Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Friday, April 23, 2010

yg terdahulu...

suatu hari ketika sambil2 melakukan rutin harian saya terfikir sejenak akan mengapa kita - manusia, begitu sukar untuk menerima akan setiap hukum Tuhan walaupun kita mengakui bahawa semuanya adalah demi kebaikan kepada diri kita jua akhirnya...

akhirnya saya secara kebetulan berpeluang untuk berbual2 dengan seorang sahabat yang saya hormati pekertinya. jawapan beliau adalah.... kesediaan...

umat islam pada zaman rasulullah di ajak supaya pertamanya beriman kepada Allah swt. lalu mereka beriman dengan erti kata sebenar-benar iman. kemudian, setelah itu barulah di perjelaskan akan hukum2 dari Allah swt. kerana kekuatan iman yang mereka miliki, mereka terus menerima setiap hukum yang diturunkan tanpa perasaan ragu-ragu. inilah kesediaan iman yang mereka miliki setelah mengakui akan yang layak disembah itu HANYALAH ALLAH dan nabi Muhammad itu adalah rasul yang menyampaikan suruhan Allah.

persoalan yang patut kita tanya diri kita sendiri... insan2 yang terdahulu baru dengan kedatangan Islam dimana sumber mereka hanyalah melalui nabi junjungan besar, nabi Muhammad saw. kita...umat akhir zaman ini kaya dengan sumber-sumber yang telah dijilidkan dan diperjelaskan lagi akan maksud setiap suatu suruhan Tuhan. apakah alasan kita?

kita memang kaya dengan alasan sedangkan setiap maklumat yang kita kehendaki tentang islam boleh diperolehi dimana2 sahaja sehinggakan di hujung jari... namun.... inilah kita - manusia akhir zaman.

Kesediaan.........hmmmm... ramai kita dilahirkan sebagai islam. patut telah lama bersedia jika dididik dengan sempurna. namun begitu janganlah kita salahkan sesiapa kerana yang mengubah diri kita adalah kita sendiri.

Kesediaan..... apa yang boleh saya anjurkan kepada saudara saudari sekalian adalah.... marilah kita sama-sama mencari akan nikmat sebenar kemanisan iman itu sendiri.

Kesediaan..... mungkin tidak menjadi persoalan sekiranya kita telah mencari nikmat iman itu dari dahulu lagi. Namun, semuanya MASIH  belum terlambat lagi untuk kita sama2 meningkatkan keimanan diri agar kita dapat menerima segala ketetapan Allah dengan redha.

Kepada insan2 yang masih lagi memilih untuk mengatakan diri masih lagi belum bersedia... fahamilah akan mati itu entah bila, dimana dan bagaimana. yang pasti adalah pengakhiran itu hanya ada dua iaitu syurga dan neraka. DARI ALLAH KAMI DATANG DAN KEPADA ALLAH KAMI AKAN KEMBALI.

Mati itu pasti tiba walau entah bila. mungkin esok mungkin lusa mungkin seketika lagi cuma. Bersedialah..............

Allah adalah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wednesday, April 21, 2010

lengkaplah...

bodohnya saya sehingga kadang entah apa yg mahu saya bicarakan saya tidak tahu.... tiba2....
teringat saya akan sebahagian tafsir ayat 3 surah Al Ma'idah (hidangan) ...

"... Pada hari ini telah Aku (Allah) sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku (Allah) cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu......"

Ibnu 'Abbas ra. menuturkan bahawa pada hari Jum'at, setelah Ashar, tahun 10 Hijriah, Rasulullah saw. melakukan ibadah Haji Wada'. Rasul saw. menasihati para sahabat dalam suatu jamaah saat berwukuf di Arafah. Disela-sela khotbah Rasulullah menyampaikan ayat ini yang artinya,' Pada hari ini, telah Aku sempurnakan untukmu agamamu.... Aku meredhai Islam sebagai agamamu'.(HR. Ibnu Jarir, Ibnu Mardawaih, dan Thabrani)

agama Islam itu ialah cara hidup yang menjaminkan manusia melakukan perkara2 yang benar disisi Allah sahaja. namun begitu disebabkan oleh kerasnya hati manusia itu maka kita sentiasa cuba untuk menghalalkan cara kerana niat.

wahai sekalian umat manusia...YAKINLAH kamu DENGAN SEBENAR2NYA terhadap akan wujudnya ALLAH...TUHAN YANG SATU... Allah itu ada dimana2 dan setiap masa dan YAKINLAH BAHAWA ISLAM merupakan agama yang paling sempurna, paling benar dan paling betul. Islam itu lengkap merangkumi setiap aspek kehidupan dunia dan akhirat.

yakinlah akan adanya malaikat yg sentiasa mencatat setiap apa yang kita lakukan.... yakinlah akan amanah yang telah dibawa oleh setiap nabi dan rasul serta janganlah kita lupa akan nabi serta rasul yang terakhir iaitu junjungan besar nabi Muhammad saw yang merupakan utusan untuk menyampaikan kebenaran yang TELAH LENGKAP kepada sekalian umat terdahulu dan yang terkemudian.

yakinlah jua akan adanya hari pembalasan dimana SETIAP apa yang kita lakukan akan pasti dihisab dengan seadil2nya.... yakinlah jua akan segala ujian itu adalah dari Allah swt untuk menguji KITA... manusia yang mengaku beriman dan kadangkalanya ujian itu adalah sebagai balasan. namun yakinlah bahawa itulah kasih sayang Allah yang tidak sanggup membiarkan kita sentiasa di dalam kegelapan.

wahai saudara-saudaraku... insan-insan yang aku sayangi... FAHAMILAH bahawa telah disempurnakan dan diredhai Islam itu sebagai agama kita. aku amat berharap agar kita semua mati dalam iman.

bukanlah niat diri ini untuk menghina insan lain tapi ia adalah refleksi perjalanan hidup ini yang dahulunya pernah kurang memahami dan mengahayati akan FIRMAN TUHAN.

Monday, April 19, 2010

Demi Allah....



Dari Abu Hurairah berkata: Aku mendengar Nabi saw bersabda: Demi Allah aku meminta ampun kepada Allah dan bertaubat kepada Nya dalam sehari lebih dari 70 kali. - rujukan: Himpunan Hadits Shahih Bukhari  susunan Hussein Bahreisj.

berdasarkan hadis di atas dapatlah kita lihat bahawa Nabi Muhammad yang merupakan seorang nabi dan rasul malah kekasih Allah, sentiasa bertaubat kepada Allah swt melebihi 70 kali dalam sehari.

bagaimanalah nak dibandingkan hidup baginda yang sentiasa beribadat dan melakukan segala kebaikan demi Allah dgn hati yang ikhlas berbanding dgn kita, manusia akhir zaman yg kebiasaannya melakukan sesuatu bukan kerana Allah dan sentiasa mengharapkan balasan. dengan status baginda, nabi Muhammad saw tetap tidak lekang dari istigfar kepada Ilahi. siapalah kita jika nak dibandingkan dengan baginda.

sekiranya rasulullah - insan yang dijanjikan syurga; meminta ampun kepada Allah melebihi 70 kali sehari... siapalah kita. cukupkah hanya dengan beristigfar selepas solat fardu, solat sunat sebelum dan selepas shj. mengapa hati kita terlalu keras untuk menerima ajaran islam dengan sebenar2 benarnya? bukankah kita telah MENGAKU beriman?

ingin saya berbicara ringkas dengan salah satu dari rukun iman iaitu beriman (percaya) kepada rasul. lihatlah nabi Muhammad saw sendiri yang di dalam salah satu khutbahnya turut mengaku bahawa baginda adalah seorang HAMBA Allah yang menyampaikan amanat Allah untuk menghalalkan perkara yang halal, mengharamkan perkara yang haram di sisi Allah.

"Dengarlah wahai semua umat manusia..."

Dalam usaha untuk mendidik diri dan insan2 lain, saya hanya mampu untuk berusaha dan berserah diri kepada Allah swt.

HIDUP PASTI MATI

Sunday, April 18, 2010

panggilan dari hospital..

dua malam yang lalu ada seorang sahabat menelefon katanya sedang berada di sebuah hospital menemani bapa yang tersayang sedang terlantar sakit. beliau turut menyatakan rasa sedihnya kerana pada masa yang sama, ibunya yang tercinta juga sedang sakit  sambil ditemani adiknya di rumah. perasaan sedih yg melanda diri menyebabkan beliau takut dengan ujian yg sedang dilalui.

apalah yg dapat dilakukan oleh diri ini selain kata semangat dan doa kepada Allah. saya jua adalah insan biasa. namun, saya tetap panjatkan doa kepada Ilahi sambil bertawakkal dan menyerah diri. pada waktu itu teringat saya akan janji Allah di dalam Al quran dimana Allah telah berfirman bahawa andai Allah menginginkan suatu musibah ke atas diri kita pasti tiada siapa yg dapat menahan begitu juga andai sekiranya Allah menginginkan kebaikan buat kita pasti tiada siapa yg dapat menahannya. sesungguhnya janji Allah itu benar.

namun disebalik apa yang berlaku kepada beliau, saya cuba untuk menghargai hidup yg sementara ini. sekali lagi teringat akan  sebuah hadis yang menyuruh kita supaya mengingati lima perkara sebelum datangnya lima perkara. yg mengakui diri berilmu biasanya akan bijak berkata2. yg mengaku beriman pula kelihatan dengan amalannya. namun ilmu yg tanpa amal tiadalah guna dan amal tanpa ilmu jua pasti tidak bermakna.

saya hanya mampu menasihati diri sendiri, rakan saya dan anda semua bahawa hidup kita dan segala2nya yg kita katakan milik kita adalah sebenarnya milik Allah. Allah memiliki akan tiap2 sesuatu maka oleh itu ingatlah bahawa... cukuplah bagiku.. Allah yang satu. Dalam hidup ini saya sentiasa untuk mencari ketenangan dalam menempuh setiap ujianNya. setelah dicari akhirnya barulah saya benar2 yakin bahawa hanya dengan mengingatiNYa yakni Allah sahajalah ketenangan itu akan kita temui dengan sebenar2nya.

sekiranya kita individu yg masih 'sihat' dan masih dapat menghirup udara yg segar, maka bersyukurlah kerana ujian kita 'mudah'.
jika kita individu yg sedang 'sakit' , maka bersyukurlah kerana kita Allah sedang menguji kita untuk melihat keimanan kita.
andai kita benar2 beriman kepada Allah maka bersyukur dan bersabarlah dengan segala ujian Allah.

demi hidup yg sementara ini marilah kita bertawakkal kepada Allah swt.

Wednesday, April 14, 2010

berani kerana benar?

zaman akhir zaman menyaksikan manusia sering mencari kebenaran yang diterima oleh akal. saya sebenarnya agak kurang bersetuju dengan perkara ini kerana sehebat mana sekalipun akal manusia, ia tiadalah apa2 dibandingkan dgn hebatnya ilmu milik Allah.

sebagai contoh, mana mungkin seorang wanita yg tidak pernah disentuh oleh lelaki blh hamil... namun sejarah telah membuktikan kisah Maryam. mengikut apa jua kaedah saintifik perkara ini tidak boleh diterima akal. namun Maryam tetap tabah dan berani kerana beliau benar.

contoh yang kedua mungkin boleh diambil akan kisah sebuah masjid di Acheh, Indonesia yang tidak terjejas ketika Tsunami melanda. ketika kawasan sekitar masjid tersebut telah musnah, ia masih dapat berdiri teguh. adakah ini mudah untuk diterima akal.

kesimpulannya, terdapat akan kejadian dan hukum Tuhan yg sukar untuk diterima sekiranya kita menilai perkara tersebut dengan akal semata. oleh yang demikian, dalam 'chapter-chapter' kehidupan, nilailah dengan menggunakan dua nikmat agung yg telah dikurniakan oleh Allah  kepada kita iaitu nikmat iman dan islam.

Allah akan memberi petunjuk kepada insan-insan yg dikehendakiNya namun kita perlu berusaha untuk mencari akan nikmat kemanisan iman dan islam dengan bersungguh2 sambil memanjatkan doa kehadrat Ilahi agar segala yg kita lakukan diredhai.

bersedialah dan beranilah kerana kebiasaannya, insan yg semakin mahu menghampirkan diri dengan Allah, pasti akan diuji hidupnya...

Tuesday, April 13, 2010

asas perubahan diri...

assalamualaikum...kadang kala terasa bahawa saya kelu dgn kata2 kerana setiap apa yg saya cuba bicarakan adalah semuanya telah jelas dan lengkap dalam agama yang benar disisi Allah iaitu Islam. persoalannya adalah diri kita sendiri sama ada mahu memilih untuk mengikut seperti apa yg terkandung di dalam Al quran dan diperjelaskan lagi dgn sunnah rasulullah s.a.w atau tidak.

ingatlah kita bahawa Allah telah berfirman di dalam surah Ar- Ra'd ayat 11 yang bermaksud...

"Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan dari belakangnya. mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia." 

salah satu perpektif ayat ini adalah bahawa setiap manusia akan di awasi dan dicatatkan akan segala perbuatannya oleh malaikat yang diamanahkan tanggungjawab oleh Allah s.w.t. persaksian ini adalah dgn perintah Allah. oleh yg demikian, bagi manusia yg ingin mencari negeri di akhirat maka adalah lebih wajar untuk berusaha mengubah diri sendiri terlebih dahulu serta berusaha untuk merubah insan2 lain supaya tetap berada di atas 'jalan yang lurus' kerana inilah janji Allah bagi orang yang memahami. ingatlah bahawa hanya Allah sahajalah yang dapat memberikan kita perlindungan dari segala macam musibah yang boleh membuatkan kita terasa pedih. KEMBALILAH KEPADA ALLAH.

penuhilah seruan Allah ini... insaflah dan bertaubatlah... janganlah kita menjadi orang yang keras hatinya terhadap seruan Allah. keras hati akan menyebabkan hati mati dan seterusnya menjadikan kita tuli, bisu dan buta.

ingatlah bahawa Allah telah berfirman di dalam ayat 19 surah Ar Ra'd bahawa
"Maka apakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu adalah kebenaran, sama dengan orang yang buta? HANYA ORANG YANG BERAKAL SAHAJA MENGAMBIL PELAJARAN"

bagi insan yang telah menerima nikmat iman maka bersyukurlah... namun ingatlah... untuk menjadi umat islam yang cemerlang, kita tidak dapat lari dari tanggungjawab kita terhadap Allah serta tanggungjawab sesama manusia. hidup di dunia ini bukanlah kita sahaja. namun yang susah di sinilah adalah untuk kesenangan di sana. Yakinlah... janji Allah pasti benar. Akan tiba jua masanya untuk setiap perkara.

yang benar itu adalah dari Allah yang lemah itu adalah diri ini..

Saturday, April 10, 2010

terseksakah aku?

entah kenapa.. terseksa cuma?
inikan hanya dunia...
sifatnya sementara...
yang kekal nanti hanya di sana.
namun aku hanya seorang insan biasa sahaja...
bukan malaikat...
namun menagih merintih nikmat iman.
terseksa cuma...?
aku mengharapkan bahagia segera...
namun ku ingat janji Allah untuk yg mendambakan-NYA.

terseksa cuma aku?
kenapa begini jadinya...
setiap baris persoalan ku lihat tersedia seindah jawapan...
manis dalam pahit dalam manis...
aku terkaku bisu...

terseksakah sebenarnya aku...?
dibanding dgn para fisabilillah...

terseksakah aku..?
aku tiba ketawa...
bukankah inilah janji Tuhan...
setiap yg hidup...
pasti diuji menghempas ketenangan.

Ya Allah...
hambaMu ini memohon ampun dariMu
andai keluhanku menjauhkan diri ini dari insan yang bersyukur...
maka aku bertaubat padaMu...
semoga Engkau (Allah) menerima taubatku.

Tuesday, April 6, 2010

BERANI....ker?

At-Taubah ayat 18:
"Sesungguhnya orang yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali Allah. Maka mudah-mudahan mereka termsuk orang2 yang mendapat petunjuk."

dalam ayat ini Allah ada menekankan beberapa perkara atau ciri2 orang yang beriman. ciri yang ingin saya bincangkan di sini adalah; "dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali Allah."

tepuk dada dan tanyalah iman kita. dalam dunia yang serba moden ini, semakin ramai manusia yang 'bijaksana' kerana beberapa gulung kertas yang diperolehi setelah bertahun berhempas pulas menuntut di sekolah serta di menara gading. secara logik akalnya, semakin ramainya ahli yang 'bijaksana' maka semakin banyaklah pendapat2 yang 'bernas' dipandangan mata 'marhain'. lama-kelamaan, dipengaruhi dengan arus kemodenan yang sebenarnya banyak berpaksikan idealogi barat (bukan berpaksikan Allah), manusia terhimpit di antara arus zaman serta 'benteng'(agama).

agama merupakan benteng yang menghalang arus dari terus melimpah tanpa kawalan. namun begitu, ia tidak bermaksud agama menghalang kemajuan dan kemodenan. cumanya, di zaman akhir zaman ini, ramai 'bijaksana-bijaksana' didikan barat yang menjadi pemimpin. terdapat segolongan dari mereka adalah seperti apa yang telah menjadi firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 8-9 yang bermaksud " Dan di antara manusia ada yang berkata," Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhir," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang -orang yang beriman. Mereka menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sadari".
namun begitu adalah begitu sukar untuk di tegur akan "bijaksana2" ini kerana dalam zaman sekarang, kebenaran adalah bergantung kepada kuasa yang ada bukan terhadap amanah yang di bawa.
akibatnya, kadang-kadang akan ada berlaku situasi dimana berlaku pertembungan antara ilmu didikan cara barat dan ilmu didikan al quran dan as sunnah. dalam kehidupan ini, bukankah hanya Islam yang layak menjadi panduan? Islam BUKAN logik akal!!!!!!!

akhir kata untuk kali ini... saya berharap kita dapat sedar... tidak kiralah sama ada kita adalah golongan marhain atau 'bijaksana', bertaqwalah kepada Allah dan takutlah ... hanya pada Allah jua. Sesungguhnya, dari Allah lah kami datang dan kepada Allah jualah kembalinya kami.

Friday, April 2, 2010

tiang kecil?

saya ada bertemu dgn 'sebatang tiang kecil' (mungkin). namun tiang kecil ini begitu kukuh asasnya dan kukuh juga tiangnya. saya tertanya2 kenapa dan bagaimana kerana ramai di antara kita sering meyukai perkara2 yg besar... rumah besar, kereta besar, gaji besar dan lain2 lagi. saya sebenarnya tertarik melihat tiang kecil ini kerana ia kecil tapi utuh.

teringat pepatah melayu ada menyebut ttg menggenggam api biar sampai menjadi bara. hmmmm...

saya kaitkan dgn kita.. manusia kini yg semakin ramai 'berpelajaran tinggi' kononnya. adakah status pendidikan dan jawatan menentukan 'besarnya' kita?

mengapa 'besarnya' kita namun tidak dapat benar2 'menggenggam' iman dan  islam. bukankah kita kaya dgn sumber berbanding masyarakat lampau?

semakin ditanya semakin jelas jawapannya... semakin diingatkan ttg kita - manusia akhir zaman, saya teringat ayat 12 dalam surah Yunus dimana Allah telah berfiman: "Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan".

ramai diantara mungkin hanya akan 'menggenggam' iman dan islam bila merasakan memerlukan pertolongan. kuatkah kita?

apa kenanya tiang kecil? mungkin saya tertarik dengan tiang keci tapi utuh namun bukankah lebih baik jika lebih besar dan lebih kukuh?