Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Thursday, August 26, 2010

coret sini

ada mungkin insan yang tidak dapat memahami apa yang cuma saya ungkapkan..... tapi... tidak mengapa..
ada juga mungkin insan yang menyatakan mengapa begitu susah untuk melalui kehidupan ini...sesungguhnya itulah ketetapan Allah.
jika direnungkan pasti akan hadir terlalu banyak perkara untuk diperdebatkan, nak diterangkan atau yang ingin kita lakukan.
memikirkan  tentang insan lain atau memikirkan tentang diri sendiri merupakan suatu tuntutan. namun andai dibicarakan tentang keimanan... maka adalah lebih baik kita kukuhkanlah keimanan diri sendiri terlebih dahulu. janganlah kita menjadi seperti pepatah melayu yang menyebut...
'paku dulang paku serpih... mengata orang .....'
atau...
'janganlah menjadi seperti ibu ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus'.

hmm... bagi sesetengah insan yang suka membaca teori dan kaedah yang dicadangkan oleh seorang hamba-Nya...pastilah akan dapat mengenalpasti bahawa terlau banyak teori ciptaan manusia yang terdapat dipasaran. teori yang terluah setelah dilakukan kajian.

namun jauh disudut hati ini terdapat pertelagahan. mengapa diperlukan teori ciptaan manusia? mungkin ada yang akan menyatakan bahawa teori perlu kerana ia membantu manusia untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. teori akan menyebabkan manusia berpegang kepada sesuatu kajian yang telah dilakukan.

saya sering tertanya-tanya akan kenapa.... bukankah yang diluahkan oleh rasulullah adalah dari Allah. bukankah hanya perkara yang datang dari Allah itu yang terbaik.
setakat ini sahaja untuk kali ini.. saya memilih untuk membiarkan persoalan tentang sesuatu yang nak dicakapkan itu tergantung.......
sekian.

Sunday, August 15, 2010

datang lagi...

datang lagi setelah setahun menghilang... Ramadhan datrang lagi...

banyak perkara yang sebenarnya saya fikirkan akhir2 ini disebalik ramadhan itu sendiri. ramadhan membawa barakah, rahmat dan pengampunan. kejadian milik Allah kerana Allah lah yang memiliki segalanya. terlalu banyak kemuliaan ramadhan jika nak dibincangkan namun sebenarnya saya lebih ingin membicarakan apa yang terlintas dibenak minda marhain ini.

saat2 yang berlaku dalam kehidupan hari-hari menyebabkan saya tidak dapat mengelak dari bermain dengan perasaan. SEDIH... itu sahaja yang dapat saya katakan. kita semua manusia terutama umat islam, telah mengaku beriman dengan Allah......... Allah itu kekal setelah segalanya musnah (akibat tangan-tangan manusia itu sendiri). pastilah kita tidak dapat mengelak dari berlakunya KIAMAT mahupun menangguhkannya apabila KUN kata Allah.

sedih apabila memikirkan akan terbatasnya akan kuasa kita untuk mengubah manusia.... bulan puasa bukan merupakan alasan untuk mengatakan ....aku letih.... bulan puasa membuatkan umat islam sepatutnya lebih kuat iman dan amalnya dan ianya sepatutnya berterusan dan menjadi lebih baik dari hari ke hari terutamanya ketika dunia ini telah semakin membongkok tua bukan kerana usia tetapi kerana termakan bisa yang ditabur oleh tangan2 manusia.

benarlah mungkin kata orang-orang lama bahawa manusia itu sebenarnya membawa bisa kerana itulah kalah bisa orang katakan tegal biasa. ulama dipandang enteng umpama angin iman yang bertiup lembut, membelai diri dan jiwa namun hanya dibiarkan pergi begitu sahaja seakan-akan ilmu yang dicurah umpama titisan iman yang jatuh ke daun keladi.... bertakung sebelum ditiup badai moden.

sedih adakah berguna jika kita...umat manusia.... hanya menangis meratapi masa dan dunia namun mati hati kerana hati telah bertuankan nafsu. ada manusia yang sedar bahawa diri tidak bertuankan iman namun yang lebih sedihnya..... ada manusia yang tidak sedar bahawa amal perbuatan yang disangka baik itu salah... bukan kerana agama namun atas kecenderungan manusia yang mahu diri lebih maju dan terkehadapan..

fikirlah kamu wahai saudaraku bahawa hidup ini akhirnya ada dua jalan... inilah hidup...hanyalah sekadar suatu kehidupan.

Saturday, August 7, 2010

jika bercakap ttg manusia... kita serig percaya bahawa kita sebaik2 kejadian makhluk ciptaan Allah. ditugaskan kita untuk menjadi khalifah bagi memakmurkan bumi Allah ini. itulah kenapa manusia diberikan akal.

dengan berbekalkan akal yang diberi pula ramai diantara kita sentiasa cuba memikirkan sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri dan ramai juga yang cuba memikirkan yang terbaik untuk insan-insan lain. namun begitu, kita kadang mungkin akan tersilap membuat keputusan untuk orang lain kerana manusia ini berbeza. Allah tidak menjadikan manusia itu sama.

kerana perbezaan yang merupakan fitrah kejadian kita, berlakulah perdebatan ttg siapa betul atau siapa lebih baik atau lebih tepat yang kadangkala di akhirnya berlaku pertelingkahan. masing-masing kadang tegas mempertahankan pendapat masing-masing kerana kebiasaannya pendapat yang lahir itu dibuktikan melalui kajian yang dilakukan mengikut kepakaran masing-masing dan kadangkala, kajian yang dilakukan menelan belanja hingga jutaan ringgit.

saya juga adalah seorang manusia, makhluk ciptaan Allah yang cuba untuk mengoptimumkan penggunaan akal pemberian Allah. namun begitu, semakin saya mengkaji akan sesuatu perkara maka hanya suatu kesimpulan yang dapat saya buat. biar apa pun lapangan kajian yang dilakukan, biar apa jua kaedah yang di gunakan. semuanya hanya akan kembali kepada suatu kesimpulan.....KEBENARAN ITU HANYA MILIK ALLAH. segala kajian atau pendapat yang saya cuba berikan, ianya tetap berada untuk membenarkan kalamullah. walau pahit untuk diterima oleh akal, jiwa atau apa sahaja. itulah KEBENARAN...yang membuktikan kasih sayang Allah yang menjangkaui kelebihan akal manusia.

Monday, August 2, 2010

sekadar..