Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Thursday, September 23, 2010

asas kekuatan agama part 2

agama adalah suatu keperluan di dalam kehidupan bagi setiap individu. menghayati agama sepatutnya akan menyebabkan seseorang itu menjadi lebih bersyukur dan lebih menghargai nikmat-nikmat yang diberikan oleh Allah dan bersabar dengan ujian-ujian Allah untuk membuktikan bahawa diri adalah seorang yang benar-benar beriman.
 kekuatan agama secara asasnya dipupuk melalui kepercayaan atau keyakinan yang tidak berbelah bagi terhadap suatu kuasa yang kita percaya. kepercayaan yang tidak berbelah bagi terhadap kuasa yang mampu untuk melakukan segala-galanya termasuklah menghidupkan sesuatu dari yang mati dan mematikan sesuatu dari yang hidup merupakan bukti akan betapa kuatnya kepercayaan dan keyakinan.
bagi umat islam, iman itu perlulah wujud tanpa meragui akan mana-mana kalam Allah atau ketetapan-Nya terhadap sesuatu.salah satu kaedah untuk membina kekuatan agama adalah dengan lebih banyak bersyukur dengan nikmat2 yang telah Allah berikan terutamanya nikmat yang kita anggap sebagai remeh dan hak seperti nikmat mata, telinga, tangan, kaki, mulut, hidung, rambut, perasaan, jasad, roh dan sebagainya. bersyukur dan sedar akan kewujudan kita di muka bumi Allah ini insyaallah akan membantu kita untuk membentuk kekuatan agama bagi mengharungi kehidupan yang sementara ini insyaallah.

Tuesday, September 14, 2010

perjalanan raya

selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca. maaf zahir batin. hari raya tahun ini merupakan suatu pengorbanan bagi diri ini kerana saya telah mengambil keputusan untuk melakukan perjalanan untuk mencari sesuatu di dalam kehidupan sambil menghayati ramadan dan aidilfitri di perantauan.
jarak perjalanan yang saya lalui adalah sejauh 1470km dengan menggunakan motosikal. insyaallah perkongsian pengalaman akan di lakukan kemudian......insyaallah. hari ini tidak berkesempatan. maaflah kerana akhir2 ini terlalu sibuk dengan pelbagai urusan.

Friday, September 3, 2010

asas kekuatan agama part 1

banyak yang boleh dibincangkan dengan kekuatan agama dan apabila disebut tentang agama maka pasti ia tidak lari dari kekuatan iman. perbincangan mengenai agama pada pendapat saya tidak dapat dipisahkan dengan perkaitan iman kerana tujuan beragama (islam) itu sendiri adalah untuk membentuk kekuatan tauhid kepada Allah. teringat saya akan kata seorang hamba Allah, jika seseorang manusia itu mencari kebijaksanaan dengan mengagungkan penulisan atau pendapat manusia, samada melalui kajian atau pengalaman maka pasti akan membuatkan individu tersebut menjadi bongkak. bahayanya takut jika ia terjadi tanpa sedar. individu yang ingin membentuk kekuatan agama perlulah pada pendapat saya memahami asas kekuatan agama itu sendiri sebelum cuba mengkaji perkara-perkara lain yang menjadi urusan kehidupan. atas dasar ini saya berpendapat bahawa kekuatan agama itu mampu dicapai sekiranya kita benar-benar menghayati kalamullah dan ketetapan Allah itu sendiri. HAYATILAH dan AMALKANLAH AL QURAN .

mencari kekuatan agama melalui al quran pasti tidak akan membawa kepada kesesatan. inilah janji Allah yang turut diperjelaskan oleh rasulullah s.a.w. lafaz janji Allah berbeza dengan janji yang dibuat oleh manusia kerana Allah itu Maha Berkuasa dan Allah itu tidak akan memungkiri janji. opps tak dapat sambung... ada tamu. sekian dulu. insyaallah akan bersambung............