Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Sunday, February 28, 2010

Penawar 1

insyaallah...bagi yang masih tercari-cari maka saya berharap agar blog ini dapat membantu kalian.
pertamanya... jika kalian mencari perubahan maka maksud perubahan itu terlalu besar untuk dihuraikan secara umum. terdapat perubahan yang baik kepada manusia tetapi tidak semestinya dari sudut agama. namun yang demikian, perubahan yang baik dipandangan mata agama pasti baik untuk sekalian umat manusia.

tidaklah dapat saya berbicara berkenaan pandangan agama lain kerana kurangnya pengetahuan saya. namun begitu saya amat pasti bahawa kesemua agama di dunia menuntut penganutnya melakukan perubahan ke arah kebaikan.

bercakap ttg perubahan maka yang paling perlu kita ubah pastilah diri sendiri terlebih dahulu. berdasarkan pengalaman, jika kita ingin sesuatu perkara atau insan lain menjadi baik maka pasti kita perlu menjadi baik dan sentiasa membuat penambahbaikkan. inilah tuntutan muhasabah diri. ia bersesuaian dengan apa yg dituntut oleh islam supaya hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.

allah menjadikan manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian. teringat saya kata ustaz hassan din bahawa darjat manusia adalah sangat tinggi bahkan manusia dapat mencapai darjat yang lebih tinggi dan baik dari para malaikat. namun begitu, darjat manusia juga boleh menjadi lebih rendah dan lebih buruk dari bangkai binatang. oleh yang demikian, manusia mempunyai kuasa untuk mengubah dirinya. sesuai dengan firman allah di dalam al quran yang bermaksud bahawa allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. la tahzan jika kita sudah mencuba namun masih belum berjaya merubah diri kerana allah telah berjanjji. yakinlah dengan janji allah, masanya pasti tiba untuk kita. inilah konsep keimanan yang diterapkan oleh islam kepada umatnya.

berusahalah dan berserahlah....

jika ditanya kepada setiap insan pasti akan memilih untuk mendapat darjat yang lebih baik dari malaikat. namun inilah yang dikatakan manusia. kebanyakkan kita yang mengaku beriman biasanya hanya menerima sebahagian dari ajaran dan menolak sebahagian dari ajaran islam (saya juga masih tidak terlepas dari kelemahan ini namun tetap berusaha). pada pendapat saya, jika kelemahan ini masih belum dapat ditangani 100% maka kita pasti perlu sentiasa merubah diri sendiri. salah satu kaedah yang saya gunakan ialah dengan cuba betul-betul memahami, meyakini dan menghayati akan kalimah istirja' yang menuntut kita sedar bahawa dari allah lah kita datang dan kepadaNya lah kita akan kembali. kalimah kedua pula yang saya gunakan adalah janji kita kepada allah sekurang2nya 5 kali sehari bahawa sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk allah (tuhan seluruh alam). ingin saya kongsikan hujahan Dr daniel dalam bukunya quran saintifik; iman itu perlu dibajai dengan kalamullah (al quran) dan bukti2 kejadian yang ada di langit dan di bumi. maka oleh yang demikian, untuk menyuburkan lagi iman kita, kita perlulah sentiasa merenung dan berfikir akan kedua perkara ini sama ada ketika sedang berdiri, duduk atau berbaring. carilah ulama untuk medapatkan kepastian tentang pandangan. yakinlah allah boleh memberi kefahaman agama kepada insan yang Allah kehendaki.

kita biasanya mengakui akan adanya ujian dari allah namun yang diterima dengan redha pastilah yang dapat mengembirakan hidup kita dan memudahkan urusan-urusan kita. kita lupa bahawa allah sentiasa memberikan ujian kepada kita. ujian dari allah adalah yang berbentuk kegembiraan dan kedukaan. ini kerana hanya Allah lah sahaja yang mentadbir alam ini. Allah lebih memahami kita dan mengenali diri kita. terdapat satu ayat di dalam al-quran yang menyatakan bahawa allah terlalu dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat yg terdapat di leher kita. Allah pasti dapat melihat apa yang kita buta termasuklah apa yang ada di dalam hati kita.

penawar 1 ini saya tujukan buat insan-insan yang mungkin mahu berubah dan menikmati hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat. meminjam kata seorang penceramah dari indonesia; perubahan itu perlu bermula dengan 3M iaitu:
Mulai dari diri sendiri.
Mulai dari hal-hal yang kecil.
Mulai dari sekarang.

berdasarkan kepada hujahan beliau saya berpendapat bahawa jika kita mengambil kira M yang pertama untuk membantu kita berubah maka kita perlulah bermula dengan hati. ini kerana allah s.w.t ada berfirman di dalam al quran bahawa dalam badan manusia itu ada seketul daging iaitu hati, jika baik daging (hati) itu maka baiklah semuanya.

buanglah perasaan yang buruk di dalam hati yang biasanya terzahir melalui perbuatan atau percakapan. ingatlah bahawa allah telah berfirman di dalam ayat 148 surah an-nisa yang bermaksud "Allah tidak menyukai perkataan buruk( yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang di zalimi. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui". walaupun dalam ayat ini allah mengizinkan bahawa orang yang dizalimi boleh bercakap kasar namun saya berpendapat, untuk berubah maka memberi maaf itu adalah lebih baik untuk merubah diri sendiri. contohilah rasulullah...
inilah penawar 1 dari saya. insyaallah jika telah ketentuanNya maka saya akan terus menulis untuk membantu diri kalian dan diri saya sendiri.

segala yang baik dari saya adalah sebenarnya dari allah dan milik allah jualah diri ini.

saudaraku..aliya

ada kebenaran disebalik apa yg telah engkau utarakan..
benarlah setiap individu itu berhak dengan haknya... namun setiap hak hadir dgn amanahnya...dan amanah itu perlu dipikul sebaik-baiknya.
firman allah dalam al-quran.."apa sahaja yg dilakukan oleh manusia itu adalah untuk dirinya sendiri".

dalam ayat lain allah s.w.t juga ada mengingatkan rasulullah bhw baginda adalah pembawa peringatan namun baginda pasti tidak dapat memberi petunjuk kepada manusia...kalau nak dicatatkan tentang ayat2 al-quran maka pasti terlalu byk yg boleh diutarakan.
segalanya adalah bergantung kepada kesedaran individu terhadap dua nikmat allah yg paling besar terhadap setiap umat islam iaitu islam dan iman.
saya adalah individu yg saudaraku kenal mungkin mengikut pandangan mata... di sini sahaja jika kita mempunyai persepsi +ve atau -ve sesama kita maka belum tentu ianya benar. namun ia (mempunyai persepsi terhadap insan lain) akan benar kebiasaannya kerana kita insan biasa.

ingat saya kepada sepotong ayat quran yg menyentuh kisah nabi yusuf dan ayahanda baginda dimana allah ada berfirman dalam al quran bahawa pengetahuan yg ada pd kita adalah setakat yg diberi olehnNya..

kita pasti tidak memegang kunci kepada perkara2 ghaib dan kita pasti tidak dapat mengetahui akan setiap daun yg gugur dari sepohon pokok apatah lagi di muka bumi allah ini. teringat saya tentang kata seorang ulama... "untuk sesuatu berubah maka kita perlulah dahulu berubah"

nabi muhammad adalah kekasih allah namun baginda juga tidak dapat mengislamkan semua umat manusia namun usaha baginda adalah sehingga akhir hayat baginda.
penerimaan islam adalah bukan dengan paksaan dan keimanan adalah yang perlu dicari. teringat akan satu hadis berkenaan dgn terdapat segolongan manusia yg sangat hampir dengan neraka namun akhirnya selamat ke syurga allah.

pasti kita perlu berbincang tentang sesuatu perkara... namun rasulullah ada berpesan bahawa setelah wafatnya aku maka aku tinggalkan dua perkara iaitu al-quran dan sunah Ku...jika segala yg kita lakukan adalah berpandukan kepada kedua perkara ini maka insyaallah kita kan pasti slamat.

kesimpulannya pada pendapat saya, untuk berhujah maka kita perlukan ilmu pengetahuan itu betul...lebih baik lagi dengan ilmu yg kita ada insyaallah diberikan olehNya akan kita kefahaman dan yg terbaik pastilah hujahan setelah penghayatan bepandukan kepada ilmu dan kefahaman. inilah baja iman.

maaflah jika hujahan dr yg marhain ini tidak sehebat mana. sekiranya tersilap hujahan maka izinkan si marhain ini memohon maaf dan mengucapkan la' tadri di atas kekhilafan.

saudaraku..."sebaik-baik dan seadil-adil hakim adalah Allah"
setiap individu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap apa yg dipimpin. don't worry...kesedaran setiap individu pasti berbeza namun pengadilanNYA PASTI saksama ke atas semua umat manusia.
bagus dengan kesedaran yg saudaraku ada terhadap islam... ingtlah akan kalimah istija' dan sebarkanlah akan penemuan akan sebuah keyakinan itu kepada setiap insan yg mengenali... insyaallah... akhir kata la tahzan dgn sikap manusia kerana firman allah dalam surah al baqarah bahawa sungguh, manusia yg mengaku beriman itu sebenarnya berdusta dan mereka pasti diheret ke neraka.

Saturday, February 27, 2010

menjawab...

adakah apa yang kita lakukan pasti akan memberikan jawapan yg pasti sebelum datangnya kematian............................

Thursday, February 25, 2010

kemana

hari ini adalah hari pertama.... kemana halatuju akan perjalanan ini... ini adalah sebuah permulaan kepada pencarian......