Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Saturday, December 17, 2011

Mimpanau hiti sabah

Hari pertama dari kk ke kundasang. Dah lama plan nak tido kat sini tp x kesampaian . Tapi kali alhamdulillah diizinkan Allah saw.
Hmmm adoi kena aja air kat bilik mandi, ya Allah punya la sejuk....brrrrr. Sok nk p gunung kinabalu nk tgk satu lagi keindahan Allah saw. Then insyaallah nk p poring n p urut ngan ikan kelah.
Gambar insyaallah nanti la yer. Kalu ....hehehe. Pa pun aku doa aja smoga perjalanan kali ini akan menghadirkan sesuatu yang akan lebih memantapkan iman dan mendekatkan diri kepadaNya. Cuma kali ini, kami berjalan 5 orang. Ada juga kengkawan yg nk rasa apa y g aku dh pernah lalu.

Tuesday, December 13, 2011

zaman sekarang

zaman sekarang memang dah banyak berubah:
 dulu ramai orang susah tapi hidup aman damai
 dulu nk cari seringgit pun susah tapi biasanya cukup
 dulu mak bapak garang gila tapi ramai aja yang jd manusia berguna
 dulu elektrik pun x da tp x da sapa pun merungut
 dulu teknologi x berapa moden tp manusia bekerjasama
 dulu x banyak pakaian yang mewah tp pakaian manusia sopan la jugak
 dulu mak ayah x banyak yang mengaji d universiti tp keluarga kekal lama
    orang cakap kalu pandang ke belakang maksudnya ketinggalan zaman
    orang juga cakap kalu pemikiran yang tak nak maju tu pemikiran konservatif
 sekarang cuba kita fikir....
dulu orang punya takut kat jepun sampai mak bapak sanggup mati demi jaga anak
sekarang yang tak kawin sibuk buang anak n yg kawin plak sanggup abai anak kerana kerja
ada aja alasan... maklumlah kehendak x pernah puas...dari kereta kecil nak pakai yg besar...dari rumah kecil nak jugak rumah besar...dari gaji kecil nk ke gaji besar...dari hidup yang susah sikit nak senang banyak....bila senang nk lagi senang...tp hidup tak pernah tenang
orang dulu berpeluh buat kerja untuk hidup...susah mana pun tetap senyum
orang sekarang juga buat kerja katanya untuk hidup... tp makin tinggi plak darjat kononnya
nak beza dulu ngan sekarang banyak sangat smapai tak muat...
syukur jugak aku dapat tengok dan alami serba sikit beza hidup dulu dan sekarang
bukan tulis nak pengaruh orang cuma luahan pendapat dulu dan sekarang
satu ja yang aku tengok tak berubah dari dulu sampai sekarang...
Al quran dan sunnah rasulullah. walau bagaimana berubahnya sekarang berbanding dulu, marilah kita berpeganglah pada jalan Nya sahaja.

Friday, November 4, 2011

manisnya yang pahit

"ok bye..kami balik dulu...." . Dua remaja bertudung putih meminta diri.
Lee (bukan nama sebenar) turut memanaskan enjin motosikalnya usangnya setelah kelibat kedua remaja perempuan tadi hilang dari pandangan.
Perbualan yang seketika tadi menghadirkan persoalan akan ketentuan Tuhan.
Lee semakin berminat untuk memahami islam dan apakah itu yang dikatakan nikmat iman.

Sewaktu menunggang motosikal, Lee teringatkan kedua remaja tadi - namun kenapa? Hati kecilnya berasa hairan namun beliau tetap cuba fokus kepada tunggangan.

"eh macam kenal... biar betul!!!'
"Allah", terpacul perkataan yang tidak pernah disangka oleh beliau sendiri.
"aaaaa....are you ok?", itulah soalan pertama yang Lee ajukan.
kedua remaja itu kelihatan pucat.
"'nah angkat saya punya tipon, sekalang lu lua orang tipon sama lu punya bapa". Lee berasa risau.
Namun, pada masa yang sama, Lee berasa ada manis disebalik kejadian itu.

Ketika tiba ditempat kemalangan, perkara pertama yang terlihat kepada Lee adalah apabila dua remaja tadi terus memakai kembali tudung yang tercabut akibat perlanggaran dengan lori kelapa sawit.
"betapa mereka ikut ajaran agama mereka walau dalam sakit", hati kecil Lee berbunyi.
"macammana sekarang? ala sakit ka?" Lee mengajukan soalan lagi sekadar untuk menghilangkan rasa trauma dua remaja itu. Namun, jauh di sudut hati, Lee memuji mereka kerana tetap mendahulukan agama walau ketika sakit.

"Adakah ini manisnya nikmat iman dan agama islam? ", tanya Lee kpd diri sendiri.

Saturday, October 22, 2011

survey

Click here to take survey

Friday, October 14, 2011

Al - A'raf

"sesungguhnya orang2 yg mendustakan ayat2 kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit bagi mereka dan mereka tidak akan masuk syurga, sebelum unta masuk ke dalam lubang jarum. Demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kepada org2 yg berbuat jahat"
ayat 40

"Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan, Kami tidak akan memebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya. Mereka inilah penghuni syurga, mereka kekal didalamnya".
ayat 42

demikianlah diantara janji-janji Allah terhadap hamba-hambanya. bagi yang benar-benar beriman, sabar di dalam ujian merupakan suatu kejayaan-insyaallah. bagi yang mendustakan ayat2 Allah-bertaubatlah sebelum tibanya penghujung nafas kehidupan dunia.

Tuesday, October 11, 2011

sayang dibiar?

adakah jika sayang kita sanggup membiarkan mereka lalai? adakah jika kerana sayang kita sanggup membiarkan mereka ketawa sehingga lalai? adakah jika sayang kita sanggup melihat mereka menangis?

terdapat pelbagai kebarangkalian jawapan dari kita seorang insan biasa. namun yang demikian, cuba kita hayati... adakah kerana kasih Allah tidak menduga para nabi dan rasul? bukankah ujian untuk yang dikasihi itu lebih besar jika ianya untuk membawa kebaikan?

pelbagai persoalan bermain dikepala ketika aku memikirkan akan hakikat kehidupan. mengapa kita hanya lebih gemar, suka dan yakin dengan apa yang indah dimata sahaja? seorang ibu akan berbangga jika anaknya menjadi kaya. seorang ayah tersenyum lebar jika anak membawa pulang keputusan peperiksaan yang cemerlang. aku juga merasakan terlalu berat amanah kita sebagai hamba Allah ini. almaklumlah, aku juga hanya insan biasa.

kita masing2 melalui ujian dunia.

Wednesday, September 28, 2011

nikmat yang tidak tampak

merentasi masa merupakan perjalanan yang tidak kita ketahui di mana perhentiannya. masa itu seakan-akan sesuatu yang kita miliki namun tidak tampak. mungkin inilah yang menyebabkan kita sebenarnya jauh dari merasai nikmat kewujudan masa itu sendiri.
merenung jauh ke dalam diri dan bertanyakan kepada hati kecil sendiri dengan memberikan jawapan yang tulus mungkin merupakan satu kaedah untuk menghayati harga masa. namun yang demikian ia pasti sukar kerana kehadiran masa itu sendiri kadang tidak dirasai oleh kita. kenapa?
hanya mungkin satu sahaja alasannya... inilah kita manusia... anak cucu cicit Adam yang kebanyakkannya berada dalam kerugian. tidaklah jari ini menunding kemana-mana melainkan yang pertama kepada diri sendiri. Allah yang Maha Mengetahui.

Wednesday, September 21, 2011

entah apa tah...

i just got home from somewhere. now sitting for a while doing some of my daily routines. what to do.... this is my life while i still have. now i don't really have the mood to write or to do 'things'. Every time i read what i have written a few days before, my sister's face will keep popping up in my head. to be frank - i am still blur.

my work life has kept me far from being 'me'. hmmmm..... maybe here is some....

hidup ini jika tidak kita hayati apakah tujuan sebenar kita dilahirkan kemuka bumi Allah, maka kita pasti sangat rugi. kita sering mengungkapkan bahawa kita faham, kita tahu dan kita mengerti. namun yang demikian, apakah sebenarnya kita menghayati bibit2 kehidupan dunia yang diamanahkan kepada kita dengan SEBENAR2 nya. persoalannya.... apakah perkara yang sebenar-benarnya itu adalah benar?
inilah kekhilafan kehidupan manusia. sesungguhnya tidak mustahil bagi Allah untuk menjadikan kita sama namun pastilah yang perbezaan itu adalah yang terbaik kerana itu menjadi ketentuanNya. yakin tak?

Saturday, September 17, 2011

i had never kissed her..

as far as i could recall.... i had never kissed her even she was sweet, loving and caring. it was - just not me.
we had been together for many years but i had never thought to kiss her because i felt awkward when thinking of it. even i love her so much, i had to act normal because it was - just me.
throughout these years, i had kept my feeling as my secret. i had never even once told her that i love her. however, today i could not hide it anymore. after all these years, today was my last chance to kiss her. i knew for sure - i would not have another chance. i kissed her early in the morning when most of us were still sleeping. instead, i already felt that it was too late. i felt i wanted to cry as i finally managed to do what i had wanted to do for so long and at this time i realized my true feeling - a feeling which i could not even want to deny anymore - I LOVE HER. this was not enough because we had been together for many years. thus,i kissed her forehead again for the last time around 2 p.m on 17 September 2011. it was my last kiss for her - my beloved eldest sister. she had now gone forever embarking on a new journey in her new life. al fatihah.

kak long...
warkah ini mungkin tidak terbaca olehmu...
warkah ini juga mungkin sudah terlambat untuk menyatakan...
abang sayang kak long.

kak long....
lebih 30 tahun kak long sentiasa disisi kami....
adik-adik kak long yang nakal...
banyak kenangan kita sekeluarga.

kak long...
hari ini tiada lagi hadiah...
yang dapat abang berikan melainkan al fatihah.

kak long...
walau kita sekarang berada di alam yang berbeza...
kak long tetap di hati kami sekeluarga.

selamat jalan kak long.


kakakku rohani telah kembali ke rahmatullah ketika berusia 38 tahun. beliau dan kembarnya - rohana, di kebumikan di kubur kampungku, mengapit pusara tok dan tok wan.

"dari Allah kami datang dan kepadaNYA kami akan kembali"

dan sesungguhnya, tiada makluk Allah yang dapat mempercepat atau melambatkan kematian kerana semuanya telah menjadi ketetapan Tuhan.


kullunafsin zaikatulmaut.

Thursday, August 4, 2011

Ali 'Imran 16 -17

Orang -orang yang bertaqwa adalah orang yang:
1. SABAR DALAM KETAATAN
2.SABAR DALAM MENAHAN DIRI UNTUK TIDAK BERBUAT MAKSIAT
3. SABAR MENGHADAPI MUSIBAH YANG MENYAKITKAN
4. BENAR DALAM UCAPAN, PERBUATAN DAN KETAATAN
5. MENAFKAHKAN (hartanya) SECARA SEMBUNYI ATAU TERANG-TERANGAN
6. MEMOHON AMPUNUNAN PADA AKHIR MALAM kerana itu merupakan waktu yang diterimanya doa dan permohonan.

Monday, August 1, 2011

al baqarah 154

janganlah kalian, wahai orang yang beriman-mengatakan kepada orang yang terbunuh kerana berjihad di jalan Allah bahawa, "mereka telah mati." mereka sebenarnya hidup di dalam keadaan yang khusus, di dalam kubur. tidak ada yang mengetahui bagaimana cara hidupnya, kecuali Allah semata, namun kalian tidak dapat merasakannya. Dan ayat ini menjadi dalil akan adanya nikmat kubur.


selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. insyaallah.

Tuesday, July 19, 2011

yang sakit itu juga indah

seorang sahabat pernah menceritakan padaku, " apakah indahnya hidup ini andai ujian demi ujian datang bertampi-tampi".

bagiku ini adalah keluhan biasa seorang manusia. kita sebenarnya lupa bahawa apa yang mengembirakan kita juga termasuk sebagai ujian Allah yang menjadi bukti kasih sayangNya terhadap kita umat islam terutamanya.

bagiku... lupakan seketika kegembiraan yang dikecapi. marilah kita bersyukur diatas ujian yang menyakitkan. sebagai contoh, andai kita sering dicaci atau tifitnah, bukankah Allah sedang memberi kita pahala atas cacian2 itu dan bukankah kita patut bersyukur kepada Allah kerana hanya sedikit sahaja kekurangan dan kelemahan kita yang dipertontonkan kepada umat manusia.

contoh yang lain pula... kita mungkin gagal untuk memiliki apa yang kita kehendaki setelah kita berusaha bersungguh-sungguh. adakah kita patut merasa sedih? bukankah kita patut bersyukur bahawa Allah telah memberi kita kekuatan untuk berusaha? bukankah masih ada insan lain yang kurang upayanya.

andai kita hilang upaya sama ada sejak azali atau secara tiba2.... bukankah Allah telah memberi kita kesempatan untuk melihat dunia? bukahkah kita juga terhindar dari melakukan dosa kerana tidak bersyukur andai kufur andai lebih banyak nikmat yang kita terima.

kekangan masa membuatkan aku terpaksa berhenti setakat kali ini. Insyaallah... dilain masa.

yakinlah bahawa sebenarnya terlalu banyak nimat Allah yang belum kita syukuri.

Tuesday, June 7, 2011

di sini..

Ya Allah, Engkau rahmatilah kami dengan al quran, dan Engkau jadikanlah al quran itu sebagai hujjah bagi kami.  Ya Allah, tuhan semesta alam.

islam tidak mengajar kita untuk menghukum orang tanpa jika kita tidak berada di tempat yang diberikan hak dan amanah untuk berbuat demikian.  bagaimanakah islam mengajar kita untuk menegakkan yang benar? dan apakah sebenarnya kebenaran?
rasulullah s.a.w tidak menyatakan sesuatu hukum yang bukan dari Allah. bantuan diberikan kepada umatnya dengan dijilidkan kalamullah di dalam  sebuah kitab agung yang dikenali sebagai al quran. diperhalusi pula dengan sunah rasulullah s.a.w.
perjuangan rasulullah dalam menegakkan islam bukanlah dengan cara menyalahkan orang lain. namun yang lebih hebat lagi, rasulullah menampakkan kebenaran, kesucian dan keindahan islam tanpa menyalahkan orang2 kafir. apa yang dilaksanakan oleh baginda adalah HANYA menyampaikan segala suruhan dan larangan Allah. inilah keindahan sebenar dakwah pada pendapat saya.
tidak perlulah kita berdebat di atas sesuatu yang kita rasakan segalanya salah sedangkan hanya Allah sahaja yang berhak untuk memberi hukuman yang adil. lebih baik kita lebih memperbanyakkan penulisan yang menampakkan keindahan islam sebagai agama yang diredhai oleh Allah.


cinta merupakan anugerah yang dituruti dengan perkahwinan dan dilengkapi dengan kematian. terdapat beberapa fasa pemilihan sebelum bercinta, sebelum berkahwin dan sebelum kematian. didalamnya terkandung hak yang adil diberi kepada yang berhak dan dikirimkan juga bersama...amanah kepada setiap yang bersandarkan hak.

dalam fasa SEBELUM mungkin ada yang terbabas disebabkan 'kita insan biasa'. namun yang demikian, Allah telah berfirman didalam al quran, "sesungguhnya Aku (Allah) tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang Berusaha mengubahnya". ingin juga saya selitkan satu lagi firman Allah, "apabila terjadi perbalahan diantara dua insan, maka kembalilah (rujuklah) kepada al quran".

yang pasti...suami itu pemimpin yang menanggung dosa insan yang dipimpin. namun "...sesungguhnya, isteri2 kamu adalah teman kamu yang setia.."(rasulullah s.a.w).

bertaqwalah kita kepada Allah. mungkin kita patut menghayati sebuah surah yang apabila diminta rasulullah membaca sebuah surah yang pendek namun padat, lalu rasulullah telah membaca surah Al Zalzalah. (mewakili seperempat al quran)


wassalam.
astagfirullah.....

Sunday, June 5, 2011

kesempatan yang Allah berikan kepada aku untuk mendengar ceramah agama seorang ulama terkemuka secara live telah menghadirkan sebuah pengalaman yang amat bermakna. mana tidaknya, kadang ada ketika pabila kita mendengar seseorang yang bergelar ustaz atau ustazah memberi ceramah, kita merasakan bahawa diri kita sedang ditunjuk ajar. namun begitu, ketika mendengar setiap baikt kata2 yang dilemparkan oleh ulama ini, aku seperti dapat merasakan keikhlasan, kejujuran dan kesedihan beliau. ini tidaklah bermaksud bahwa aku mengatakan ustaz atau ustazah lain tidak ikhlas. ini adalah hanya sekadar perkongsian perasaan bersama kalian.

inilah sebenarnya apa yang aku rasakan dan membuatkan aku terfikir dan merenung sejenak beberapa hadis rasulullah s.a.w dan beberapa baik ayat2 Allah s.w.t yang diabadikan di dalam alquran yang menyatakan kelebihan seseorang yang melakukan sesuatu itu dengan sebenar2 ikhlas. adakah keikhlasan seseorang itu boleh dirasai oleh orang lain?

kita sebenarnya tidak sepatutnya mempertikaikan kejujuran dan keikhlasan orang lain terutamanya mengenai amal dan perbuatan mereka yang dikatakan ikhlas kerana Allah. apa yang hendak aku kongsikan disini hanyalah sekadar perasaan seperti dipujuk dengan ikhlas dan lembut untuk mengikhlaskan segala amalan dan perbuatan yang diredhai Allah hanya untuk Allah.

tahlah korang paham ke tak apa yang aku nak cakap. tapi tak kisahlah... moga kita semua terus diberi kekuatan untuk mengamalkan yang benar dan menyatakan yang benar kepada diri kita dan insan2 lain.

Tuesday, May 31, 2011

menarik ka?

yg menariknya adalah kadang2 aku terfikirkan perkara-perkara yang dicintai manusia. ada yang mencintai harta, ada yang mencintai pasangan, ada yang mencintai ibu bapa, ada yang mencintai dunia, ada yang mencintai agama dan macam2 lagi yang menjadi kecintaan manusia.
dalam banyak2 kecintaan ini, sejauh manakah kecintaan kita terhadap iman dan islam. bagaimana pula kecintaan kepada rasulullah dan negeri di akhirat? benarkah kita benar2 tahan diuji dengan IKHLAS. hmmm... hanya masing2 yang dapat menjawab persoalan akan sejauh manakah keikhlasan kita terhadap setiap perkara yang sebenarnya menjadi bakal menjadi madu atau racun yang akan dipersembahkan semula kepada kita di pertimbangan terakhir nanti.
yang menariknya... kita mungkin bisa melahirkan sesuatu kebenaran dari Allah secara lisan namun tidak melalui amalan atau penghayatan. akhir zaman ini, aku sebagai salah seorang hamba Allah, hanya mampu untuk menyaksikan akan kebenaran setiap ayat yang terkandung didalam kitab yang lengkap dikenali sebagai al quran. tindakan yang dapat aku ambil kadang tidak besar, ia hanya mungkin sekadar tidak meredhai dengan hati. di sini aku merasakan bahawa diri ini lemah apabila teringatkan kalimat yang menyebut bahawa selemah-lemah iman adalah dengan tidak meredhai yang salah itu dengan hati. keadaan diri yang lemah ini terpaksa aku terima kerana hanya Allah Maha akan segalanya. namun yang demikian, hati kadang amat pedih dan sedih. dimanakah penghujungnya perjalananku ini?

Sunday, May 22, 2011

pegangan..

apakah yang kita pegang dalam hidup dan apakah yang sepatutnya menjadi pegangan utama kita?  dalam kehidupan ini, kita yang dinamakan manusia, masing2 sentiasa berlumba2 mencari ilmu. ada yang mencari ilmu yang tidak diizinkan Allah, ada yang mencari ilmu yang diizinkan oleh NYA. namun demikian berapa ramaikah diantara kita yang sebenarnya mencari ilmu yang diredhai oleh Allah?.
sebelum kita menjawab soalan di atas, harus sepatutnya kita bermuhasabah diri merenung sejauh manakah keihlasan kita dalam bab keimanan kita kepada Allah. adakah ilmu yang kita cari sebenarnya bersandarkan kepada Al quran dan sunnah? bukankah ini yang sepatutnya menjadi pegangan kita yang utama dan bukankah setiap apa jua ilmu dan amalam kita perlulah berpaksikan kepada segala panduan yang tekandung di dlm al quran dan sunnah.
saudaraku sekalian... ini hamyalah sekadar bikisan pendek untuk mengajak kita merenung dan menilai semula setiap ilmu yang kita ada dan setiap amalan yang kita lakukan.
bukankah....dari Allah kami datang dan kepadaNya lah kami akan kembali. pasti begitu juga dengan setiap ilmu dan amalan. renung2kan. menegakkan yang benar itu perlu ada keyakinan walau hidup mungkin dibenci insan lain.

Tuesday, May 10, 2011

bukan milikkku

beberapa kali, beberapa peristiwa, beberapa persoalan sering menjadi alasan paksaan yang menyebabkan aku menulis sesuatu. namun demikian, diri ini sering terasa takut sebenarnya kerana kadangkala ada segolongan manusia yang boleh terpengaruh dengan apa yang bagiku hanya sekadar penulisan. tambahan lagi jika penulisan itu sebenarnya dibawa sehingga ia seakan-akan tiada sempadan dan tiada batasan.

logik yang sebenarnya keterbatasan akal kadangkala akhir zaman ini dijadikan sebagai hujah untuk kononnya menjadi panduan kepada manusia. namun persoalan tentang apakah paksi persoalan dan sedalam manakah tunjang hujah yang berpandu teras yang jelas dibawa dengan keikhlasan sebenar hati yang beriman mungkin kadang meragukan.

manusia sentiasa cuba untuk membuat apa yang kita gelar penambahbaikan.benarkah?
Allah telah berfirman di dalam al-quran bahawa tidaklah dijadikan manusia itu selain daripada untuk beribadat kepada NYA. dan dengan alasan yang pasti benar ini kita jadikan sebagai hujah untuk membuat tindakan dan melakukan amalan.
aku sebenarnya hanya seorang insan yang masih cuba memerhati akan setiap rentetan kehidupan.

aku junjung bersama setiap kalam Tuhan dan sunnah rasul sebagai panduan. apabila aku melihat bukan hanya sekadar insan lain, namun diri ini, kita mesti segera kembali kepangkal jalan.
penulisan ini mungkin kalian cuba selami apa maksudnya namun percayalah bahawa ia tidak penting kerana ia hanya sekadar coretan seorang insan biasa.

"bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa"
dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam.

wahai sekalian hamba Allah, janganlah kalian berpegang dengan kataku kerana kalian mungkin akan sesat. berpeganglah kamu kepada al -quran dan sunnah denang sebenar-benarnya dan berdoalah....berdoalah agar hidup ini dirahmati Allah. semoga kita selamat bukan hanya d dunia namun yang lebih baiknya adalah diakhirat.

SEGALAnya adalah MILIK Allah.

Wednesday, April 20, 2011

aku, engkau, kita dan mereka - semua tahu tapi..

setiap kita kata tahu, setiap kita kata faham namun benarkah. ketika berbual dengan seorang hamba Allah satu soalan aku ajukan secara tak sengaja.... adakah kita beriman? hamba Allah itu menjawab -Ya. mulut yang tak kenal penat ni bertanya lagi... adakah kita mmg benar beriman. hamba Allah menjawab - errrmm..Ya.
tidak puas hati dgn cara jawapan yang diberikan aku panjangkan lagi cerita.
"cuba kita tanya diri kita, andai dihadapan kita ada sebuah Al quran lalu kita diminta bersumpah dengannya bahawa mulai ketika ini dan saat ini, kita akan mengikut segala perintah Allah dan tidak lagi akan melanggar segala laranganNYA. beranikah kita bersumpah. adakah jawapan yang kita beri dalam keadaan ragu2? adakah ini kualiti diri kita sebenarnya. dapatkah kita bandingkan keimanan kita dengan umat islam yang terdahulu? hmmmmmm...."
kita semua dah tahu...
namun mengapa kita seperti tergapai2 atau ragu2.
aku faham bahawa kita manusia...namun bukahkah semua nabi dan rasul juga manusia?
mengapa tidak diikut contoh yang terbaik?
kelemahannya adalah kita.
jangan kita berikan alasan lagi.
ayuh kita bangun bersama kerana aku juga manusia yg dahulunya terleka.
semoga Allah mengampuni dan merahmati kita.
aku, engkau, kita dan mereka semua tahu tapi knp langkah kita kadang tergelincir walau jalannya memang dah lurus.
jgn kita lihat dngan mata kerana mata blh jadi buta, jangan kita lihat dengan hati kerana hati kadang tuli, jangan kita lihat dengan akal kerana akal itu terbatas, lihatlah dengan iman dan islam sambil berdoa agar hidup menjadi ibadah.

Sunday, April 3, 2011

hidup yang sihat... end

alhamdulillah... Allah telah memberikan sedikit kesempatan untuk menulis lagi.
benar seperti kata muslimah sejati. itulah apa yang saya cuba maksudkan.
apalah gunanya badan yang sihat tanpa hati yang sihat.

kita sering terasa takut jika mengalami kesakitan jasmani secara luaran. namun tidakkah kita sedar  bahawa kesihatan hati adalah amat penting. terdapat pelbagai hadis dan firman Allah mengenai perkara ini.
kita sekurang-kurangya telah maklum bahawa segalanya bermula dari hati.  islam itu juga bermula dgn kalimah syahadah yg lahir dari hati yg ikhlas dan yakin, iman juga bermula dgn  percaya kepada Allah dgn yg bermula dr hati.

sebahagian ulama juga ada menyatakan bahawa syukur itu ada tiga bahagian iaitu syukur dengan hati, syukur dengan lidah yakni percakapan dan syukur dengan anggota melalui perbuatan. nah... bukankah telah jelas bahawa hati itu menjadi pangkal amalan.

imam as syafie dan al bukhari juga memulakan penulisan kitab mereka dengan hadis yang menerangkan bahawa setiap amalan itu bermula dengan niat. bukankah niat itu dari hati wahai saudara saudariku?

kebiasaannya, adalah begitu mudah bagi setiap kita mengucapkan pperkataan ikhlas di mulut, namun begitu, hanya diri kita dan Allah sahaja yang mengetahui akan sejauh manakah keikhlasan yang diucapkan.

wahai umat Allah sekalian...
hatiku tidak memahami hatimu...
hatiku tidak dapat membaca niatmu....
hatimu hanya ada denganmu.

wahai manusia ciptaan Allah...
yakinkanlah hatimu....
ikhlaskanlah amalmu...
hayatilah KEBENARAN hatimu...
SESUNGGUHNYA....
telah termaktub bahawa...
Allah akan menilai setiap amalanmu....
yang pasti bermula dari hatimu.

inilah hidup yang sihat apabila mempunyai hati yang sihat dengan membenarkan segala hukum Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w. apalah gunanya hidup yang dikatakan sihat sedangkan yang sihat itu hanya fizikalnya, yang sihat itu hanya paksi dunia. kembalilah kepada hidup yang sebenarnya sihat pada pandangan Allah, Tuhan seklaian alam.

yang lemah itu adalah aku.

Wednesday, March 2, 2011

hidup yang sihat...bahagian 1

apakah perasaan anda sekiranya anda disahkan demam denggi berdarah?
apakah pula perasaan anda apabila anda disahkan mengidap AIDS?
bagaimana pula jika anda mengidap kanser dan doktor mengesahkan bahawa anda ada hanya dua tahun untuk hidup?

bagaimana pula perasaan anda sekiranya insan yang anda amat sayangi mengidap salah satu penyakit di atas? 
atau penyakit-penyakit kronik yang lain?

adakah anda berasa takut atau sedih bila mengenangkan bahawa anda AKAN mati?????

jawapan biasa yang kita dengar adalah kita pasti terasa sedih, takut, kasihan, simpati  dan sebagainya. saya bukanlah ingin membuat pilihan jawapan yang terbaik, namun  persoalan-persoalan di atas hanyalah sekadar persoalan untuk kita fikir2kan.

manusia ini Allah jadikan sebaik-baik kejadian. sering kita dengar bahawa seorang bayi yang baru lahir adalah seperti kain putih yang suci bersih. begitu juga saudara-saudara baru yang Allah beri hidayah kepada mereka.
lihatlah akan kecintaan Allah kepada kita manusia. Allah memberikan yang terbaik buat kita. Allah mengizinkan kita hidup namun mengapa kita tidak bersyukur lalu mengamalkan kehidupan yang tidak sihat?
apakah itu hidup yang sihat? dan apakah perkaitannya dengan persoalan di atas menurut pandangan saya? insyaallah jika berkesempatan lagi, diri yang kerdil ini akan cuba mengupasnya untuk santapan kita semua. sementara itu fikir-fikirkanlah. 


Friday, February 11, 2011

milik Allah

setiap manusia ada keinginannya. usaha atau pencarian manusia demi memenuhi keinginan sendiri SEBENARNYA menyebabkan manusia menggunakan pelbagai cara yang ada. dalam pencarian itu manusia kadang mungkin tersalah langkah dalam sedar atau yang lebih sedi ada yang tersalah tapi tidak sedar. persoalan berlaku kerana perkara ini boleh terjadi dengan sebab disengajakan atau secara tidak sengaja. mungkin segalanya bermula dengan ilmu.

namun manusia juga harus memastikan bahawa ilmu yg diperolehi dan ingin diamalkan dalam kehidupan itu adalah sesuatu yang benar. ISLAM mengajar umatnya bahawa inilah cara hidup yang benar. Allah itu ada dimana2 sahaja termasuk dalam apa sahaja urusan melibatkan ilmu. contohnya, ilmu perubatan yang berpaksikan kepada Allah akan melindungi pengamalnya dari mencari yg bertentangan dengan hukum syarak. begitulah juga dengan ilmu-ilmu lain sama ada diperingkat tinggi atau rendah.

segala ilmu yang ada di alam ini adalah milik Allah. ayat2 al quran banyak menyebut tentang perkara ini. namun yang demikian, haruslah kita ingat bahawa terdapat cabang ilmu yang di izinkan Allah untuk kita mempelajarinya namun Allah sebenarnya tidak redha. carilah ilmu yang diredhai Allah kerana ini pasti diizinkaNya. ilmu yang diredhai Allah itu perlulah diamalkan dengan kefahaman dan penghayatan yang SENTIASA berpaksikan kepada keTuhanan yakni Allah. jangan kita jadikan ilmu yang Benar ini sebagai mainan lidah yang tidak bertulang sahaja.

dalam kamus kehidupan kita terutamanya orang Islam, tiada paksaan dalam hal2 agama. namun manusia diberi pilihan dalam usaha mengharungi hidup ini yang pada hakikatnya sebagai seorang HAMBA kepadaNYA sahaja. Yang maha mempunyai dan yang bakal menghitung amalan sebagai hakim yang paling a'dil nanti hanyalah Allah. akhirnya, segala cabang ilmu yang ada di alam ini dan ilmu yang telah kita gunakan dalam melalui liku2 kehidupan yang kita anggap sebagai ibadah ini akan embawa kita kepada suatu ketentuan timbangan (al mizan) yang akhirnya akan meletakkan kita di suatu tempat diantara dua penghujung iaitu syurga dan neraka.

tiada paksaan dalam bab beragama. namun banyak surah2 yang menerangkan apa yang kita perlu lakukan. ini termasuklah 4 surah QUL yang menjadi bacaan kita seharian. hayatilah kerana kita pasti tidak mahu menjadi seorang yang fasik, munafik, kufur dan yang paling ditakuti adalah sekiranya kita menjadi insan kafir.

Tuesday, January 11, 2011

manusia biasa...

kadang nak menulis pun rasa tak sempat... tp aku suka menulis... biar tiada yang membaca.... namun bagiku inilah kepuasan. kadang ada juga insan-insan yang akan bertanya kenapa dah lama tak update... hmmm sukar jugak aku nak beri jawapan. bagiku, bila menulis, aku perlu pastikan sekurang2nya penulisanku tidak tergolong dalam membuang masa atau menambah dosa. cuma inilah kekangan. dalam kesibukan aku amat menghargai masa. namun inilah diriku hanya seorang manusia biasa yang ada had batasannya dalam keupayaan melakukan sesuatu.
kepada insan-insan yang sudi membaca. jika ada kekurangan di dalam penulisanku. maafkanlah kerana aku hanya mencuba namun Allah itu mentadbir segala.
aku hanya  insan biasa.

Monday, January 10, 2011

Pencarian dlm hidup..

ramai diantara kita sering bertanya diri sendiri agaknya,,, APa yang sebenarnya yang kita cari? kadang kala begitu mudah untuk kita memberi satu jawapan. namun begitu setelah kita fikir2kan. ada keberangkalian bahawa yang kita cari itu mungkin bukan merupakan keutamaan. mungkin setelah kita fikir-fikirkan ada sesuatu yang lain dari jawapan kita ketika itu.
manusia ini sebenarnya terlalu kompleks. kadang ada diantara kita masih ragu dan tidak dapat mengenali diri dan kehendak diri. yang pastinya, semua kita mahu yang terbaik buat   diri kita. tidaklah saya di sini cuba utk menyatakan bahawa kehendak seseorang itu salah, ini adalah kerana manusia itu berbeza. persoalannya bukankah apabila matinya kita, yang tinggal itu hanya ada syurga dan neraka.
sering saya tertanya diri sendiri....kemana aku akan ditempatkan nanti. cukupkah setakat amalku yang sekelumit iini. marilah kawan2 dan saudara2 ku sekalian, marilah kita menuju apa yang di panggil KEJAYAAN.

Wednesday, January 5, 2011

hidup ini...

dalam hidup ini macam2 perkara mungkin berlaku dan telah berlaku. kadang walau kita telah berusaha kita tetap akan mungkin terpaksa melalui perkara atau peristiwa yang berkemungkinan tidak menyenangkan hati kita. namun, mahu tidak mahu, suka atau tidak, kita terpaksa mengukur kadar iman kita sendiri. tanyalah diri kita,,, Bukankah setiap yang berlaku ke atas diri kita adalah yang terbaik dari Allah biarpun kita telah berusaha dan mengkehendaki yang lain.

di sinilah terletaknya cabaran bagi iman kita. mungkin kita akan terasa susah, sedih, kecewa, marah dan sebagainya. namun begitu, cuba kita mengalihkan seketika pemikiran kita dari memikirkan akan kehendak kita.

bukankah Allah itu mengetahui akan segala yang tebaik bagi hambanya?

susah bukan?

namun inilah keindahan... segala jawapan telah tersedia untuk setiap persoalan dan untuk setiap insan. hanya insan yang beriman yang pasti akan menerimanya dengan ikhlas kerana Allah kerana inilah sebahagian dr kehendak iman. bukankah kita telah mengaku percaya kepada Allah dan percaya kepada qada' dan qadar.

adakah anda merasakan ianya masih susah  untuk diterima?

fikir-fikirkanlah.

adakah yang kita kehendaki itu adalah yang terbaik buat kita ataupun perkara yg Allah kehendaki itu adalah yang terbaik buat kita.

sekiranya anda telah ada jawapan...adakah anda benar2 boleh mengamalkannya?

Sunday, January 2, 2011

berpindahnya nenek...

tiba2 aku dikejutkan dari tidur oleh bunyi telefon. ku lihat tertera panggilan bapakku... dalam keadaan masih khayal mengantuk aku terasa risau kerana panggilan bapak pada waktu ini(sekitar 11.35 mlm) bukan merupakan suatu kebiasaan. bapak jarang dan x  akan menelefonku jika tiada hal. tambahan pula waktu ini.

"bang...tok dah mati", aku mula jadi serba salah. benarkah? seketika aku meletakkan telefon. selang beberapa minit, adikku pula menelefon menyatakan perkara yang sama. aku terus menelefon bapakku semula. "tunggu... nanti abg blk amik pak... kita p skali". 

sampai di rumah pakcik aku lihat nenek telah terkujur kaku. seluruh badan dan mukanya telah ditutupkan seperti yang sepatutnya. aku lakukan beberapa sumbangan terakhirku ke atas jasad nenek hinggalah siap talkin di baca.

dalam perjalanan pulang aku masih teringatkan sumbangan nenek padaku. nenek yang mula mengajarku sifat 20 dan 25 nama nabi dan rasul yang wajib diingati. aku amat berterima kasih pada nenek.

aku terima yang akhirnya nenek telah berpindah ke alam baru. al fatihah buat nenek.

nenek meninggal sekitar jam 11 mlm 31 dis 2010 dan di  sembahyangkan sekitar jam 11 pagi pada 1.1.2011 lalu dikebumikan.

inilah serba sedikit pengalaman kehilangan insan yang bergelar nenek. walau banyak kenangan bersama namun inilah ketentuan Allah. sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti menemui mati.

kita yang masih hidup ini, cukupkah amalan? atau masih lalai dengan cubaan dan dugaan dunia? dalam bab pahala dan dosa... baik kita tanya diri kita sebelum mulut tidak mampu untuk berbicara.