.
d) kaum lelaki juga tidak patut berasa riak dengan hadis yang menerangkan kekurangan wanita secara umumnya. ini adalah kerana kaum lelaki sepatutnya lebih sedar dan peka bahawa lelaki perlu memantapkan diri untuk menjadi pemimpin yang berkualiti bagi memimpin dan  menyelamatkan wanita dari siksa neraka. kegagalan lelaki untuk menjadi pemimpin yang boleh dijadikan contoh teladan juga merupakan punca kenapa wanita tidak terasa hormat kepada lelaki.
e) kaum wanita perlu sedar bahwa kadang perbuatan yang silap itu adalah bukan disebabkan oleh nafsu yang 9 namun ia juga disebabkan oleh akal yang satu. lelaki pula harus cuba memahami perbezaan ini dan sedar bahawa di sinilah ruang yang perlu dipimpin. namun sedarlah jua bahawa lelaki dan wanita itu saling melengkapi. 9 akal +1 nafsu =10, 9 nafsu + 1 akal=10. wanita harus menerima lelaki sebagai pemimpin dan memimpin suami jika ada terkurang.  suami perlu berpegangan untuk memimpin dan menerima teguran disudut kekurangan.sesungguhnya Allah menjadikan pasangan kita itu sesuai dengan kita. lelaki dan wanita PASTI mati. hanya amalan yang kita bawa...janganlah dilupa.
f)usah dicari salah siapa...atau siapa lebih hebat....carilah apakah yang sepatutnya menjadi amalan dan amanah kita. saya berpendapat bahawa itu adalah lebih utama.
g) kerana terkurang akal dan agama bagi wanita, dan mungkin terlebih akal dan mungkin juga agama bagi lelaki, menyebabkan kita kadang tersasar. beristighfarlah. pernah saya terbaca, ada firman Allah yang menyebut bahawa Allah tetap akan mengampuni dosa umat2nya walaupun kita datang bertemu denganNya dengan membawa dosa sebesar gunung.


setiap individu sama ada lelaki atau wanita perlu menerima islam dengan sebenar2nya.
setiap individu ada hak-haknya namun bagi saya, utamakanlah dahulu amanah kita sama ada lelaki mahupun wanita sebelum berbicara tentang hak. ALLAH sangat berhak ke atas semua makhluk Nya. dianugerahkan olehNya pelbagai nikmat dan ujian kepada kita sebagai bukti bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. mengapakah kita tetap ingkar.

kembalilah kepada yang asal.
amalkanlah intipati al quran dan sunnatullah untuk kebaikan dunia dan akhirat insyaallah.

Monday, October 11, 2010

hadis 298

assalamualaikum... di sini ingin saya kongsikan terjemahan dan kongklusi sebuah hadis yang terdapat dalam Shahih Bukhari , analisis dan rumusan oleh allahyarham ustaz ahmad semait. ia bukanlah untuk dengan niat untuk merendahkan atau meninggikan darjat mana2 golongan manusia, namun hanya untuk menunjukkan betapa adil dan indahnya islam.
dalam bab Wanita Haidh meninggalkan Puasa hadis 298;
- Daripada Abbu Sa'is Al-Khudri radhiallahu-anhu, dia berkata: Telah keluar Nabi s.a.w pada hari raya Adhha ataupun hari raya empat Fithri  ke tempat shalat (Mushalla), beliau singgah sebentar ke tempat kaum wanita, lalu berkata:
Wahai kumpulan wanita! Bersedekahlah, kerana sesungguhnya aku diperlihatkan yang kamu inilah yang paling banyak bilangannya memasuki neraka.
mereka bertanya: kenapa sampai begitu wahai Rasulullah!
Jawab Nabi: sebab kamu terlalu banyak melaknati orang dan selalu mengingkari kebaikan orang. Aku belum pernah melihat orang yang kurang akal dan agama yang melenyapkan pati fikiran lelaki yang tetap pendiriannya daripada kamu.
Mereka bertanya lagi: Apa lagi yang dikatakan tentang kurang agama kami dan akal kami, wahai Rasulullah?
Jawab Nabi: Tidakkah penyaksian seorang wanita itu umpama setengah penyaksian lelaki?
Jwab mereka: Bahkan benar!
Kata Nabi lagi: Yang demikian itulah dikira dari kurangnya akal kamu. Tidakkah jika datang haidh dia tidak bershalat dan berpuasa?
Jawab mereka: Bahkan itu pun benar, ya Rasulullah!
Tambah Nabi: Itu pula kerana kurangnya agama kamu.

rumusan hadis 298.
Nasihat Nabi s.a.w. kepada wanita itu sangat berkesan sekali. selain beliau menggalakkan mereka suka memperbanyakkan bersedekah, Nambi s.a.w mengingatkan mereka menjaga lisan dari mengucapkan hal-hal yang tidak baik, dan memperingatkan mereka supaya jangan suka mengingkari kebaikan orang, khususnya suami mereka, kerana kelakuan yang seperti ini timbuknya dari kurang akal dan agama. jika mereka menjaga kedua ini terpeliharalah mereka dari bencana-bencan yang disebutkan itu, sehingga kata Nabi, saya diperlihatkan umat ini yang kebanyakkan bilangan ahli neraka itu dari golongan wanita.
kemudian disebutkan sebabnya kaum wanita itu dianggap kurang akalnya dan kurang agamanya seperti yang diterangkan di dalam Hadis tersebut tadi. tetapi ini tidaklah mutlak tergolong kessemua kaum wanita, barangkali, sebab tidak kurang pula kaum wanita yang agamanya lebih baik dari kaum lelaki, dan akalnya lebih sempurna dari kaum lelaki. maka wajarlah kita ambil Hadis ini sebagai cermin untuk kita melihat diri kita, tidak kira kaum wanitanya mahupun kaum lelaki. jika sudah kaum lelakinya lebih buruk dari kaum wanita, apa hendak dikata, bila boleh dijadikan harapan bangsa, negara dan agama?!
Tegasnya, jika lelaki sampai terkongkong oleh segala kehendak isterinya, sehingga dia terpaksa melakukan apa sahaja kerana hendak memuaskan kehendak isterinya, tidak kira yang betul atau yang salah, maka ini juga termasuk hal yang menyebabkan wanita itu berkongsi dosa dengan suaminya, kerana ini juga sama dengan bunyi sabda Nabi s.a.w  'melenyapkan pati fikiran lelaki' sebab sudah tidak mampu berfikir lagi, tetapi dia akan menjadi seorang pak turut kerana mahu merelakan harapan buah hatinya.
(Faedah) mengingkari kebaikan orang, memperbanyak bicara yang buruk seperti suka melaknati orang, memperbanyak bicara yang buruk seperti suka melaknati orang, senang mencaci-nista, membuat fitnah di antara satu dengan yang lain, menghasut, menuduh palsu, mencemarkan nama baik orang, termasuk dosa-dosa besar yang harus dijauhi, tidak kira dari kaum lelaki mahupun kaum wanita yang mana dijanjikan balasannya dengan api neraka. inilah diantara perkara-perkara yang disebutkan di dalam Hadis di atas yang dirujukkan kepada kaum wanita yang suka sangat menyifatinya, wallahu-a'lam.

tenangaku hanya ingin memperlihatkan keindahan islam kepada semua pembaca. sesungguhnya semua manusia itu sama dan yang berbeza hanya amalnya. sekian.

Thursday, September 23, 2010

asas kekuatan agama part 2

agama adalah suatu keperluan di dalam kehidupan bagi setiap individu. menghayati agama sepatutnya akan menyebabkan seseorang itu menjadi lebih bersyukur dan lebih menghargai nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah dan bersabar dengan ujian-ujian Allah untuk membuktikan bahawa diri adalah seorang yang benar-benar beriman.
 kekuatan agama secara asasnya dipupuk melalui kepercayaan atau keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap suatu kuasa yang kita percaya. kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap kuasa yang mampu untuk melakukan segala-galanya termasuklah menghidupkan sesuatu dari yang mati dan mematikan sesuatu dari yang hidup merupakan bukti akan betapa kuatnya kepercayaan dan keyakinan.
bagi umat islam, iman itu perlulah wujud tanpa meragui akan mana-mana kalam Allah atau ketetapan-Nya terhadap sesuatu.salah satu kaedah untuk membina kekuatan agama adalah dengan lebih banyak bersyukur dengan nikmat2 yang telah Allah berikan terutamanya nikmat yang kita anggap sebagai remeh dan hak seperti nikmat mata, telinga, tangan, kaki, mulut, hidung, rambut, perasaan, jasad, roh dan sebagainya. bersyukur dan sedar akan kewujudan kita di muka bumi Allah ini insyaallah akan membantu kita untuk membentuk kekuatan agama bagi mengharungi kehidupan yang sementara ini insyaallah.

Tuesday, September 14, 2010

perjalanan raya

selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca. maaf zahir batin. hari raya tahun ini merupakan suatu pengorbanan bagi diri ini kerana saya telah mengambil keputusan untuk melakukan perjalanan untuk mencari sesuatu di dalam kehidupan sambil menghayati ramadan dan aidilfitri di perantauan.
jarak perjalanan yang saya lalui adalah sejauh 1470km dengan menggunakan motosikal. insyaallah perkongsian pengalaman akan di lakukan kemudian......insyaallah. hari ini tidak berkesempatan. maaflah kerana akhir2 ini terlalu sibuk dengan pelbagai urusan.

Friday, September 3, 2010

asas kekuatan agama part 1

banyak yang boleh dibincangkan dengan kekuatan agama dan apabila disebut tentang agama maka pasti ia tidak lari dari kekuatan iman. perbincangan mengenai agama pada pendapat saya tidak dapat dipisahkan dengan perkaitan iman kerana tujuan beragama (islam) itu sendiri adalah untuk membentuk kekuatan tauhid kepada Allah. teringat saya akan kata seorang hamba Allah, jika seseorang manusia itu mencari kebijaksanaan dengan mengagungkan penulisan atau pendapat manusia, samada melalui kajian atau pengalaman maka pasti akan membuatkan individu tersebut menjadi bongkak. bahayanya takut jika ia terjadi tanpa sedar. individu yang ingin membentuk kekuatan agama perlulah pada pendapat saya memahami asas kekuatan agama itu sendiri sebelum cuba mengkaji perkara-perkara lain yang menjadi urusan kehidupan. atas dasar ini saya berpendapat bahawa kekuatan agama itu mampu dicapai sekiranya kita benar-benar menghayati kalamullah dan ketetapan Allah itu sendiri. HAYATILAH dan AMALKANLAH AL QURAN .

mencari kekuatan agama melalui al quran pasti tidak akan membawa kepada kesesatan. inilah janji Allah yang turut diperjelaskan oleh rasulullah s.a.w. lafaz janji Allah berbeza dengan janji yang dibuat oleh manusia kerana Allah itu Maha Berkuasa dan Allah itu tidak akan memungkiri janji. opps tak dapat sambung... ada tamu. sekian dulu. insyaallah akan bersambung............

Thursday, August 26, 2010

coret sini

ada mungkin insan yang tidak dapat memahami apa yang cuma saya ungkapkan..... tapi... tidak mengapa..
ada juga mungkin insan yang menyatakan mengapa begitu susah untuk melalui kehidupan ini...sesungguhnya itulah ketetapan Allah.
jika direnungkan pasti akan hadir terlalu banyak perkara untuk diperdebatkan, nak diterangkan atau yang ingin kita lakukan.
memikirkan  tentang insan lain atau memikirkan tentang diri sendiri merupakan suatu tuntutan. namun andai dibicarakan tentang keimanan... maka adalah lebih baik kita kukuhkanlah keimanan diri sendiri terlebih dahulu. janganlah kita menjadi seperti pepatah melayu yang menyebut...
'paku dulang paku serpih... mengata orang .....'
atau...
'janganlah menjadi seperti ibu ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus'.

hmm... bagi sesetengah insan yang suka membaca teori dan kaedah yang dicadangkan oleh seorang hamba-Nya...pastilah akan dapat mengenalpasti bahawa terlau banyak teori ciptaan manusia yang terdapat dipasaran. teori yang terluah setelah dilakukan kajian.

namun jauh disudut hati ini terdapat pertelagahan. mengapa diperlukan teori ciptaan manusia? mungkin ada yang akan menyatakan bahawa teori perlu kerana ia membantu manusia untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. teori akan menyebabkan manusia berpegang kepada sesuatu kajian yang telah dilakukan.

saya sering tertanya-tanya akan kenapa.... bukankah yang diluahkan oleh rasulullah adalah dari Allah. bukankah hanya perkara yang datang dari Allah itu yang terbaik.
setakat ini sahaja untuk kali ini.. saya memilih untuk membiarkan persoalan tentang sesuatu yang nak dicakapkan itu tergantung.......
sekian.

Sunday, August 15, 2010

datang lagi...

datang lagi setelah setahun menghilang... Ramadhan datrang lagi...

banyak perkara yang sebenarnya saya fikirkan akhir2 ini disebalik ramadhan itu sendiri. ramadhan membawa barakah, rahmat dan pengampunan. kejadian milik Allah kerana Allah lah yang memiliki segalanya. terlalu banyak kemuliaan ramadhan jika nak dibincangkan namun sebenarnya saya lebih ingin membicarakan apa yang terlintas dibenak minda marhain ini.

saat2 yang berlaku dalam kehidupan hari-hari menyebabkan saya tidak dapat mengelak dari bermain dengan perasaan. SEDIH... itu sahaja yang dapat saya katakan. kita semua manusia terutama umat islam, telah mengaku beriman dengan Allah......... Allah itu kekal setelah segalanya musnah (akibat tangan-tangan manusia itu sendiri). pastilah kita tidak dapat mengelak dari berlakunya KIAMAT mahupun menangguhkannya apabila KUN kata Allah.

sedih apabila memikirkan akan terbatasnya akan kuasa kita untuk mengubah manusia.... bulan puasa bukan merupakan alasan untuk mengatakan ....aku letih.... bulan puasa membuatkan umat islam sepatutnya lebih kuat iman dan amalnya dan ianya sepatutnya berterusan dan menjadi lebih baik dari hari ke hari terutamanya ketika dunia ini telah semakin membongkok tua bukan kerana usia tetapi kerana termakan bisa yang ditabur oleh tangan2 manusia.

benarlah mungkin kata orang-orang lama bahawa manusia itu sebenarnya membawa bisa kerana itulah kalah bisa orang katakan tegal biasa. ulama dipandang enteng umpama angin iman yang bertiup lembut, membelai diri dan jiwa namun hanya dibiarkan pergi begitu sahaja seakan-akan ilmu yang dicurah umpama titisan iman yang jatuh ke daun keladi.... bertakung sebelum ditiup badai moden.

sedih adakah berguna jika kita...umat manusia.... hanya menangis meratapi masa dan dunia namun mati hati kerana hati telah bertuankan nafsu. ada manusia yang sedar bahawa diri tidak bertuankan iman namun yang lebih sedihnya..... ada manusia yang tidak sedar bahawa amal perbuatan yang disangka baik itu salah... bukan kerana agama namun atas kecenderungan manusia yang mahu diri lebih maju dan terkehadapan..

fikirlah kamu wahai saudaraku bahawa hidup ini akhirnya ada dua jalan... inilah hidup...hanyalah sekadar suatu kehidupan.

Saturday, August 7, 2010

jika bercakap ttg manusia... kita serig percaya bahawa kita sebaik2 kejadian makhluk ciptaan Allah. ditugaskan kita untuk menjadi khalifah bagi memakmurkan bumi Allah ini. itulah kenapa manusia diberikan akal.

dengan berbekalkan akal yang diberi pula ramai diantara kita sentiasa cuba memikirkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dan ramai juga yang cuba memikirkan yang terbaik untuk insan-insan lain. namun begitu, kita kadang mungkin akan tersilap membuat keputusan untuk orang lain kerana manusia ini berbeza. Allah tidak menjadikan manusia itu sama.

kerana perbezaan yang merupakan fitrah kejadian kita, berlakulah perdebatan ttg siapa betul atau siapa lebih baik atau lebih tepat yang kadangkala di akhirnya berlaku pertelingkahan. masing-masing kadang tegas mempertahankan pendapat masing-masing kerana kebiasaannya pendapat yang lahir itu dibuktikan melalui kajian yang dilakukan mengikut kepakaran masing-masing dan kadangkala, kajian yang dilakukan menelan belanja hingga jutaan ringgit.

saya juga adalah seorang manusia, makhluk ciptaan Allah yang cuba untuk mengoptimumkan penggunaan akal pemberian Allah. namun begitu, semakin saya mengkaji akan sesuatu perkara maka hanya suatu kesimpulan yang dapat saya buat. biar apa pun lapangan kajian yang dilakukan, biar apa jua kaedah yang di gunakan. semuanya hanya akan kembali kepada suatu kesimpulan.....KEBENARAN ITU HANYA MILIK ALLAH. segala kajian atau pendapat yang saya cuba berikan, ianya tetap berada untuk membenarkan kalamullah. walau pahit untuk diterima oleh akal, jiwa atau apa sahaja. itulah KEBENARAN...yang membuktikan kasih sayang Allah yang menjangkaui kelebihan akal manusia.

Monday, August 2, 2010

sekadar..

Friday, July 30, 2010

yang nak diucap....

setelah sekian lama saya kembali bertemu dengan insan-insan yang ingin membaca hasil penulisan insan kerdil ini. apakah perkara yang hendak diucapkan...segalanya.... jika berkesempatan. namun, untuk penulisan yang ringkas ini, mana mungkin segalanya ingin diucapkan....

Ya Allah... hambaMu yang kerdil serta jahil ini memohon agar dibantu agar pendapat yang lahir bukan sahaja diizinkan malam diredhaiMu.

yang hendak saya ucapkan adalah perkara yang berkaitan tentang keimanan kita terhadap Allah s.w.t.
secara zahirnya kedapatan ramai dikalangan kita mengaku beriman namun kita tidak memahami erti keikhlasan iman itu sendiri. mungkin inilah dikatakan manusia. kitalah makluk yang diutus untuk menjadi khalifah yang mengurus. namun tangan-tangan manusia jualah akhirnya yang akan merosakkan alam ini. jika kita hayati akan amaran ini, ia jelas menerangkan bahawa terdapat perkara-perkara yang kita lakukan telah jelas pada pemikiran kita bahawa ia merupakan suatu kesilapan dan mungkin jua ada perkara-perkara yang kita lakukan itu adalah salah namun menjadi kabur kerana kita hanya menggunakan logik akal sahaja untuk membuat keputusan. fahamilah saudaraku sekalian.

setiap kita mungkin berhajat untuk melakukan atau membawa perubahan yang kita percaya bahawa ia adalah kebaikan. namun pilihlah kebaikan yang paling utama atau yang paling tinggi aras atau darjatnya kerana di sana akan lahir umat yang hidup dan matinya diredhai Allah. kebaikan itu bagi saya diukur pada niat dan perbuatan yang segalanya berpaksikan kepada Allah. kekuatan dan kejayaan bergantung kepada asas.

akhir kalam kali ini, cerminlah diri sendiri dari mencermin kekurangan insan lain. lihatlah sama ada diri kita telah penuh dengan perhiasan-perhiasan yang dituntut agama. insyaallah mencari perhiasan agama untuk menghias diri sendiri pasti diredhai Allah. sesungguhnya nimat dunia ini sekadar sementara.

Thursday, July 8, 2010

terimalah...

beranikah anda untuk meletakkan diri anda di dalam suatu kesukaran...
atau suatu kepayahan... atau kepedihan... kedukaan...kesibukan...atau mungkin kepedihan. orang tua-tua selalu berkata... jgn cari susah... apakah sebenarnya itu yang dikatakan sebagai "kesusahan".

persoalan ini sebenarnya tiba2 terdetik di hati saya kerana saya sebenarnya agak kurang paham akan erti kesusahan atau segala macam keperitan. namun begitu, tidaklah saya nafikan bahawa sebagai seorang manusia biasa... saya juga mempunyai pengalaman2 sedemikian di dalam kehidupan.

persoalannya mungkin mengapa?
inilah yang saya maksudkan diri saya juga manusia biasa... terimalah.... itulah kata orang-orang yang benar-benar beriman. ujian kegembiraan, kesenangan kekayaan, kesihatan dll di terima dengan penuh syukur dan segala ujian yang menghadirkan perasaan sedih, sukar dsbnya diterima dengan penuh kesabaran. inilah sebenarnya insan yang benar2 beriman.

terimalah...
ujian dari Allah bukan sahaja perkara2 yang mendatangkan kesukaran. Allah tidak zalim. manusia sebagai hambaNya pasti diuji. terimalah dengan sabar dan tanpa mengeluh.

ingatlah...
andai kita benar2 menerima islam sebagai agama kita maka pastilah kita perlu menerima segalanya dari Allah dengan redha serta disertai dengan usaha untuk merubah diri kita supaya kembali kepada fitrah asal kejadian manusia itu sendiri dimana manusia, sebagai seorang hamba Allah, juga bertanggungjawab sebagai khalifah.

hukum Allah itu bukan enekmen buatan manusia. berpeganglah kepada Al quran dan sunnah niscaya manusia pasti tidak akan sesat.

wahai ibu... wahai ayah... wahai saudara dan saudari semua... redhailah dan terimalah segala ujian Allah dengan hati yang tenang. teruskanlah ibadat, amalkan dan hayatilah ilmu agar islam itu diterima dengan sebenar-benarnya.

terimalah dengan seikhlasnya andai kita benar-benar beriman.

Saturday, June 19, 2010

segalanya....

setiap inci diri adalah amanah...
setiap hembusan adalah amanah...
setiap yang dicari juga amanah...
setiap yang diberi juga adalah amanah.

yang hak itu amanah...
yang memberi hak itu amanah...
yang menerima hak itu memegang amanah...
yang mencari hak itu mencari dan memegang amanah...

hidup itu amanah...
belajar itu amanah...
mengajarkan itu juga amanah...
berusaha belajar itu amanah...
berusaha belajar mengajar itu amanah...

belajar demi ilmu Alllah itu amanah....
mengajar demi ilmu Allah itu juga amanah...
beradab untuk belajar itu amanah...
mengajar adab ilmu itu juga amanah...

demi Allah hidup dan mati ini memikul amanah...
demi Allah biar sakit tetap ku genggam bisa dunia kerana amanah...
demi Allah jua segalanya...
hina diri ini di dunia tidak mengapa berbanding....
megahnya diri dengan mengabaikan amanah diri kerana Allah.

demi kerana amanah itu dari MU Ya Allah...
ku pohon agar dikuatkan segalanya dengan kekuatanMu...
Amin..

Saturday, June 5, 2010

Malunya.........

assalamamualaikum kepada saudara seagama dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.
bila ada peluang menulis setelah sekian lama, kadang ingin sahaja diri ini memberi alasan. namun setelah difikirkan...biarlah akan alasan2 itu kerana inilah kehidupan.

kali ini "MALUNYA..." menjadi tajuk utama.
siapa yang malu? kenapa dan mengapa malu? perlukah malu? patutkah tak malu?

sebenarnya inilah apa yang saya rasai ketika mula membelek2 bab pertama yakni 'memasang niat' di dalam Shahih Bukhari/jilid1/set pertama (2006) yang di analisa dan dirumuskan oleh Syed Ahmad Semait serta sebuah kitab yang ditulis oleh Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni yakni Warisan Peninggalan Nabi(2007) dimana tajuk pertama beliau adalah 'Amal Perbuatan Mesti Disertai Niat'.

kesimpulan dari pembacaan bab 'ini', saya berasa amat malu kerana ulama2 ini telah memulakan penulisan mereka dengan menerangkan beberapa hadith yang berkenaan dengan keutamaan amalan yang  perlu dimulakan dengan niat sedangkan saya memulakan blog ini dengan tajuk 'Penawar'. semoga Allah mengampuni kekurangan diri ini.

Malunya diri ini sebenarnya kerana tidak dapat menghasilkan penulisan yang mantap seperti mereka. namun, saya ingin meniru (izinkan saya) moto penulisan Syed Ahmad Semait (semoga Allah merahmati roh beliau) yang beliau sandarkan kpd hadith marfuk, yang bermaksud: Bersabda Nabi s.a.w., 'Akulah sebagus-bagus anak Adam, dan sebagus-bagus seseorang sesudahku ialah seorang lelaki yang mengetahui sesuatu ilmu agama, lalu dia menyebarkan ilmunya itu, dan juga seseorang yang mempertaruhkan jiwanya pada jalan Allah! - Itulah yang saya maksudkan, mudah-mudahan itulah yang Allah takdirkan, amin! (Syed Ahmad Semait).

dinyatakan oleh Dr Aidh juga bahawa Imam Bukhari dan Imam Syafi'i juga memulai penulisan mereka dengan hadith (Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu mesti disertai dengan niat). mereka juga membuat analisa dan penerangan tentang hadith tersebut. malu rasanya kerana terasa bahawa ilmu yang Allah kurniakan kepada diri ini terlalu sedikit dan mungkin tidak layak untuk bercakap tentang beberapa perkara. takut juga nanti ada silapnya. semoga Allah mengampunkan dosa2 yang saya lakukan tanpa sedar sewaktu menulis blog ini. semoga pembaca yang lebih ilmunya juga dapat memaafkan kekurangan diri saya. marilah kita berkongsi menyebarkan serta menegakkan ilmu Allah. saya juga berdoa agar Allah memberikan saya kekuatan untuk cuba menyampaikan ilmu2-Nya dalam usaha untuk mendidik manusia supaya lebih memahami dan mengenali Allah serta sedar, yakin dan beramal seperti mereka akan kembali menemui Allah esok hari. sesunguhnya hanya Allah yang mampu memberi petunjuk serta kekuatan ke atas diri setiap individu supaya hidup beramal kerana Allah s.w.t.

saya juga memohon keampunan dari Allah kerana tidak menjadikan ucapan basmalah sebagai pembuka penulisan di dalam blog ini.

beginilah malunya yang menjadi tajuk kali ini yang juga memaparkan kekurangan diri ini di dalam menulis. semoga Allah mengampuni segala dosa serta memberi petunjuk kepada saya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik untuk tatapan pembaca. semoga kalian tidak jemu dengan celotehan dan kekurangan saya. minta maaf.


Ustaz Syed Ahmad bin Muhammad Semait

(21/8/1933 - 15/7/2006)

Friday, May 28, 2010

susah yang mudah part 2...

di bawah tajuk yang sama kali ini ingin saya membincangkan ttg pengalaman yang baru saya lalui baru2 ini. ketika sedang menghadirkan diri di sebuah majlis dimana malaikat menghamparkan sayapnya, ada dua isu yang terdetik diminda ini ketika itu.

pertamanya, telah dikatakan oleh rasulullah saw bahawa setelah iblis dan syaitan gagal menghasut dlm perkara2 besar maka berwaspadalah kamu ke atas perkara2 kecil. pada majlis yang dihadiri oleh para malaikat, diajarkan ilmu kitab  yang isinya dihujah oleh dua imam yang kedua2 mengikut mazhab as shafie. terdapat khilaf ulama di atas perkara yang menjadi topik pengajian. yang sedihnya, ada ketikanya, terdapat manusia seperti saya yang masih mungkin amat kurang ilmunya mahu mempertahankan sesuatu yang hanya menjadi khilaf dikalangan ulama sahaja. bukankah ulama2 mujtahid terdahulu tetap meraikan khilaf dikalangan mereka. ini kerana khilaf itu kebanyakkannya perkara2 kecil untuk lebih memantapkan amalan. sekiranya kita bukan AHLI dalam ilmu tersebut bukankah lebih baik kita hanya menturuti kerana yang asas ke atas sesuatu itu telah pasti. yang wajib juga jelas mahupun yang haram. islam juga satu. Allah itu yang Maha Mengetahui dan Maha Adil. Allah tidak zalim.

perkara yang kedua adalah tentang sunnah rasulullah.
memang seperti yang kita ketahui sunnah rasullah jika dilaksanakan kita akan mendapat pahala. kita berhak memilih untuk melaksanakan sunnah-sunnah rasul atau tidak. namun begitu, bukankah insan yang ingin kita contohi adalah rasulullah saw. bukankah baginda merupakan contoh yang tebaik. bukankah amalan-amalan baginda juga merupakan amalan insan yang mencintai Allah. lalu mengapa kita berat untuk mengikut sunnahnya. bukankah kita ingiin menjadi seperti baginda - insan yang dijamin syurganya. mengapa baginda tidak terasa susah dalam setiap amalnya. ini pastilah kerana segalanya itu DEMI ALLAH. lalu yang susah menjadi mudah.

TAATTILAH ALLAH DAN TAATILAH RASUL
yang sukar itu mudah sebenarnya...
ketuklah pintu hati yang sunyi...
agar kehidupan selepas hidup itu bahagia nanti.

Tuesday, May 25, 2010

susah yang mudah...

jika dibualkan ramai dikalangan kita yang masih menyimpan dendam, perasaan benci, iri hati, tidak puas hati dan sebagainya yang menyebabkan diri sendiri sebenarnya tidak menjadi tenang. siapa yg susah akhirnya.... bukankah diri kita sendiri.

setiap insan pasti sebenarnya memang mengerti bahawa apa yg dinyatakan di atas adalah diantara penyakit2 hati. kita juga telah sedia maklum akan apakah ubatnya. sesuailah dengan firman Allah berkenaan dengan penawar segala penyakit yang ada di dalam hati ada adalah al quran. inilah perkara yang kita semua telah yakini dan ramai diantara kita telah memahami.

disebalik pengetahuan dan kefahaman yang kita punyai, penyakit2 hati ini masih lagi sering datang dan pergi. persoalannya mengapa? diri yang jahil ini berpendapat bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh kurangnya penghayatan terhadap kalamullah itu sendiri. maafkan diri ini jika ia kedengaran agak kasar.. namun sebenarnya ia adalah sesuatu yang ikhlas dari hati.

seperti yang kita ketahui dan yakini, al quran adalah kalamullah. di dalamnya terkandung khabar berita gembira dan juga peringatan kepada semua manusia. dilampirkan kisah-kisah manusia terdahulu untuk dijadikan teladan dan sempadan. di dalamnya juga terkandung perkara-perkara yang menjadi janji Allah untuk hari kemudian. cubalah kita mengambil iktibar dan penghayatan dari kalam Tuhan.

al quran merupakan kitab suci yang merupakan jaminan dari Allah bagi manusia yang ingin mencari dan ingin terus berada di atas landasan kebenaran. terlalu banyak kebaikan al quran jika hendak di bahaskan malah pasti kelebihannya melangkaui batas kemampuan hujah saya. cuma satu perkara sahaja yang ingin saya tegaskan. tanya diri kita sendiri... apakah yang kita dapat setelah membaca Al Quran? adakah kita memperoleh ketenangan.

fahami dan hayatilah al quran kerana di dalamnya terkandung segala ubat bagi segala penyakit kecuali mati. fahamilah setiap janji Allah. yang susah adlah kerana kita manusia sering ingkar dengan kalam-NYA dan yang mudah adalah apabila setiap kepahitan hidup di anggap sebagai sesuatu yang indah dari-NYA.
bukankah kita akan kembali kepada Allah.
sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti merasai mati.