Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Monday, March 29, 2010

jasad dan roh

kali ini saya sekadar nak berbicara serba sedikit sahaja ttg jasad dan roh. maaflah kerana terlalu sibuk dgn kerja....
sebagai seorang manusia yang masih hidup kita dianugerahkan jasad dan roh untuk melengkapkan kejadian manusia. sekiranya kita hanya mempunyai jasad tanpa roh pasti diri kita bukan siapa2.

roh tanpa jasad bukanlah manusia!!!

jasad kita perlu dijaga sebaik mungkin kerana ia adalah anugerah dari Allah swt. sebagai contoh, kita perlu menjaga tangan kita dari melakukan atau menyentuh perkara2 yang diharamkan oleh agama. ia termasuklah perkara yg sememangnya jelas haramnya ataupun perkara yang halal namun haram spt menggunakan tangan untuk makan nasi itu halal namun jika menggunakan tangan untuk makan nasi yang di curi itu pasti haram. contoh lain adalah seperti menggunkan telefon bimbit kearah kebaikan itu halal namun jika sebaliknya maka yg halal akan menjadi haram.

selain itu, jasad juga perlu dijaga supaya mudah untuk kita melakukan segala amalan harian yang menjadikan hidup kita  ini sebagai ibadat. hargailah jasad kerana tanpa jasad... roh juga tidak berguna lagi buat manusia yang ingin meneruskan kehidupan di dunia.

kita juga perlu menjaga roh kita kerana jasad tanpa roh adalah mayat!!!! 

seperti juga jasad...roh memerlukan makanan untuk kekal 'sihat'. makanan roh pastilah kalammullah. roh yang dibekalkan makanan dengan secukupnya akan menjadi kuat dan dapat melindungi jasad dari melakukan perbuatan yang dimurkai oleh Allah.

makanan roh adalah amat penting kerana hanya roh yang kuat , baik dan dekat dengan Allah sahaja akan dapat mengelakkan jasad dari terjerumus kelembah kehinaan.

manakah satu yang lebih penting kepada manusia?
persoalan ini sebenarnya tidak perlu ditanya sekiranya kita benar2 beriman. ini kerana Allah adalah Maha Mengetahui akan segala sebab akan segala kejadian. jika kita benar2 beriman maka fahamilah akan firman2 Allah di dalam al quran. Hayatilah dan teruslah mencari redha Tuhan andai diri yakin bahawa kita..........akan dikembalikan.

yang baik itu hanya dari Allah.

Wednesday, March 24, 2010

kosong....

kadang saya berasa begitu rendah kerana setiap jawapan kepada segala persoalan sebenarnya telah tersedia untuk kita andai kita mengaku beriman.

kosong itu adalah kerana saya sedar bahawa kita tidak dapat lari dari mengakui bahawa segala2nya adalah milik Allah dan Allah itu sesungguhnya maha mengetahui akan setiap sesuatu... bukanlah niat untuk bersedih atau menunjukkan rasa tidak syukur, namun ia lebih kepada luahan peribadi betapa maha agung akan Allah; yang MEMILIKI segala2nya.

setiap persoalan yang bermain di fikiran kita sebenarnya telah tersedia akan jawapannya. andai kita duduk merenung dan bermuhasabah diri, insyaallah...jawapan yg paling tepat akan dapat kita lihat.

perkara pokok yang kebiasaannya menjadi persoalan kepada kita adalah KESEDIAAN kita untuk menerima jawapan yang telah tersedia seadanya dengan rasa penuh ikhlas dan tunduk kepada akan segala perkara yang menjadi qada' dan qadar kehidupan manusia.

pendapat yg saya utarakan mungkin kelihatan tidak praktikal bagi insan lain. namun begitu, apa jua pendapat atau apa jua jalan yang hendak kalian ambil, fahami dan hayatilah kalamullah kerana ia pasti tidak akan membawa kepada kerosakan. sunnah rasul juga jelas untuk setiap amalan kehidupan baik untuk pergaualan ataupun kehidupan itu sendiri.

kosong beerti... tiadalah apapun milik diri ini melainkan segala2nya adalah dariMu dan milikMu. dan pastilah HANYA kepadaMu sahajalah segala2nya akan kembali. Ilmu, kebijaksanaan, kekayaan, nyawa, pangkat dsb adalah pemberian dariMu.

ENGKAU juga mengizinkan akan kejadiaan sesuatu perkara walau ada diantaranya adalah engkau tidak redhai. di sinilah terasa kosongnya diri ini sekali lagi kerana setiap apa yang manusia lakukan adalah untuk dirinya sendiri. sekiranya manusia sedang melakukan sesuatu yang mudarat, sedarlah bahawa mudarat itu tidaklah kepada Allah melainkan memudaratkan diri sendiri. amal yang disangka benar perlulah berteraskan kepada yang nyata dan sahih. andai tidak... kosong akan tetap kosong walau telah tersedia isinya untuk dijadikan pemberian demi hidup yang sementara.

Tuesday, March 23, 2010

khutbah nabi s.a.w

"...Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan rasulNya.- yang Dia telah mengutuskannya dengan al-haq (kebenaran) sebagai pembawa berita gembira dan ancaman sebelum datangnya hari Kiamat. Barangsiapa yang mentaati Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya  ia telah mendapat jalan yang benar dan barangsiapa yang mengingkari Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya dialah yang memudaratkan diri sendiri dan sedikit pun tidak memudaratkan Allah....."

assalamualikum... ini adalah bait2 ayat yg wujud dlm khutbah2 nabi saw yg saya jumpa dalam sebuah buku yg bertajuk "khutbah-khutbah rasulullah saw". bila dibaca begitu sahaja maka tidaklah kita merasakan apa2. namun jika dibaca smbil menghayati serta melihat bukti2 kejadian sesuatu perkara yg pstinya dengan izin allah maka ayat yg mudah terasa sgt bererti.

indahnya al quran dan begitulah indahnya jua khutbah rasulullah saw. apabila membaca bait2 khutbah rasulullah ini,  saya teringatkan keindahan al quran. pada pendapat saya, berdasarkan beberapa tafsir perkata yg saya menjadi rujukan, bahasa al quran tersangatlah indah walaupun secara dasarnya ayat yg digunakan begitu jelas dan mudah difahami... namun kita masih engkar.

alquran itu benar dan ia jelas dijelaskan lg oleh sunnah nabi saw dan dibantu oleh hadis2 yg ditulis oleh ulama2. namun begitu, disebalik kejelasan, manusia tetap memilih menjadi seperti apa yg tersurat di dalam al quran tentang manusia akhir zaman. BERUBAHLAH SEGERA... andai mahu hayat bumi ini lebih lama. ini adalah kerana allah telah berfirman di dalam al quran bahawa allah akan menghukum negeri atau tempat atau kaum yg memang layak di hukum di atas sebab perbuatan manusia itu sendiri. fahamilah...

percayalah yg jika kita memilih untuk menjadi manusia yg engkar maka kita sebenarnya sedang memudaratkan diri sendiri.

Saturday, March 20, 2010

Pemaaf.......


Al-A'raf ayat 199:
dalam ayat ini Allah berfirman.." Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh" -Dr. Ahmad Hatta, MA :Tafsir Qur'an Per Kata, edisi ke-4, Magfirah Pustaka

jika kita ingin mencari penawar untuk kesakitan hati yang disebabkan oleh kesalahan (bagi kita) insan lain, maka maafkanlah dia. walau seberat mana sekalipun kesalahan yang dia lakukan terhadap kita maka cubalah maafkan dia.

teringat saya kepada beberapa potong ayat al quran... " jika dua individu muslim bertelagah dan seorang darinya dizalimi maka perangilah yang menzaliminya itu". namun dalam ayat yang berikutnya Allah telah menganjurkan supaya kita berbaik semula dengan yang menzalimi itu andai beliau telah insaf. ingatlah sebaik baik hakim yang mengadili adalah Allah s.w.t.

dalam al quran juga ada penerangan ayat bahawa walaupun dibolehkan qisas namun lebih baiklah sekiranya kita memaafkan individu terbabit.

sentiasalah cuba memaafkan insan lain walaupun terasa pedih. insyaallah hati akan menjadi lebih tenang sekiranya kita benar2 ikhlas untuk memaafkan insan lain.

saya juga masih sedang belajar  untuk benar2 ikhlas dalam segala hal termasuklah memaafkan insan lain dan masih lagi belajar. keikhlasan dalam memaafkan bukanlah semudah yang disangka. namun begitu, kerana "sesungguhnya negeri di akhirat itu lebih baik" bagi insan2 yang mengerti maka kita perlulah berusaha.

memberi maaf bukanlah bermaksud kita perlu takut untuk 'menyakiti' hati insan lain. ini kerana, sebagai umat islam kita perlu mengajak manusia lain kearah yang makruf, menegakkan perkara yang benar, yg sahih dari sisi agama walau kepada sesiapa sekalipun, wlau apa jua musibah yg mungkin terjadi kepada diri dan hidup kita. ingatlah bahawa Allah telah berfirman dalam al quran bahawa tiada suatu musibah pun yang berlaku ke atas manusia adalah tanpa izin Allah.

sekiranya kita dipenjarakan, dicaci, disisih hatta dibunuh sekalipun kerana menyatakan kebenaran kalamullah maka damailah dirimu selamanya kerana setiap amalan manusia pasti akan ditimbang baik buruknya walau sebesar biji sawi sekalipun. sesungguhnya Allah Maha Adil lagi Maha Mengasihani.

teringat saya kepada baik2 nasyid thn 90an dulu tp tah dah tak ingat kumpulan apa..."ingatlah semua, wahai insan. janganlah abaikan, perintah tuhan.... beramallah sebelum kita terlambat, agar tidak menyesal di akhirat"

amalan yang baik termasuklah memaafkan... jadilah seorang yang pemaaf.

Thursday, March 18, 2010

keutamaan al quran

hmmm... apa lagi yg ditulis.....ok
saya nk kongsi dua hadis dari HIMPUNAN HADITS SHAHIH BUKHARI terbitan AL-IKHLAS surabaya indonesia 1980.

memandangkan rasulullah s.a.w telah berpesan bahawa apabila wafatnya baginda maka baginda tinggalkan dua perkara iaitu al quran dan sunnah baginda. sekiranya kita berpegang kepada dua perkara ini maka selamatlah kita. insyaallah.

di bawah tajuk keutamaan al quran...
(496) Dari Usman dari Nabi saw bersabda: Sebaik-baik kamu ialah belajar Qur'an dan mengajarkannya.

(496) Dari Abdullah berkata: Nabi saw bersabda: seburuk-buruk orang di antara mereka ialah yang berkata: Aku lupa ayat ini dan ayat ini.

perlulah kita sedar bahawa hidup ini pasti mati dan pegangan kita yang pasti tidak akan memudaratkan kita adalah qur'an dan sunnatullah.

saya kadang tertanya2 diri sendiri, mengapa ada dikalangan kita susah menerima perkara yang mudah... kita sering nak membenarkan sesuatu berdasarkan logik akal semata2...yg benar kita katakan tidak hanya kerana kita tidak menyukainya. bukankah yang jelas itu adalah yang pasti (quran dan sunnah). nak menyampaikan yang benar juga tidaklah mudah kerana mungkin inilah yang dikatakan manusia. teringat sepotong ayat di dalam al quran " sungguh, manusia yang mengaku beriman itu sebenarnya berdusta....". adakah golongan ini adalah KITA - manusia akhir zaman.

rupanya nak berdakwah bukanlah semudah yang disangka. saya betul2 kagum apabila menghayati kisah2 pari nabi dan rasul serta kehidupan para sahabat serta dugaan2 yang diterima oleh insan2 yang cuba nak menyatakan kebenaran dari tuhan. begitu kuat azam dan iman mereka berbanding kita.

yang paling saya sedar adalah apabila nak berdakwah kearah kebenaran pastilah kena dimulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu. jika diri sendiri pun susah nak mengikuti apa yang cuba nak disampaikan maka kenalah faham kesediaan orang lain. namun begitu, kepada yg ikhlas nak berdakwah kejalan allah pada pendapat saya kena sentiasa 'berdakwah' kepada diri sendiri terlebih dahulu.

seperkara lagi yg nak berdakwah, tak kira la kepada siapa sekali pun, kena sedar yg usaha ini bukanlah sesuatu yg mudah. kena kental dan jangan mudah putus asa. ingatlah yang nabi yusuf telah berdakwah selama 950 tahun !!!!.... seorang pendakwah pernah menyebut..."orang yang berputus asa seolah-olah tidak malu mendapat rahmat allah" dan sebab seseorang individu itu mudah berputus asa adalah kerana TIDAK MEMAHAMI SUNNATULLAH... ingatlah yang hidup ini sebenarnya adalah semata2 ujian dari allah"

kadang niat kita baik namun mungkin kaedah kita tidak sesuai.
kadang pula semuanya dah betul cuma manusia yg tak boleh terima.
nasihat saya....
janganlah bersedih....
yang benar akan tetap benar dan pasti benar...
biarlah mati menegakkan agama allah dari mengikut yang dah jelas salah.
berdoalah kerana allah sentiasa ada....

kesimpulan... bagi manusia yang ingin menjadi sebaik2 insan mengikut hadits di atas perlulah belajar ilmu untuk memahami dan menghayati al quran dan kemudiannya mengajarkannya kepada orang lain. biarlah kita bukan siapa2. ajarlah setakat yang kita mampu walaupun satu huruf dari kalamullah. mengajarkannya itu juga bagi saya merupakan satu cabang dakwah.

mungkin akan ada insan yang berkata bahawa ia bukanlah fardu ain bagi kita. namun, jgnlah beranggapan bahawa hal agama ini bukan urusan kita. ingatlah bahawa hidup ini adalah kerana iman kita kepada allah dan juga kerana nikmat islam itu sendiri.

mengapa kita perlu belajar dan mengajarkan al quran?
ingatlah dalam al quran itu ada ubat kepada segala penyakit di dalam hati.
fahamilah jua akan kalimah istirja'- dari allah lah kami datang dan kepadNya kami akan kembali.
inilah hidupku sebelum datangnya mati.........................

Wednesday, March 17, 2010

seminggu dua mayat

 
hmmm... allah maha kaya
dalam seminggu saya diketemukan dengan dua mayat...

hari sabtu....dipendekkan cerita, saya singgah di sebuah masjid untuk menunaikan solat zohor. jam sudah menunjukan pukul 3 ptg. hmmm...zohor gajah la ni huuhhuhu..

selesai solat saya terjumpa seorang kawan yg telah 3 thn tidak bertemu. "tolong minta tunggu sat", katanya. saya tertanya2. "tunggu sembahyang jenazah anak aku", aku terkedu. anak pertama sahabatku gugur sewaktu dalam kandungan dan anak kedua pula meninggal setelah dilahirkan. cukup sifat namun allah maha mengetahui.

hari jumaat... tgh update blog dapat panggilan telefon sari sahabat lama. ingatkan panggilan walimatul urus. rupanya sahabat aku sedang menyebarkan berita kematian seorang sahabat karib di zaman persekolahan. tersentak...

saya bermuhasabah diri.... dalam hidup ini allah maha mengetahui akan segala perkara ghaib kerana kuncinya hanya ada pada allah. manusia hanya boleh berusaha untuk sesuatu yg tidak pasti. kedua-dua kematian ini menyebabkan saya terfikir akan bilakah tibanya masa bagi diri ini.

bila berfikir tentang mati saya menjadi takut kerana di sana hanya akan ada dua tempat tuju. walaupun pernah saya mendengar seorang ulama berkata bahawa setiap umat isalam yg mati dalam islam akan merasa masuk ke syurga allah setelah melalui seksaan api neraka, namun ini tidak menyebabkan hati saya berasa lega. rindu hati ini untuk masuk ke syurga begitu mendalam hingga kadang saya ada berdoa jika kematian adalah  yang terbaik bagi diri iini maka ambillah diriku, jika kehidupan masih lagi baik bagi diri ini maka aku bersyukur pada Mu. entahlah... bukanlah ini luahan rasa kecewa namun ia adalah kebenaran dari hati. takut benar saya sekiranya umur yg panjang akan menambah dosa melebihi pahala.

dua kematian ini mengajar saya bahwa kita ini hanya milik allah. dia boleh memberi dan mengambil semula segala2nya kerana semua yg ada ini adalah milik Allah.

melihatkan wajah sahabatku yang baru kehilangan anaknya, saya tahu betapa sedih dan pedihnya dugaan allah yang perlu mereka lalui. bahasa moden memanggilnya 'empati'. namun biarlah apa istilah yang diberi. hanya insan yang melalui sahaja akan mengerti.

saya juga terasa sedih melihat isteri sahabat saya yg masih lagi tidak dapat mengawal perasaan sedihnya sewaktu mengikuti van jenazah hospital utk pulang ke kg suaminya. menurut cerita, sahabat saya meninggal dalam tidur. hmmmm.....

tidaklah dapat saya huraikan lebih lanjut tentang kematian ini. saya berharap kita semua dapat memahami betapa besarnya kuasa allah. janganlah ia menjadi sebutan semata2. yakinlah bahawa ALLAH ITU MAHA KUASA.

jika setiap insan memahami ...... pasti damailah dunia ini.

Tuesday, March 16, 2010

M ketiga part 1

alhamdulillah baru2 ni ada saudara yg nk blanja makan. segan2 pun saya ikut la jugak. almaklumlah dah rezeki.

ok lah berbalik kepada M yg ketiga... mulai dari sekarang..

kita selalu mendengar kebanyakkan kita apabila diajak atau disuruh berubah akan berkata:
- nanti dulu la tak sampai masa lagi..
- tunggu la dulu kita muda lagi..
- sat (kejap) aja lagi..
- ang(kamu) ubah la diri sendiri dulu...
- pelan-pelan (perlahan2) la...
- teruk sgt ka aku smapai kena berubah....
- engkau bgs sgt ka nak suruh aku berubah....
- so bg kau aku ni org yg tak beriman lah....

bila diajak berubah kearah kebaikan, terutamanya untuk memenuhi tuntutan agama maka beginilah ayat2 yang kita biasa dengar. ini kerana pada pendapat saya, manusia kini banyak dilalaikan oleh arus permodenan yg sebenarnya telah menyebabkan iman kita semakin tipis.

mengapa kita terlalu sukar untuk berubah untuk menjadi insan yg sentiasa patuh kepada perintah allah? bukankah allah telah brfirman di dalam al quran bahawa allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. jika kita inginkan sesuatu maka kita pasti perlu berusaha kearah mencapai matlamat yang kita ingini. namun begitu, kita perlu sedar dan yakin bahawa siapalah kita untuk engkar dengan suruhan allah s.w.t

kita juga perlu sedar dan yakin bahawa hala tuju kita yg paling akhir sekali hanya ada dua iaitu syurga dan neraka... andai diaju soalan kpd kita pastilah kita akan memilih syurga allah. namun kita, manusia akhir zaman mmg hanya byk mengaku beriman seperti firman allah dalam al quran "sungguh, manusia yg mengaku beriman sebenarnya berdusta....". kita mengaku bhw sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan mati kita hanya kerana allah namun sebenarnya kita hanya duduk berdoa dan bersembahyang serta menghampirkan diri kita kpd allah s.w.t apabila kita perlukan sesuatu.

mengapakah kita begitu tegar dgn mengejar dunia sehingga lalai dgn suruhan dan perintahNya?

saya tidaklah berhasrat untuk menunding jari kemana2 pihak melainkan kepada diri sendiri terlebih dahulu.

setelah kita sedar ttg beberapa perkara didlm kehidupan, kesungguhan untuk melakukan perubahan itu menjadi lebih menebal. namun begitu kekuatan yg kita ada kadang masih tidak cukup namun ia bukanlah alasan untuk kita berhenti dari terus mencuba untuk melakukan perubahan ke arah yg diredhaiNYA.

MULAILAH DARI SEKARANG.... ingatlah kita sekurang2nya akan muda sebelum tua dan hidup sebelum MATI. kemanakah hala tuju kita kemudiannya. mengapa ditunggu lagi.. apa lagi yang dinanti..takkan datang hidayah dari allah jika tidak dicari.

MULAILAH DARI SEKARANG tanpa rasa ragu...
biarlah apa jua ribut yang melanda...
biarlah taufan menghempas nafas ini...
biarlah air matamu mengalir kerana mencari redha ilahi...
biarlah hidupmu dicaci...
biarlah dirimu dibenci...
biarlah suaramu tidak didengar lagi...
biarlah dirimu ditikam berkali2...
biarlah kesakitan duniawi menjadi ujian sebelum mati...
cukuplah bagimu akan Allah yang satu bertakhta di hati...
berdoalah agar peringatan dari rasulullah sentiasa tetap di hati...
demi hidup ini yang pasti akan mati.
mulailah dari saat ini.

inilah sahaja dari saya ttg 3M iaitu... mulai dari diri sendiri, mulai dari perkara2 kecil dan mulailah dari sekarang.

sesungguhnya perkongsian ini adalah semata-mata kerana allah.

Sunday, March 14, 2010

setuju atau tidak

setuju atau tidak jika saya menyatakan bahawa sistem pendidikan yang kita terima sekarang ini KEBANYAKKANNYA membawa kepada kelemahan ummah.

a) seorang tukang masak yang di ajar memasak masakan yang enak2 telah menurunkan ilmu masakan itu kepada orang lain dan mengatakan bahawa sekiranya kalian memasukkan bahan2 ini niscaya masakan kalian akan menjadi sedap.

b) seorang jurutera juga mungkin berpendapat bahawa sekiranya ingin sesuatu rekaan itu teguh dan selamat maka pengiraannya juga perlu tepat.

c) seorang pelajar yang berjaya menasihati rakan-rakannya bahawa untuk berjaya kita perlu belajar dengan rajin, menghormati ibu bapa dan guru

d) seorang pemimpin pula akan memimpin berdasarkan ilmu yg telah dipelajari di universiti dan pengalaman akan menyatakan bahawa indikator yang menunjukkan kejayaan adalah apabila kita telah berjaya mencapai target yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

e) ibu bapa yang ingin anak2 mereka berjaya juga akan sanggup menghabiskan wang untuk menghantar anak2 ke pusat tuisyen walau terpaksa bersusah payah.

mungkin anda akan bertanya apakah kena mengenanya penyataan saya tentang kelemahan ummah di atas dengan penyataan a) - e)?
bukankah apa yg mereka lakukan itu betul dan biasa dilakukan oleh orang lain?

jawapannya....

penyataan a) - e) adalah merujuk bahawa kita sebenarnya melakukan sesuatu dengan ilmu yang kita perolehi sama ada melalui pengalaman atau pembelajaran. benarlah bahawa untuk melakukan sesuatu kita perlu berilmu tentangnya.

saya juga tidak menyatakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah tidak betul namun saya berpendapat bahawa ianya kurang tepat.

apa yang saya cuba nak debatkan di sini adalah kita melakukan sesuatu dengan ilmu - itu betul. namun, adakah kebanyakkan ilmu yang kita ada sebenarnya membawa kepada kekuatan ummah??

sekiranya kita cuba merenung, kebanyakkan dari apa yang kita pelajari sama ada perkara teori atau praktikalnya adalah berdasarkan hasil kejayaan dan penemuan insan-insan yang tidak berpaksikan kepada allah s.w.t.

kita kebanyakkannya terdidik dengan formula2 kejayaan yang dicipta manusia yang tidak berpaksikan kepada konsep ketuhanan. anak2 remaja kita ditanam akan pentingnya mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan namun kita banyaknya lupa untuk MEYAKINKAN mereka bahawa hidup ini bukanlah setakat itu sahaja akhirnya.

akibatnya anak2 yang telah berusaha namun gagal akan merasa sedih dan yang cemerlang pula kebanyakkan akan puas dan senyum gembira. ini adalah fitrah manusia. kita akan sedih sekiranya sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. bukankah kita tidak sepatutnya bersedih? saya faham bahawa rasulullah juga pernah bersedih apatah lagi kita yang bukan siapa2. saya juga ada perasaan. sedih juga merupakan salah satu perasaan indah yang allah anugerahkan kepada saya. namun... la tahzan

berbalik kepada apa yg ingin saya debatkan adalah manusia kini, bukanlah mencipta perkara baru, namun sebenarnya manusia kini banyak membuat penemuan berdasarkan asas kepada sesuatu cabang ilmu yang telah allah sebutkan di dalam al quran. segala ilmu yang ada di alam ini adalah milik allah. allah mengizinkan sesuatu ilmu itu diperolehi oleh manusia sekiranya manusia mencari dan meminta walau ada di antara ilmu itu adalah ilmu yang tidak diredhai oleh allah.

dimanakah ilmu yang membawa kepada kelemahan ummah?

manusia pada pendapat saya perlulah mengembalikan segala-galanya kepada allah termasuklah sekecil2 mahupun sebesar2 perkara.
sebagai contoh, seorang yang merasakan dirinya bijak perlulah mengembalikan dan yakin bahawa kebijaksanaan itu adalah dari allah s.w.t.
seorang pelajar yang berjaya setelah berusaha juga perlu syukur kehadrat ilahi dan mengembalikan kejayaan itu kepada allah dengan lebih menghayati ajaran islam.

pelajar yang kurang berjaya juga perlu mengembalikan diri mereka kepada allah dengan menghayati kegagalan mereka. setiap sesuatu perkara adalah ujian dari allah s.w.t. namun begitu adakah ujian kegagalan yang kita terima adalah sebagai balasan di atas kesilapan kita atau sekadar ujian iman yang biasa.

ilmuan barat kebanyakkannya hanya mengajar kita tentap suatu teori atau konsep yang ideal ttp kebnyakkan dari ilmu yang kita perolehi dari mereka adalah tidak membuatkan kita sedar bahwa yang menyebabkan sesuatu itu berjaya atau gagal aldalah allah s.w.t

sekiranya kita mengembalikan segala2nya kepada allah. insyaallah... saya yakin bahawa kekuatan ummah akan terbentuk. saya berpendapat bahawa kekuatan ummah adalah bergantung kepada ilmu dan iman. bukankah ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah?
teringat saya kepada kata seorang pendakwah...ilmu tidak cukup tanpa kefahaman dan kefahaman tiadalah cukup tanpa penghayatan.

ummah cang cemerlang pasti mengembalikan segala-galanya kepada allah. begitulah juga bidang pendidikan dimana kita sepatutnya menegaskan perkara asas ini kepada golongan pendidik, ibu bapa dan pelajar serta masyarakat secara umunya bahawa setiap ilmu yang kita pelajari adalah kerana allah dan milik allah. falsafah pendidikan begitu cemerlang apabila tujuannya adalah untuk MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK DENGAN BERPAKSIKAN KEPADA KETUHANAN. namun apalah gunanya falsafah yang begitu cemerlang sekiranya amalan itu bercanggah hanya kerana semata desakan dunia.

Tuesday, March 9, 2010

M yang kedua part 1

M yang kedua adalah untuk berubah kita perlu mulai dari perkara2 yg kecil terlebih dahulu. islam juga menegaskan bahawa amalan yang sedikit namun kekal adalah lebih baik berbanding amalan yang banyak namun dilakukan sekali-sekala sahaja.ini kerana amalan yang sedikit merupakan suatu permulaan yang baik kearah memantapkan iman kerana amalan yang kecil biasanya kurang atau tidak membebankan. sebagai contoh, bersedekah 50 sen sehari sekurang-kurangnya kepada surau atau masjid tempat kita bersolat mungkin boleh dijadikan sebagai permulaan kepada yang lebih besar. kita mungkin tidak terasa terbeban berbanding mengeluarkan RM 15 ringgit sebulan walau pada dasarnya jumlah yang telah kita beri untuk tabung masjid adalah sama. bayangkan kebanyakkan kita sanggup berhabis wang untuk membeli rokok, baju baru, dan membeli makanan yang mahal2 setiap hari, namun amat berat untuk kita menderma rm 15 sebulan kepada masjid atau surau untuk perkembangan agama allah s.w.t.

walau bagaimanapun, perdebatan pasti berlaku di atas istilah 'perkara2 yg kecil'. ini adalah kerana kebanyakkan kita beranggapan bahawa perkara yg dikatakan 'kecil' itu adalah besar bagi mereka.

pandangan atau pendapat sebegini bagi saya adalah sesuatu yg silap kerana pada kebiasaannya yg kecil itu kadang-kalanya besar di mata Allah dan yg kecil di mata allah kadang-kala menjadi perkara yg besar di mata kita. ini menunjukkan bahawa selagi mana manusia masih memilih untuk mencintai dunia maka berkemungkinan perkara2 yg sebenarnya kecil dianggap besar.

disebalik alasan di atas, mungkin ada juga insan yg tidak bernasib baik dari segi kewangan. mereka mungkin tergolong dalam golongan manusia yang di uji oleh allah dengan kesempitan wang ringgit. tetapi yakinlah, ini bukanlah alasan untuk membolehkan kita menidakkan kebenaran terhadap tuntutan.

islam tidak pernah dan pasti tidak akan menganiaya pengikutnya. di dalam amalan yg baik, keikhlasan merupakan tembok kepada tinggi rendahnya iman seseorang. sekiranya kita mahu mula berubah dari perkara2 kecil, apalah salahnya sekiranya kita mengamalkan budaya memberi salam kepada setiap saudara seagama yang kita jumpa atau mungkin juga cukup sekadar jika memberikan sebuah senyuman yang ikhlas. kedua amalan ini tidak memerlukan wang dan banyak tenaga. ia cuma memerlukan keikhlasan hati untuk menghormati dan mendoakan kebahagiaan orang lain. bukankah ini juga bermaksud bermula dari sesuatu yang kecil.

allah tidak pernah membebani manusia melebihi akan kemampuan manusia itu sendiri. inilah firman allah di dalam al quran. bg orang yang kaya harta, wang berpuluh ribu barulah dikatakan banyak. namun bagi yang papa, lima ringgit mungkin bermaksud saraan makan minum keluarga bagi satu hari. bagi manusia yang bijak berfikir pula, mungkin berfikir seketika untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain bukan merupakan suatu beban berbanding insan yang mungkin kurang bijak dalam bab berfikir untuk menyelesaikan masalah orang lain. apa yang saya cuba maksudkan di atas ialah sekecil2 perkara bagi kita mungkin berbeza dengan insan lain. perasaan kita yang merasakan diri terbeban untuk melakukan suatu perubahan bermula dari perkara2 kecil mungkin menyebabkan kita tidak akan berubah untuk selama2nya.

untuk berubah kita kebiasaannya perlu mengorbankan sesuatu yg kita suka atau cintai. anggaplah perkara yang perlu kita korbankan itu sesuatu yang kecil di mata allah. hayatilah hidup para nabi dan rasul serta insan2 terdahulu yang telah lebih banyak menerima ujian semata2 untuk mencari redha allah. bukankah itu yang kita cari di dalam hidup yang sementara ini.

akhir kata untuk M yang kedua, ingatlah bahawa perubahan dari perkara2 yang kecil terutamanya yang bermula dari diri sendiri serta untuk menangani kelemahan diri sendiri mungkin akan menyedarkan dan MEYAKINKAN kita akan tentang sesuatu yang lebih besar.

Sunday, March 7, 2010

M yang pertama part 2

Mulai dari sendiri...

Mulai dari diri sendiri bermaksud kita perlu bermuhasabah diri untuk mengkaji apakah kelemahan atau kekurangan diri yang perlu di ubah? perkara pokoknya adalah sejauh mana keikhlasan diri untuk mengaku akan kelemahan diri sendiri. isu ini adalah sesuatu yang amat sukar apabila di bicarakan tentang keikhlasan. kerana itulah indah dan hebatnya al quran yang terbukti bukan sahaja mendahului zaman malah pemikiran manusia :- 'dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah jasad itu. ketahuilah bahwa (daging) itulah hati.

oleh yang demikian, sekiranya kaedah perubahan pertama yang ingin kita lakukan iaitu mulai dari diri sendiri maka pastilah kita perlu pergi lebih dalam dan lebih awal lagi iaitu bermula dgn perubahan hati. ini pada pendapat saya adalah lebih baik kerana kita perlu memahami asasnya hidup seperti yang telah tersurat di dalam Al quran.

kebanyakkan dari kita adalah terlalu advance. kita biasanya memandang terlalu jauh kehadapan untuk mencari idea-idea baru yang belum pernah ditampilkan oleh orang lain. perbuatan ini pada pendapat saya adalah tidak salah. namun bukankah lebih baik sekiranya kita menguatkan yang asas terlebih dahulu kerana yang asas itu adalah yang sahih, yang pasti, "yang paling benar dan yang paling betul".

kegagalan kita hanyalah kerana kita kebanyakkannya hanya mempunyai ilmu tentang yang 'asas' tetapi kefahaman dan penghayatan kita mungkin berbeza dari segi darjatnya. ini disebabkan kita pada pendapat saya belum lagi mencapai tahap yang dikatakan sebagai u'lul albab yang dimana ketika dia berdiri, duduk atau berbaring, dia tetap akan memerhatikan bukti kekuasaan dan kejadian allah yang ada diantara langit dan bumi.

inilah persoalan apabila kita merujuk kepada istilah MULAI DARI DIRI SENDIRI. sejauh manakah kekuatan iman kita di hati? dan sejujur manakah kita terhadap janji kita kepada allah s.w.t setiap hari yakni - SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATI HANYALAH UNTUK ALLAH TUHAN YANG MENTADBIR SEKALIAN ALAM.

semakin saya mngkaji isu ini, aku tidak dapat menampilkan jawapan yang lebih baik kerana jawapannya kepada setiap persoalan yang bermain dimindaku telah pun tersurat di dalam al-quran dimana allah telah berfirman bahawa di dalam al quran itu ada dua perkara iaitu khabar berita gembira dan peringatan dari allah. ia juga ditujukan kepada dua kumpulan manusia iaitu golongan yang benar2 beriman dan golongan manusia yang kufur.

bagaimanakah kita mahu melakukan perubahan dgn memulakan dari diri sendiri sekiranya hati kita berasa sakit... ? jawapannya mudah sahaja... dalam al quran terkanduung segala ubat atau penawar (syifa) kepada segala penyakit di dalam hati. fahamilah dan ikhlaskanlah diri. sekiranya ilmu allah ini kita hayati maka insyaallah niat kita untuk melakukan perubahan dari sendiri pasti tercapai. ikhlaskanlah hati dengan menguatkan iman... kuatkanlah iman dengan menguatkan roh diri..... insyaallah.

Friday, March 5, 2010

penawar 4..M yg pertama part 1

3m ialah mulai dari diri sendiri...mulai dari perkara2 kecil.... dan mulai dari sekarang.. inilah kata seorang penceramah jika kita mahukan sesuatu perubahan.
izinkan saya untuk menyatakan pendapat...

pelbagai formula sebenarnya diwujudkan oleh manusia. ada yg berdasarkan dari pengalaman sediri, ada yg berdasarkan dr pengalaman org lain dan ada juga dari ilmu yg diperolehi dari pelbagai sumber. namun begitu, bagaimanakah untuk kita memilih formula yg sesuai utk digunakan tepat pada masanya? jawapannya pasti mudah namun nk memilihnya pasti sukar kerana kita kadang kabur kerana beberapa faktor yg kebiasaannya merupakan kelemahan diri sendiri.

jawapan saya, pilihlah mana satu pun formula yg diyakini sesuai dgn diri kita pada dan ketika saat itu.ini adalah kerana sekiranya kita mempunyai ilmu, kefahaman dan penghayatan yg sebenarnya tentang islam, maka insyaallah kita pasti akan diberi petunjuk agar membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita. ulama selalu menyebut bahawa... insyaallah, sekiranya kita telah melakukan perkara-perkara yang dituntut sebelum membuat sesuatu pilihan dan keputusan maka ia pasti tidak merosakkan diri kita.

yakinlah yang sesungguhnya agama yang benar disisi allah hanyalah islam. islam mengajar kita byk perkara.. sbg contoh ada riwayat yang menyatakan bahawa kesungguhan baginda (rasulullah) mengajar sembahyang istikharah adalah seperti kesungguhan beliau mengajar al-quran. ini pastilah menunjukkan bahawa terdapat seribu satu keajaiban dalam sembahyang istikharah.

disamping itu allah menurunkan al quran sebagai mukjizat untuk memberi kebahagiaan yang abadi dan kekal selama-lamanya kepada manusia. di dalam al quran terkandung berita-berita gembira kepada orang yang beriman dan peringatan kepada manusia yang kufur. oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa al quran juga sebenarnya pasti mampu mengubah diri setiap individu itu sendiri. ini bersesuaian dengan M yang pertama iaitu kita perlu mulakan dari diri kita sendiri.

kadangkala kita telah berusaha melakukan perubahan dengan mengharapkan suatu keputusan. namun begitu, pemberian dari allah adalah tidak seperti yg kita harapkan. ini adalah kerana pastinya allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. jika yang demikian adakah kita tidak perlu berusaha sekiranya allah telah menetapkan takdir hidup kita?

jawapannya pasti tidak!!!
allah telah berfirman di dalam al quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika mereka tidak berusaha mengubahnya. ada segolongan manusia akan bertanya.."mengapa setelah kami berusaha namun keputusannya tidak seperti yang diharapkan?"

sekiranya perkara ini pernah berlaku kepada anda maka janganlah bersedih... senyumlah.. inilah keindahan islam. ia mengajar umatnya tentang erti sebenar keimanan. kita sebenarnya adalah hamba sahaja. namun begitu jika inginkan sesuatu perubahan maka mulakanlah dengan diri sendiri dengan berpaksikan dan sedar kepada iman dan islam......... sambung kemudian...insyaallah

Wednesday, March 3, 2010

penawar 3...kisah

sebelum melalui satu fasa yg bg saya telah melonjakkan iman, saya sering dilalui dengan pelbagai ujian yg dahulunya saya anggap bahawa hanya kesedihan dan kedukaan itu adalah ujian (walaupun tahu bahawa ia tidak begitu). namun, setelah melalui satu ujian yg besar (pada pendapat saya) yang telah membuatkan saya menangis, bersedih dan merasakan hidup ini kesorangan maka saya mula mengimbau kembali perjalanan suka dan duka hidup ini. akhirnya saya membuat kesimpulan bahawa segala ujian (suka duka) yang telah saya lalui adlah sebagai persediaan kepada suatu ujian yang amt besar (telah dilalui) tetapi tidaklah dapat saya ceritakan di sini. namun begitu, ujian itu telah membuatkan saya yakin bahwa hidup kita ini adalah untuk sesuatu yang lebih besar.

ketika sedang berhadapan dengan ujian itu, saya pada mulanya menangis dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian dengan bertanya kepada seeorang sahabat yang juga merupakan seorang kauselor, merujuk kepada individu yang memberi pendapat dan nasihat dari segi padangan agama dan bertanya kepada satu dua sahabat baik saya yang saya hormati pandangannya.

saya akhirnya termenung... segala cadangan dan nasihat yg diberi telah saya lakukan sebelum dari saya bertanya dan meminta pendapat mereka dari mereka? dimana silapnya aku dan dimana kurangnya aku? bila terlalu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik dan menahan rasa pilu di hati... saya pasti tertidur kerana keletihan.

ini merupakan ujian pertama yang bg saya terlalu berat dan besar. ia berlanjutan selama beberapa bulan... akhir berat badan saya susut 10 kg.
dalam tempoh ini, saya akhirnya tidak lagi mengharapkan nasihat dan penunjuk cara dari manusia. allah itu maha kaya... tangisan demi tangisan adalah untuk membuatkan saya berserah diri dengan sepenuhnya kepada allah s.w.t. Perasaan berserah diri sepenuhnya kepada allah setelah berusaha habis-habisan menyedarkan saya bahawa saya bukanlah siapa2. saya hanya seorang hamba. saya kemudiannya tersenyum, bukan kerana gila... namun adlah kerana akhirnya saya yakin bahawa saya telah di anugerahkan sesuatu yang telah saya cari sekian lama. inilah mungkin dikatakan sebagai nikmat iman. walaubagaimanapun saya sedar bahawa ujian pasti akan datang lagi selagi kita belum sampai ke tempat "terakhir". namun insyaallah kali ini saya akan lebih bersedia.

blog ini sebenarnya adalah percubaan saya untuk membantu insan lain dengan berkongsi pendapat berdasarkan pengalaman dan bait-bait kalam suci dan hadis yang saya ketahui.

secara dasarnya... yakinlah... walaupun bersedih...sabarlah...berusahalah... dan bersabarlah kerana..... CUKUPLAH BAGI KU ALLAH YANG SATU. AMIN

Monday, March 1, 2010

Penawar 2...perubahan

assalamualaikum....
kembali kepada tajuk yg telah saya bincangkan sebelum ini iaitu perubahan. insyaallah saya berharap agar topik ini kemudiannya(pasti dengan izin Allah) menjadi penawar kepada segala kekusutan atau permasalahan.

jika diingati kembali, saya ada mengetengahkan suatu kaedah yg pernah diketengahkan oleh seorang pendakwah iaitu kaedah 3M - mulai dari diri sendiri, mulai dari perkara kecil dan mulai dari sekarang. apakah perkaitannya kaedah ini dengan "Perubahan" yang akhirnya saya harap akan menjadi PENAWAR kepada kita semua?

kita kebiasaannya mengutarakan sesuatu dengan begitu gah berbekalkan sekelumit ilmu yang kita ada sedangkan HANYA setakat itulah ilmu kita. mungkin kita lupa bahawa setinggi mana pun ilmu yang kita capai, ianya tidak dapat lebih dari hanya sekadar buih dilautan. dengan berbekalkan sekelumit ilmu ini, kita biasanya memandang terlalu jauh sehinggakan kita terlepas akan perkara-perkara kecil dari diri sendiri yang akhirnya membuatkan hidup kita tidak berasa tenang dan tenteram.

semakin kita mendalami ilmu tentang kehidupan, kita merasakan bahawa semakin matanglah kita dan bersedianya kita dengan KEHIDUPAN ini. kita kemudiannya memandang lebih jauh ke hadapan dan mula memasang cita2 untuk merubah nasib diri kita. ini adalah perkara biasa kerana manusia memang dituntut untuk memajukan diri sendiri. jika setakat ini sahaja pandangan kita, kita mungkin akan berjaya meningkatkan status diri dari segi ekonomi dan sosialnya namun akhirnya diri tetap tidak tenang dan tenteram yang menyebabkan kebanyakkan kita kemudiannya berusaha untuk mencari PENAWAR bagi segala masalah, tekanan atau gangguan yang kita hadapi. ini sebenarnya berpunca dari diri kita yang pada saya nampak hala tuju tetapi kita mungkin terlepas pandang atau alpa dengan perkara-perkara kecil yang sebenarnya besar untuk mencapai matlamat yang kita kehendaki.

sentiasalah berusaha untuk mengubah diri kita sendiri jika hidup tidak terasa tenang dan tenteram. perkara ini sebenarnya agak berat pada mulanya, tetapi yakinlah...dan yakinlah ....serta yakinlah akan kalian kepada segala janji allah. sebagai seorang umat islam, saya ingin mengingatkan (sekadar nasihat termasuk untuk diri sendiri) semua umat islam bahawa tiadalah tuhan yang kita sembah serta bergantung harap kecuali kepada Allah. allah juga telah berfirman di dalam al-quran - "hanya dengan mengingati-Ku(Allah) sahajalah dirimu akan menjadi tenang". ini merupakan bukti yang menunjukkan sejauh mana atau setinggi manapun perubahan yang ingin kita lakukan maka kita tidak boleh tidak mengingati allah. dengan menghalakan niat, tujuan, usaha, cara dan matlamat hanya kerana allah sambil menggalas al quran dan sunah di sepanjang perjalanan sebagai rujukan, insyaallah...kita pasti akan selamat.

kita juga hendaklah sentiasa mengingati dua nikmat allah yang paling besar kepada kita iaitu nikmat iman dan islam. kedua-dua nikmat ini juga merupakan rukun yang dibarisi dengan beberapa perkara. untuk memantapkan hidup, carilah ilmu dan kefahaman berkenaan perkara-perkara yang terdapat di dalam rukun iman dan islam itu sendiri. setiap perkara di dalam rukun itu diiringi dengan penjelasan yang tepat melalui al-quran dan sunnah. kemudian hayatilah setiap perkara itu melalui amalan. contohilah rasulullah.

untuk mendatangkan perubahan di dalam hidup kita, saya berpendapat bahawa kita harus menerima islam dengan sebenar2nya. janganlah kita menerima sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. ingatlah...sesungguhnya agama yang benar disisi Allah hanyalah islam. taatilah allah dan rasulNya niscaya kalian akan selamat.

penawar 2 ini juga bertujuan untuk kita melihat diri kita terlebih dahulu sebagai individu yang perlu di ubahkan. lihatlah yang dekat terlebih dahulu sebelum melihat yang jauh.

jika kita merasakan tekanan, letih, berduka, tidak tenteram atau bersedih kerana disebabkan oleh zaman atau usaha kita untuk membetulkan suatu keadaan atau individu maka damailah dirimu kerana inilah janji Allah bagi insan yang sentiasa berusaha untuk mencari redha dariNya.

namun yang demikian, jika kita merasa sedih, kecewa dan sebagainya kerana kelemahan, kealpaan dan kejahilan diri sendiri... maka bangunlah!!! berdirilah kamu di atas titian yang lurus itu. lawanlah nafsumu...tetapkanlah hati dan imanmu...janganlah engkau mudah terpengaruh dengan hembusan-hembusan yang menggugat keyakinanmu. berusahalah dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti jemu. ingatlah akan segala janji allah. pasti jalan yang lurus itu hanya ada satu.