Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Friday, February 11, 2011

milik Allah

setiap manusia ada keinginannya. usaha atau pencarian manusia demi memenuhi keinginan sendiri SEBENARNYA menyebabkan manusia menggunakan pelbagai cara yang ada. dalam pencarian itu manusia kadang mungkin tersalah langkah dalam sedar atau yang lebih sedi ada yang tersalah tapi tidak sedar. persoalan berlaku kerana perkara ini boleh terjadi dengan sebab disengajakan atau secara tidak sengaja. mungkin segalanya bermula dengan ilmu.

namun manusia juga harus memastikan bahawa ilmu yg diperolehi dan ingin diamalkan dalam kehidupan itu adalah sesuatu yang benar. ISLAM mengajar umatnya bahawa inilah cara hidup yang benar. Allah itu ada dimana2 sahaja termasuk dalam apa sahaja urusan melibatkan ilmu. contohnya, ilmu perubatan yang berpaksikan kepada Allah akan melindungi pengamalnya dari mencari yg bertentangan dengan hukum syarak. begitulah juga dengan ilmu-ilmu lain sama ada diperingkat tinggi atau rendah.

segala ilmu yang ada di alam ini adalah milik Allah. ayat2 al quran banyak menyebut tentang perkara ini. namun yang demikian, haruslah kita ingat bahawa terdapat cabang ilmu yang di izinkan Allah untuk kita mempelajarinya namun Allah sebenarnya tidak redha. carilah ilmu yang diredhai Allah kerana ini pasti diizinkaNya. ilmu yang diredhai Allah itu perlulah diamalkan dengan kefahaman dan penghayatan yang SENTIASA berpaksikan kepada keTuhanan yakni Allah. jangan kita jadikan ilmu yang Benar ini sebagai mainan lidah yang tidak bertulang sahaja.

dalam kamus kehidupan kita terutamanya orang Islam, tiada paksaan dalam hal2 agama. namun manusia diberi pilihan dalam usaha mengharungi hidup ini yang pada hakikatnya sebagai seorang HAMBA kepadaNYA sahaja. Yang maha mempunyai dan yang bakal menghitung amalan sebagai hakim yang paling a'dil nanti hanyalah Allah. akhirnya, segala cabang ilmu yang ada di alam ini dan ilmu yang telah kita gunakan dalam melalui liku2 kehidupan yang kita anggap sebagai ibadah ini akan embawa kita kepada suatu ketentuan timbangan (al mizan) yang akhirnya akan meletakkan kita di suatu tempat diantara dua penghujung iaitu syurga dan neraka.

tiada paksaan dalam bab beragama. namun banyak surah2 yang menerangkan apa yang kita perlu lakukan. ini termasuklah 4 surah QUL yang menjadi bacaan kita seharian. hayatilah kerana kita pasti tidak mahu menjadi seorang yang fasik, munafik, kufur dan yang paling ditakuti adalah sekiranya kita menjadi insan kafir.