Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Sunday, November 25, 2012

Pengalaman dan Jalan Lagi

  Perjalanan ketika aidilfitri 2012 menghadiahkan kenangan dan pengalaman. Ingat lagi ketika berhenti di Behrang untuk melelapkan mata buat seketika. Almaklumlah, panas dan badan pun tak berapa sihat. Sebaik sahaja aku menoleh ke sisi, aku terlihat sesusuk tubuh yang dikenali; "assalamualaikum... p mana?", soal ku. "Balik Pahang. Saja berhenti bagi anak-anak mandi". "Ooooo...". Setelah berbual hampir sepuluh minit, aku meminta diri. Almaklumlah, perjalanan ku belum tahu berapa lama lagi.
  Setelah 2 3 kali aku berhenti untuk bertanya jalan, akhirnya sampailah aku di rumah seorang sahabat di Port Kelang. Nak dipendekkan cerita, aku dibawa untuk berbuka puasa di restoran milik bersama angkasawan negara dan chef ismail. Aku dikenalkan dengan beberapa rakan baru. Walaupun kami berbeza cara namun kami tetap sama. Restoran itu kami tinggalkan setelah kugiran restoran menyanyikan lagu yang pertama kali aku dengar..."cukup-cukup sudah, cukup sampai di sini saja....". Macam dah memang nak kena halau je hahaha. Malam tu kebetulan merupakan malam terakhir mereka beroperasi sebelum  menyambut aidilfitri. " hmmm... cik-cik semua kalau nak bungkus lauk bolehla yer sebab ni dah malam last", kata salah seorang pekerja restoran sebelum kami beredar.
  Keesokkan harinya aku bersahur dengan roti gardenia yang telah aku beli. Kira-kira jam 12 tengahari, aku bertolak ke Kuala Lumpur. "hang ikut aja jalan moto tepi highway", inilah nasihat yang diberi oleh sahabat, namun aku akhirnya terpaksa juga berhenti untuk bertanya jalan dengan seorang untie berbangsa india dan seorang abang yang aku terjumpa dekat Masjid Negara. Aku sebenarnya sedang mencari hotel yang telah aku 'booking' hehe..
  Petangnya, aku keluar melihat persiapan akhir orang Malaysia dan pelancong yang mengunjungi Central Market. "Huuuhhhh...ramainya orang kat sini (kata hatiku), kenapa yang ramai tu adalah pendatang asing". Syukur aku jadi anak Malaysia. Almaklumlah, aku lihat ramai sungguh manusia yang terpaksa meninggalkan negara sendiri untuk mencari sesuap nasi di negeri asing. Bukankah kita bertuah?
  Tahun ini Allah makbulkan hasrat aku untuk sembahyang raya kat masjid negara. Alhamdulillah... teringin nak p dok depan sekali. Orang kata kalu ble nak dok betul-betul belakang imam. Memandangkan saf depan dah 'reserve' n aku plak hanya pakai seluar track dan terlupa plak nak bawa kopiah, aku settle kan diri kat saf ke 3 aja la huhu.          
  Sebaik sahaja takbir raya dimulakan... aduuuuuhhhhhhhh... sayunya hati. Sesungguhnya Allah Maha Besar dan tiadalah tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Namun, hati ini tertanya-tanya kenapa takbir perlu dihentikan untuk mengumumkan ketibaan VVIP. Bukankah di rumah Allah, Allah lah yang Maha Besar, yang lebih layak diberi penghormatan?
  Highway dan R&R benar-benar sesak. Inilah perjalanan raya tahun ni. Allah Maha Mengetahui.
  Hmmmm... minggu depan aku jalan lagi. Teringin plak nak tengok negeri ciptaan Allah di dalam lautan dan dari atas pergunungan. Insyaallah.

Friday, August 17, 2012

lagi-lagi jalan...

ari ni aku skali lagi akan jalan-jalan nak timba pengalaman hehehe... tah pukul brapa aku nak start. tp yang aku tau ialah destinasi ku yan pertama - klang (insyaallah).

ntah apa plak cabaran kali ni... ntah apa plak yang aku kan dapat kali ini.... ntah smpai ker tidak aku blk rumah nanti.

rupanya byk perkara yg kita x akan tahu.

aku sering nk menulis macam kawan2. tp aku x dapat buat. dalam hidup yg terlalu byk urusan ni, kadang sukar juga aku nak cari kesempatan untuk menulis. ntah la... mungkin benar, mungkin alasan atau mungkin yang pasti - ia takdir Tuhan (Allah).

aku sering cuba nak memerhatikan akan perubahan manusia akhir zaman. mulanya dulu aku sering terasa sedih melihatkan gaya dan cara hidup masa kini. mungkin ada yang berpendapat yang Malaysia dah smakin maju dan perubahan perlu untuk mencapai kemajuan.

namun, disebalik segala-gala, aku melihat ada kelompangan. ada satu kekosongan yang mungkin ramai yang tak perasan.

pendidikan yang kita terima hari ini aku lihat banyaknya melahirkan cerdik pandai dan ahli ilmuan. ada yang menjadi hartawan dan ada yang turut menjadi dermawan. ilmu yang ada sering menjadi tempat sandaran pabila membuat sesuatu keputusan mahupun tindakan. akhirnya, semua perkara menjadi bahan ukuran untuk dibuat perbandingan. dari sekecil-kecil tindakan hinggalah sampai ke suatu keputusan. segalanya manusia cuba ukur untuk menunjukkan adanya peningkatan dan apa yang perlu untuk dibuat penamnahbaikan. semuanya dikatakan niat kerana Allah.

satu sahaja yang menjadi persoalan diri kerdil ini... adakah kita sebenarnya mengikut garis panduan yang telah Allah s.w.t tetapkan dan apa yang telah rasulullah s.a.w sampaikan dalam nak melaksanakan sesuatu? almaklumlah...islam kan merangkumi semua aspek kehidupan.  Yang manusia kata benar itu pula belum tentunya kebenaran!!! entah nak cakap. mungkin inilah kita umah dipenghujung zaman. kita sebenarnya makin kekurangan walau nampak macam banyak kemajuan.

Ya Allah, rahmatilah kami dengan al-quran dan jadikanlah hujah kami juga Ya Allah dari Al Quran.

kepada yang membaca.... slamat hari raya maaf zahir batin.

Tuesday, May 22, 2012


assalamualaikum. hari-hari aku tringat nak mnulis kat sini. tp hari2 ada ja keja2 len yg aku kna setle dulu. tp hari ni aku sergah jugak muka kat sini. mklumla.... ni sja laman pribadi diri hahahaha..

tika ini aku masih termenung entah apa yg difikirkan. nk dikatakan mengelamun... hmmmm tidak juga. cuma ada sesuatu yg sukar untuk aku perjelaskan. bg insan yg mengenali jg mngkin xkan faham kerana itulah aku hahaha. masing2 bila ingin menjadi kapal korek, cuba2 membuat andaian2 yg tah pa pa tah.

bila rasa nak berkongsi rasa tak perlu. kadang takut juga critaku menjadi salah tanggapan. akhirnya apa yang patut aku lakukan?

entahlah... mungkin bicara lagi kita di masa hadapan.

namun... untuk kali ini... aku ingin mengucapkan selamat berbahagia kepada seorang insan. mungkin ini apa yg beliau idam2kan. sebuah sinar dalam kehidupan... yang dh lama beliau impikan.

alhamdulillah....andai dia bahagia maka aku gembira untuknya.


Wednesday, April 18, 2012

kemenjadian diri?

zaman yang kini dikatakan ilmu pendidikan merupakan tunjang pencapaian diri dan negara memperlihatkan lebih ramai insan yang mencapai suatu tahap pendidikan yang dikatakan lebih tinggi dari golongan yang terdahulu. perkara ini mungkin diukur dengan statistik bagi mereka yang mempunyai sijil-sijil termasuklah diploma, ijazah dan sebagainya.jumlah yang mencapai keputusan yang cemerlang juga tidak terkira banyaknya.

namun adakah ini penanda aras bahawa manusia telah menjadi lebih bijak, lebih terdidik dan telah mencapai tahap kemenjadian diri yang dikehendaki oleh negara? jika berdasarkan statistik kelulusan akademik mungkin tiada jawapan lain melainkan Ya!

namun demikian, statistik juga menunjukkan bahawa telah berlaku lebih banyak penyakit sosial dan pertambahan pelbagai masalah lain termasuklah gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, kenaikan inflasi yang tak terkawal, politik yang semakin tidak menentu hala tuju dan tujuannya, manusia yang bukan sahaja menjadi binatang namun semakin ramai yang sedang mentransformasikan diri untuk menjadi syaitan. apakah masalah ini tidak berkaitan dengan kemenjadian diri insan?

ayuhai insan-insan sekalian. renung-renungkanlah.
penulis hanya berpendapat bahawa kita manusia akhir zaman mungkin telah ramai mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi jika ianya diukur dengan instrumen-instrumen yang direka oleh manusia. namun begitu, marilah kita sama-sama menilai, melihat dan merenung jauh ke dalam diri kita dengan menggunakan instrumen-instrumen Allah yang telah Allah abadikan di dalam al-quran dan melalui hadis-hadis rasulullah s.a.w.

sedih rasanya jika kita menghayati segala pengorbanan rasullullah dan usaha baginda untuk memastikan bahawa agama islam yang suci ini dihayati dengan sebenar-benarnya. bukankah baginda insan yang kita perlu cintai dan contohi melebihi insan-insan lain?

Friday, February 17, 2012

dah lama

batasan waktu dan kelemahan diri sendiri semakin menghimpit diri untuk meluangkan masa menulis dalam ruangan yang kebanyakkannya sekadar monolog diri. ketika sedang duduk mentadabbur ayat-ayat Allah, apa yang dapat aku lihat adalah kelemahan diri kita sendiri terutamanya golongan yang telah mengaku beriman.
 ingin aku mengajak kalian untuk bersama-sama mencermin diri. adakah kita tergolong dalam golongan yang Allah sebutkan di dalam surah al baqarah dimana terdapat golongan yang mengaku beriman tetapi sebenarnya sedang berdusta. alangkah ruginya sekiranya kita tergolong di dalam golongan ini kerana mereka telah Allah tutupkan pintu hati mereka dan menjadikan mereka tuli, pekak dan bisu sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang menipu diri sendiri.
bukanlah mudah untuk mencapai ketinggian iman, taqwa, zuhud dan jihad. Ya Allah , bantulah kami. Amin

Friday, January 27, 2012

kejayaan?

kita semestinya mahukan kejayaan di dalam hidup kita. jika nak disenaraikan pastinya tidak cukup kertas. cuba kita senaraikan satu persatu dan kemudiannya pilih kejayaan yang paling utama. perhatikan...... adakah tercpainya kejayaan utama itu dibantu oleh kejayaan yang lain atau ia adalah dengan sendirinya.

pada pendapat saya, sesuatu kejayaan tidak kira kecil atau besar, yang paling utama atau tidak ia pasti disebabkan oleh rentetan kejayaan minor terlebih dahulu.

sebagai contoh, kejayaan di dalam pendidikan atau kerjaya adalah disebabkan rentetan kejayaan yang sebelumnya. pelajar yang berjaya pasti sebelumnya telah berjaya mendisiplinkan diri atau berjaya menghormati ibu bapa dan guru atau berjaya mempunyai hubungan yang baik dengan Penciptanya (ALLAH) dab sebagainya. sesuatu kejayaan yang tidak mempunyai mana-mana rentetan di atas adalah tidak sempurna.

istillah kejayaan juga tidak sepatutnya di lihat dari sudut materialistik atau duniawi sahaja. kadang ada individu yang telah berusaha untuk mendpat keputusan yang baik dalam peperiksaan atau mengumpul kekayaan, namun usaha mereka seperti tidak membuahkan hasil. akhirnya ada yang bekerja sebagai penyapu sampah. 

adakah pekerjaan sebagai penyapu sampah itu satu kegagalan atau kejayaan? dari sudut pandangan materialistik, mungkin individu ini dikatakan tidak berjaya. namun jika beliau menjadi penyapu sampah yang cemerlang adalah beliau masih di anggap sebagai tidak berjaya?cuba kita renung-renungkan.

Allah swt telah menetapkan rezeki dan takdir hidup kita. dipandangan mata Allah. kejayaan seorang umat manusia bukan di atas pencapaian yang berbentuk materialistik atau duniawi. untuk memahami kejayaan yang sebenar, marilah kita menghayati segala isi kandungan al quran dan sunnah-sunnah rasulullah saw. berdoalah agar kejayaan duniawi kita membantu untuk mencaapai kejayaan kehidupan di akhirat.

adakah yang berjaya banyak memberi atau banyak meminta atau kedua-duanya?

Saturday, January 21, 2012

adakah anda mencari...?

adakah anda sedang mencari sesuatu? adakah anda telah berjumpa dengan apa yang anda cari?

adakah apa yang anda cari itu memerlukan usaha? adakah anda telah memasang niat sebelum berusaha?

adakah niat anda itu betul? apakah BETUL pada pandangan anda?

adakah BETUL bagi anda itu adalah yang sebenarnya paling BENAR?

pernahkah anda mencari yang paling BENAR?

adakah anda yakin bahawa yang paling benar itu memang benar?

apakah tindakan anda melambangkan kebenaran?

mengapa perlu ada "TAPI"?

bukankah pasti kita kan KEMBALI?

bukankah BILA itu tiada pasti?

apa yang anda cari?

Tuesday, January 17, 2012

al isra'

alhamdulillah.... Allah telah memberi kesempatan lagi kepada saya untuk menulis sesuatu.  pertamanya, ingin saya lampirkan terjemahan dua potong ayat surah al isra'.
Ayat 82:
      Dan Kami menurunkan dari al-quran sesuatu yang (ia) adalah (sebagai) penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, dan (ia/alquran) tidak menambah bagi orang-orang zalim melainkan kerugian.

Ayat 105:
      Dan Kami turunkan (al-quran) itu dengan sebenarnya dan (al-quran) itu turun dengan (membawa) kebenaran. Dan Kami mengutus engkau (Muhammad) hanya sebagai penyampai berita gembira  dan pemberi peringatan.



pada pendapat saya yang masih kurang lagi ilmunya ini, jika perhatikan.."....sesuatu yang ia adalah sebagai penawar..." (al isra' 82) istilah penawar itu begitu besar tafsirannya. sekiranya dikaitkan dengan saintifik moden yang berpaksikan al-quran pastilah terdapat ilmu perubatan secara saintifik di dalamnya (al-quran). sekiranya dilihat bahawa istilah penawar itu adalah sesuatu yang menguatkan ketaqwaan kepada Allah di atas segala ketentuanNya, maka phrasa di atas bermaksud akan penyatuan iman dan taqwa itu sendiri.
sebagi seorang hamba Allah yang masih kurang ilmunya, tafsiran yang kedua inilah yang akan menyebabkan individu yang telah berjumpa dengan "Penawar" itu akhirnya akan memperoleh ketenangan dan tiada lagi kesedihan. namun begitu, mereka ini juga pastilah golongan yang sentiasa berusaha untuk mencari penawar secara saitifik moden kerana kefahaman mereka akan seruan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati dan umat yang bertaqwa pasti tidak akan berhenti berusaha selagi masih ada nafas.

ayat 105 pula menerangkan bahawa rasulullah saw di utus HANYA sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. kita manusia akhir zaman ini kadang terlalu asyik nak merubah orang lain ke arah apa yang kita yakin sebagai yang terbaik. namun begitu, tidakkah kita sedar bahawa rasulullah saw juga tidak dapat memberi petunjuk kepada mana-mana individu kerana petunjuk kepada kebenaran yang hakiki itu adalah milik Allah. Rasulullah saw adalah penyampai risalah Allah. cuba kita perhatikan juga bahawa rasulullah terlebih dahulu memulakan dakwah itu dari akar umbi. marilah kita pertamanya berdakwah kepada diri kita terlebih dahulu, kemudiannya kepada keluarga dan barulah kepada masyarakat luar. kita juga tidak sepatutnya cuba menjadi hakim ke atas seseorang individu sekiranya kita bukan ahlinya dan bukan orang yang diberi kuasa untuk menjadi hakim. namun yang demikian, sampaikanlah khabar gembira dan peringatan yang terkandung di dalam al quran dan sunnah rasulullah kerana itulah sebenarnya usaha yang kita patut contohi. bukankah hanya Allah hakim yang Maha Adil.

inilah sahaja hujahan pendek dari saya buat kali ini. semoga Allah merahmati kita dengan al quran dan semoga Allah mengampunkakn saya diatas segala kekurangan. disini saya sertakan beberapa keping gambar dari sabah.