Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Saturday, June 19, 2010

segalanya....

setiap inci diri adalah amanah...
setiap hembusan adalah amanah...
setiap yang dicari juga amanah...
setiap yang diberi juga adalah amanah.

yang hak itu amanah...
yang memberi hak itu amanah...
yang menerima hak itu memegang amanah...
yang mencari hak itu mencari dan memegang amanah...

hidup itu amanah...
belajar itu amanah...
mengajarkan itu juga amanah...
berusaha belajar itu amanah...
berusaha belajar mengajar itu amanah...

belajar demi ilmu Alllah itu amanah....
mengajar demi ilmu Allah itu juga amanah...
beradab untuk belajar itu amanah...
mengajar adab ilmu itu juga amanah...

demi Allah hidup dan mati ini memikul amanah...
demi Allah biar sakit tetap ku genggam bisa dunia kerana amanah...
demi Allah jua segalanya...
hina diri ini di dunia tidak mengapa berbanding....
megahnya diri dengan mengabaikan amanah diri kerana Allah.

demi kerana amanah itu dari MU Ya Allah...
ku pohon agar dikuatkan segalanya dengan kekuatanMu...
Amin..

Saturday, June 5, 2010

Malunya.........

assalamamualaikum kepada saudara seagama dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.
bila ada peluang menulis setelah sekian lama, kadang ingin sahaja diri ini memberi alasan. namun setelah difikirkan...biarlah akan alasan2 itu kerana inilah kehidupan.

kali ini "MALUNYA..." menjadi tajuk utama.
siapa yang malu? kenapa dan mengapa malu? perlukah malu? patutkah tak malu?

sebenarnya inilah apa yang saya rasai ketika mula membelek2 bab pertama yakni 'memasang niat' di dalam Shahih Bukhari/jilid1/set pertama (2006) yang di analisa dan dirumuskan oleh Syed Ahmad Semait serta sebuah kitab yang ditulis oleh Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni yakni Warisan Peninggalan Nabi(2007) dimana tajuk pertama beliau adalah 'Amal Perbuatan Mesti Disertai Niat'.

kesimpulan dari pembacaan bab 'ini', saya berasa amat malu kerana ulama2 ini telah memulakan penulisan mereka dengan menerangkan beberapa hadith yang berkenaan dengan keutamaan amalan yang  perlu dimulakan dengan niat sedangkan saya memulakan blog ini dengan tajuk 'Penawar'. semoga Allah mengampuni kekurangan diri ini.

Malunya diri ini sebenarnya kerana tidak dapat menghasilkan penulisan yang mantap seperti mereka. namun, saya ingin meniru (izinkan saya) moto penulisan Syed Ahmad Semait (semoga Allah merahmati roh beliau) yang beliau sandarkan kpd hadith marfuk, yang bermaksud: Bersabda Nabi s.a.w., 'Akulah sebagus-bagus anak Adam, dan sebagus-bagus seseorang sesudahku ialah seorang lelaki yang mengetahui sesuatu ilmu agama, lalu dia menyebarkan ilmunya itu, dan juga seseorang yang mempertaruhkan jiwanya pada jalan Allah! - Itulah yang saya maksudkan, mudah-mudahan itulah yang Allah takdirkan, amin! (Syed Ahmad Semait).

dinyatakan oleh Dr Aidh juga bahawa Imam Bukhari dan Imam Syafi'i juga memulai penulisan mereka dengan hadith (Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu mesti disertai dengan niat). mereka juga membuat analisa dan penerangan tentang hadith tersebut. malu rasanya kerana terasa bahawa ilmu yang Allah kurniakan kepada diri ini terlalu sedikit dan mungkin tidak layak untuk bercakap tentang beberapa perkara. takut juga nanti ada silapnya. semoga Allah mengampunkan dosa2 yang saya lakukan tanpa sedar sewaktu menulis blog ini. semoga pembaca yang lebih ilmunya juga dapat memaafkan kekurangan diri saya. marilah kita berkongsi menyebarkan serta menegakkan ilmu Allah. saya juga berdoa agar Allah memberikan saya kekuatan untuk cuba menyampaikan ilmu2-Nya dalam usaha untuk mendidik manusia supaya lebih memahami dan mengenali Allah serta sedar, yakin dan beramal seperti mereka akan kembali menemui Allah esok hari. sesunguhnya hanya Allah yang mampu memberi petunjuk serta kekuatan ke atas diri setiap individu supaya hidup beramal kerana Allah s.w.t.

saya juga memohon keampunan dari Allah kerana tidak menjadikan ucapan basmalah sebagai pembuka penulisan di dalam blog ini.

beginilah malunya yang menjadi tajuk kali ini yang juga memaparkan kekurangan diri ini di dalam menulis. semoga Allah mengampuni segala dosa serta memberi petunjuk kepada saya agar dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik untuk tatapan pembaca. semoga kalian tidak jemu dengan celotehan dan kekurangan saya. minta maaf.


Ustaz Syed Ahmad bin Muhammad Semait

(21/8/1933 - 15/7/2006)