Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Friday, May 28, 2010

susah yang mudah part 2...

di bawah tajuk yang sama kali ini ingin saya membincangkan ttg pengalaman yang baru saya lalui baru2 ini. ketika sedang menghadirkan diri di sebuah majlis dimana malaikat menghamparkan sayapnya, ada dua isu yang terdetik diminda ini ketika itu.

pertamanya, telah dikatakan oleh rasulullah saw bahawa setelah iblis dan syaitan gagal menghasut dlm perkara2 besar maka berwaspadalah kamu ke atas perkara2 kecil. pada majlis yang dihadiri oleh para malaikat, diajarkan ilmu kitab  yang isinya dihujah oleh dua imam yang kedua2 mengikut mazhab as shafie. terdapat khilaf ulama di atas perkara yang menjadi topik pengajian. yang sedihnya, ada ketikanya, terdapat manusia seperti saya yang masih mungkin amat kurang ilmunya mahu mempertahankan sesuatu yang hanya menjadi khilaf dikalangan ulama sahaja. bukankah ulama2 mujtahid terdahulu tetap meraikan khilaf dikalangan mereka. ini kerana khilaf itu kebanyakkannya perkara2 kecil untuk lebih memantapkan amalan. sekiranya kita bukan AHLI dalam ilmu tersebut bukankah lebih baik kita hanya menturuti kerana yang asas ke atas sesuatu itu telah pasti. yang wajib juga jelas mahupun yang haram. islam juga satu. Allah itu yang Maha Mengetahui dan Maha Adil. Allah tidak zalim.

perkara yang kedua adalah tentang sunnah rasulullah.
memang seperti yang kita ketahui sunnah rasullah jika dilaksanakan kita akan mendapat pahala. kita berhak memilih untuk melaksanakan sunnah-sunnah rasul atau tidak. namun begitu, bukankah insan yang ingin kita contohi adalah rasulullah saw. bukankah baginda merupakan contoh yang tebaik. bukankah amalan-amalan baginda juga merupakan amalan insan yang mencintai Allah. lalu mengapa kita berat untuk mengikut sunnahnya. bukankah kita ingiin menjadi seperti baginda - insan yang dijamin syurganya. mengapa baginda tidak terasa susah dalam setiap amalnya. ini pastilah kerana segalanya itu DEMI ALLAH. lalu yang susah menjadi mudah.

TAATTILAH ALLAH DAN TAATILAH RASUL
yang sukar itu mudah sebenarnya...
ketuklah pintu hati yang sunyi...
agar kehidupan selepas hidup itu bahagia nanti.

Tuesday, May 25, 2010

susah yang mudah...

jika dibualkan ramai dikalangan kita yang masih menyimpan dendam, perasaan benci, iri hati, tidak puas hati dan sebagainya yang menyebabkan diri sendiri sebenarnya tidak menjadi tenang. siapa yg susah akhirnya.... bukankah diri kita sendiri.

setiap insan pasti sebenarnya memang mengerti bahawa apa yg dinyatakan di atas adalah diantara penyakit2 hati. kita juga telah sedia maklum akan apakah ubatnya. sesuailah dengan firman Allah berkenaan dengan penawar segala penyakit yang ada di dalam hati ada adalah al quran. inilah perkara yang kita semua telah yakini dan ramai diantara kita telah memahami.

disebalik pengetahuan dan kefahaman yang kita punyai, penyakit2 hati ini masih lagi sering datang dan pergi. persoalannya mengapa? diri yang jahil ini berpendapat bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh kurangnya penghayatan terhadap kalamullah itu sendiri. maafkan diri ini jika ia kedengaran agak kasar.. namun sebenarnya ia adalah sesuatu yang ikhlas dari hati.

seperti yang kita ketahui dan yakini, al quran adalah kalamullah. di dalamnya terkandung khabar berita gembira dan juga peringatan kepada semua manusia. dilampirkan kisah-kisah manusia terdahulu untuk dijadikan teladan dan sempadan. di dalamnya juga terkandung perkara-perkara yang menjadi janji Allah untuk hari kemudian. cubalah kita mengambil iktibar dan penghayatan dari kalam Tuhan.

al quran merupakan kitab suci yang merupakan jaminan dari Allah bagi manusia yang ingin mencari dan ingin terus berada di atas landasan kebenaran. terlalu banyak kebaikan al quran jika hendak di bahaskan malah pasti kelebihannya melangkaui batas kemampuan hujah saya. cuma satu perkara sahaja yang ingin saya tegaskan. tanya diri kita sendiri... apakah yang kita dapat setelah membaca Al Quran? adakah kita memperoleh ketenangan.

fahami dan hayatilah al quran kerana di dalamnya terkandung segala ubat bagi segala penyakit kecuali mati. fahamilah setiap janji Allah. yang susah adlah kerana kita manusia sering ingkar dengan kalam-NYA dan yang mudah adalah apabila setiap kepahitan hidup di anggap sebagai sesuatu yang indah dari-NYA.
bukankah kita akan kembali kepada Allah.
sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti merasai mati.

Sunday, May 16, 2010

alhamdulillah...

alhamdulillah....
inilah sahaja perasaan yang ku cuba sematkan di dalam diri...
untuk mengharungi ujian-ujian Allah...
yang mungkin membuatkan hati ini sedih...
yang mungkin membuatkan kepala ku pedih...
namun gembira dengan linangan air mata...
mensyukuri bahawa aku telah diberikan kesempatan...
untuk melalui nikmat kehidupan.

alhamdulillah...
inilah kekuatan yang ku sentiasa sematkan di dalam hati...
agar ia menjadi baja keimanan ku...
agar ia menjelaskan islam ku.

alhamdulillah...
inilah mungkin sahaja diantara kalimah terakhir ku...
bukti bahawa aku mensyukuri nikmat2 MU...
bukti bahawa aku berterima kasih dengan pemberianMU..

alhamdulillah...
mungkin sukar bagi aku atas pada segalanya...
namun aku kan tetap berusaha...
kerana hidup ku tidak lama...

alhamdulillah...
marilah kita bersama-sama...
mensyukuri akan segala nikmat2 NYA...
dengan mengembalikan keikhlasan hidup dan amalan kepada Allah...
ucaplah alhamdulillah...
kerana Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Adil itu hanyalah DIA.

mana mungkin Allah itu zalim...
lihatlah insan yang lebih sukar ujiannya...
itulah...
ALHAMDULILLAH.

Tuesday, May 11, 2010

Mari Mencari....

nak diceritakan mungkin jadinya biasa...
nak diluahkan mungkin akhirnya tiada...
nak ditangisi hanya Allah yang mengetahui...
nak dikatakan kurangnya saya...
inilah saya seorang manusia biasa...
kepada Allah diserahkan segalanya.

betapa diri ini ingin menulis...
untuk menyampaikan kebenaran...
namun hanya Allah yang berketetapan...
untuk mengizinkan dan meredhai sesuatu urusan.

baiklah, kali ini saya hanya ingin berkongsi sebahagian daripada khutbah seorang manusia biasa namun diangkat darjatnya sehingga baginda menjadi seorang insan yang luar biasa.... baik dari segi iman mahupun dari sudut amalnya. manusia biasa maksud saya bukanlah merujuk kepada manusia seperti kita yang banyak melakukan dosa sama ada secara sedar atau tidak sedar; sengaja atau tidak sengaja. namun begitu,  manusia biasa yang saya maksudkan ialah baginda juga merupakan seorang manusia yang melalui kehidupan dan kematian.
inilah rasulullah saw.

hidup baginda penuh dengan tauladan. mana mungkin di cari contoh umat islam yang mencapai peribadi seorang muslim sejati yang sebenar melainkan hanya baginda, rasulullah saw, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. jika kita sebagai seorang manusia yang mengaku islam, ingin mencari seorang idola yang akan sentiasa sesuai sepanjang zaman dan segala aspek kehidupan, maka contohilah baginda.
berdasarkan dari khutbah2 nabi saw yang saya baca, memang terlalu banyak jika nak diulas. mungkin juga terlalu panjang untuk ditulis di bawah suatu tajuk. pastilah nabi tidak mengucapkan perkara yang sia2 kerana Allah mengutuskan baginda dengan al haq (kebenaran). memikirkan perkara ini saya teringat akan firman Allah di dalam al quran yang marhumnya "jika air di lautan adalah dakwat yang digunakan untuk menulis ilmu2 Allah maka tidak akan habis catatannya walaupun habis setiap titis air itu digunakan mahupun ditambah lagi dengan selautan air". begitulah Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

ada persamaan yang jelas di dalam khutbah2 nabi. majoritinya akan bermula......

"Segala pujian dan kesyukuran hanya bagi Allah, kami meminta pertolongan, beristighfar dan berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami. Barang siapa yang Allah beri petunjuk (hidayat) maka tiada kesesatan baginya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan maka tiada petunjuk baginya. Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa yang tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan rasulNya. - yang Dia (Allah) telah mengutuskannya dengan al-haq (kebenaran) sebagai pembawa berita gembira dan ancaman sebelum datangnya hari Kiamat. Barangsiapa yang mentaati Allah dan rasulNya maka ia telah mendapat jalan yang benar dan barangsiapa yang mengingkari Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya dialah yang memudaratkan dirinya sendiri dan sedikitpun tidak memudaratkan Allah."

ayat-ayat di atas adalah petikan bahagian pertama yang banyak digunakan di dalam khutbah2 nabi saw.
hanya terdapat beberapa kali dimana nabi saw menyatakan bahawa "....barangsiapa yang mengingkari Allah dan rasulNya, maka ia telah sesat"

tidaklah ingin saya hujahkan intipati bahagian khutbah nabi saw ini. namun begitu saya amat berharap agar pembaca dapat membacanya berulang-ulang kali sambil cuba memahami setiap apa yang baginda maksudkan demi mencari keredhaan Allah dan kehidupan yang terbaik selepas berlakunya kematian. perlu diingat bahawa iman itu tidak diwarisi namun perlu dicari. Fahamilah.......
kepada Allah setiap yang hidup itu akan kembali.

Friday, May 7, 2010

gurunya orang buta.....

assalamualaikum... alhamdulillah kali ini berkesempatan untuk membuat sedikit catatan untuk bersama kita renung2kan.
kali ini saya ingin berkongsikan akan ilmu yang saya perolehi apabila mendengar seorang pendakwah indonesia berbicara di kaca tv
yang menarik minat saya ialah apabila beliau menyebut bahawa guru pertama beliau ialah seorang yang cacat penglihatan dan lumpuh kakinya. itulah adinda beliau sendiri yang telah kembali ke rahmatullah setelah akhir sekali memperkatakan dua perkara kepada pendakwah tersebut di atas ribanya. peristiwa inilah yang membuatkannya beliau terus berubah!!!!

beginilah lebih kurang bunyinya..."wahai kekandaku, ingatlah bahawa tiada yang lebih berharga melainkan ketenangan hati yang diperolehi kerana mengingati Allah dan engkau tidak akan mencapai puncak amalan kecuali setelah engkau telah sepenuhnya dapat mengikut dan melaksanakan segala sunnah rasulullah...(lalu menghembuskan nafas terakhir).

bukanlah mudah sebenarnya pada pendapat saya untuk kita mencapai ketenangan hati yang sebenarnya seperti yang apa telah disebutkan oleh adinda beliau walau pun kita telah sedia maklum bahawa ungkapan itu merupakan salah satu dari firman Allah di dalam al quran yang marhumnya bahawa hati setiap manusia hanya akan menjadi tenang dengan mengingati Allah swt. penjagaan untuk memastikan hati berada dalam keadaan tenang adalah amat penting kerana hati merupakan asas penentu kepada baik dan buruknya setiap manusia.

andai selagi mana ada sekelumit ketidakikhlasan dalam hati maka inilah pada pendapat saya bahawa kita masih lagi belum berjaya memenuhi tuntutan pertama tersebut. sebagai contoh, kita melakukan sesuatu perkara atau urusan bukan benar2 ikhlas kerana Allah. perbuatan melakukan sesuatu lebih kerana nama, pangkat atau apa jua ganjaran dunia sebenarnya menunjukkan akan kelemahan kita dimata Allah swt.

cuba kita sematkan pemikiran insan2 istimewa tersebut..."Allah tidak pernah dan tidak akan melakukan apa jua kesilapan. diberi kebutaan penglihatan padaku PASTI kerna inilah yang terbaik untukku. mana mungkin Allah itu silap kerana hanya Allah sahaja yang mampu mentadbir sekalian alam. Allah Maha Mengetahui dan mengaturkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya"...(insan istimewa). Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

malu sebenarnya saya mendengar ketinggian iman seorang manusia yang KITA katakan 'kurang sesuatu'. marilah kita sama2 selami hati dan mencuci hati kita sendiri andai di dalamnya ada bintik2 kotor.

janganlah kita hanya sekadar mahu mengaku kelemahan diri namun tidak pernah kita cuba baiki.
HAYATILAH KALAMULLAH. kita mampu meluangkan masa untuk membaca novel dan majalah yang mengkisahkan dunia namun kita sering memberi alasan untuk tidak mampu menyematkan sekurang2nya intipati Al Quran itu di dalam dada.

adakah kita mampu dikatakan umat islam yang terbilang apabila kita hanya membilang ilmu dunia...intipati al quran yang menyentuh bahawa kehidupan di dunia hanya seketika dan telalu pendek. ia bukan sehari atau dua namun lebih pendek dari itu. kepada Allah setiap yang bernyawa itu kembali.

GURU BELIAU ADALAH INSAN ISTIMEWA...
GURU KITA SIAPA...?????
YANG MENYEBABKAN KITA BERUBAH ITU ADAKAH MANUSIA ATAU APA?
setiap manusia ada kelemahannya.. untuk melihat insan lain, lihatlah akan kebaikannya yang dibawanya...
untuk keburukan atau kelemahan...lihatlah dimana buruk dan lemahnyanya kita.
renung2kanlah.

Tuesday, May 4, 2010

islam bukan iman

assalamualaikum... ada rakan yang bertanya mengapa buang masa menulis blog? mudah shj... inilah pengisian masa yang ada setelah penat bekerja... perlu rehat sebentar juga minda ini.

baru-baru ini ada seorang sahabat bertanya.... mengapa orang melayu yang telah beriman dari kecil namun sukar nak terus mengikuti segala suruhan,dan perintah serta meninggalkan segala yang dilarang Allah tanpa mempersoalkannya? mengapa ada golongan yang baru sahaja memeluk islam terus dapat mengikut segala perintah Allah dengan redha walau kalau difikirkan dengan akal maka sakit hatinya.

inilah mungkin jawapannya....
pertama sekali, orang melayu bukannya beriman dari kecil namun orang melayu cuma menjadi islam semenjak lahir. terdapat jurang perbezaan diantara iman dan islam. itulah mengapa dikatakan bahawa 2 nikmat yang paling besar dalam hidup ialah nikmat iman dan islam itu sendiri. di sini jelas bahwa ISLAM BUKANNYA IMAN.

hadis nabi ada menyebut bahawa diakhir zaman, manusia akan ramai yang islam namun sedikit yang beriman.
orang melayu mungkin dilahirkan sebagai islam kerana mempunyai ibu dan bapa yang beragama islam. namun begitu jika tidak dididik dengan cara islam maka belum tentu mereka akan menjadi umat islam yang sebenarnya. jika dididik namun mereka enggan menerima didikkan itu maka tiada jualah jadinya.

islam menganjurkan umatnya menuntut ilmu dari dalam buaian sehinggalah ke liang lahad. ilmu yang perlu dituntut pastilah ilmu yang diredhai Allah. ini termasuklah ilmu mengenal Allah itu sendiri. setiap ilmu yang dituntut untuk mengenal Allah maka pasti akan membuatkan manusia berjumpa dengan berita gembira dan peringatan dari Allah swt. oleh yang demikian, akhirnya manusia ini akan mendapati bahawa hanya kepada Allah lah kembalinya semua perkara termasuk kita.

buktinya... Allah telah berfirman di dalam surah Al-Anbiya' ayat 35 yang bermaksud.." Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami". Ibnu Juraij ra. menerangkan, bahawa kedua ayat ini (34-35) diturunkan berkenaan dengan ucapan Rasulullah saw. ketika mengetahui tentang khabar kematian dirinya,"Ya Allah, siapakah yang akan membela umatku ini?" (HR. Ibnu Mundzir. Lihat Qurthubi:6/4436).

jika orang melayu yang beragama islam dan semua umat islam memang yakin dengan janji Allah ini mana mungkin kita berani untuk ingkar kerana telah diterangkan bahawa siksaan Allah itu amat pedih. kita akhirnya akan hanya mencari untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah bukan sekadar melakukan perkara yang di izinkan oleh Nya shj.

orang melayu mungkin diajar mengaji Al Quran semenjak kecil namun berapa ramaikah orang melayu yang memahami dan menghayati kitab Allah ini dengan sebenar2nya. rasulullah telah berpesan di dalam khutbahnya bahawa manusia yang berpegang teguh kepada Al Quran dan sunnah baginda pasti tidak akan tersesat. mengikut Dr Daniel didalam bukunya yang bertajuk Quran Saintifik juga ada menyatakan bahawa ilmu, kefahaman dan penghayatan adalah amat penting untuk mewujudkan umat yang terbilang. tiada guna jika hanya berilmu namun tiada kefahaman dan pengahayatan. begitulah jua sebaliknya.

islam bukan iman.... islam perlu berjalan seiring dengan iman. oleh yang demikian, kedua2nya perlu sentiasa dicari kerana (jika dapat saya andaikan) islam itu sebagai tiang maka iman itu adalah ramuan atau sebaliknya. mana mungkin kita memilih untuk memiliki salah satu dari  keduanya.

islam bagi yang melayu mungkin datang tanpa diminta. namun begitu, iman itu perlu dicari kerana ia tidak diwarisi. zaman akhir zaman ini, kelihatan ada anak2 yang disuap dengan segala ilmu agama namun akhirnya menjadi syaitan manusia. mengapa? tanyalah kepada diri kita yang mengaku muslim, adakah kita benar2 melaksanakan rukun-rukun iman dan islam itu sendiri?

indahnya.... hukum2 islam menolak pentafsiran menggunakan emosi dan nafsu manusia. inilah yang menyebabkan hukum2 islam menjadi begitu suci. yang mengotorkannya adalah manusia itu sendiri. janganlah kita salahkan sesiapa.... andai kita melayu yang telah dewasa, BANGUNLAH... telah ada umat islam lain yang bersuara... dimanakah imannya melayu? ADAKAH MELAYU ITU LAYU?

andai yang menjadi islam bukan kerana baka...BANGUNKANLAH diri dan setiap umat islam kerana kita sebenarnya...............BERSAUDARA. ingatlah, disamping kita cuba berdakwah untuk melihat insan lain yang mungkin merupakan insan yang kita sayang untuk memeluk agama yang syumul ini, kita juga bertanggunjawab berdakwah kepada setiap umat islam tidak kira apakah bangsa dan bagaimanakah islam serta iman mereka. hayatilah firman Allah terhadap rasulullah yang menyayangi bapa saudaranya yang meninggal sebelum memeluk islam.

saudara-saudaraku semua... maafkanlah diri ini andai terlanjur lidah jahil ini berbicara. bukanlah tujuan diri yang hina ini untuk menghina sesiapa... cuma diri ini telah berjanji untuk menyatakan al haq yakni kebenaran yang sememangnya dituntut oleh Yang Maka Kuasa. andai terkasar bahasa....TOLONGLAH MAAFKAN SAYA.

Sunday, May 2, 2010

lebih atau kurang..

cubalah bertanya kepada diri sendiri.... adakah kita mahu dididik atau diajar? atau adakah kita mahu mendidik atau mengajar?

jika mahu diajar atau mengajar maka ada kebarangkalian bahawa kita akan "terkurang diajar" atau "terkurang mengajar"... salahkah?
cuba kita ajukan persoalan ini kepada diri kita sendiri.... cukuplah selama ini kita selalu menunding jari kepada insan2 lain. wahai insan2 yang disayangi, tanyalah diri...tanyalah diri...tanyalah diri....
 andai kita "kurang di - ajar" atau "terkurang mengajar" ...apakah akan ada kepuasan di dalam diri? salah siapa? salahkanlah diri sendiri? mana mungkin Allah mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang cuba mengubahnya.

sama ada kita mahu dididik atau mendidik, persediaan pertama adalah merelakan diri kita dengan ikhlas untuk melalui proses tersebut. ia bukanlah suatu perbuatan yang mudah namun ia juga bukanlah mustahil. perkara pokok di sini adalah kita mesti bersedia dan meredhai diri untuk berubah ke arah kebaikan kerana ujian pasti akan datang walau jalan yang dipilih itu adalah yang lurus.

berdasarkan pengalaman...
inilah kucatatkan sebuah nukilan...
untuk bersama kita renungkan...
untuk bersama kita fikirkan...
andai di dalamnya ada setitis kebaikan...
capailah titisan itu dengan iman...
aku berdoa agar ia menjadi lautan kebaikan...
sebelum kita kembali... kepada-Nya.