Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Friday, January 27, 2012

kejayaan?

kita semestinya mahukan kejayaan di dalam hidup kita. jika nak disenaraikan pastinya tidak cukup kertas. cuba kita senaraikan satu persatu dan kemudiannya pilih kejayaan yang paling utama. perhatikan...... adakah tercpainya kejayaan utama itu dibantu oleh kejayaan yang lain atau ia adalah dengan sendirinya.

pada pendapat saya, sesuatu kejayaan tidak kira kecil atau besar, yang paling utama atau tidak ia pasti disebabkan oleh rentetan kejayaan minor terlebih dahulu.

sebagai contoh, kejayaan di dalam pendidikan atau kerjaya adalah disebabkan rentetan kejayaan yang sebelumnya. pelajar yang berjaya pasti sebelumnya telah berjaya mendisiplinkan diri atau berjaya menghormati ibu bapa dan guru atau berjaya mempunyai hubungan yang baik dengan Penciptanya (ALLAH) dab sebagainya. sesuatu kejayaan yang tidak mempunyai mana-mana rentetan di atas adalah tidak sempurna.

istillah kejayaan juga tidak sepatutnya di lihat dari sudut materialistik atau duniawi sahaja. kadang ada individu yang telah berusaha untuk mendpat keputusan yang baik dalam peperiksaan atau mengumpul kekayaan, namun usaha mereka seperti tidak membuahkan hasil. akhirnya ada yang bekerja sebagai penyapu sampah. 

adakah pekerjaan sebagai penyapu sampah itu satu kegagalan atau kejayaan? dari sudut pandangan materialistik, mungkin individu ini dikatakan tidak berjaya. namun jika beliau menjadi penyapu sampah yang cemerlang adalah beliau masih di anggap sebagai tidak berjaya?cuba kita renung-renungkan.

Allah swt telah menetapkan rezeki dan takdir hidup kita. dipandangan mata Allah. kejayaan seorang umat manusia bukan di atas pencapaian yang berbentuk materialistik atau duniawi. untuk memahami kejayaan yang sebenar, marilah kita menghayati segala isi kandungan al quran dan sunnah-sunnah rasulullah saw. berdoalah agar kejayaan duniawi kita membantu untuk mencaapai kejayaan kehidupan di akhirat.

adakah yang berjaya banyak memberi atau banyak meminta atau kedua-duanya?

Saturday, January 21, 2012

adakah anda mencari...?

adakah anda sedang mencari sesuatu? adakah anda telah berjumpa dengan apa yang anda cari?

adakah apa yang anda cari itu memerlukan usaha? adakah anda telah memasang niat sebelum berusaha?

adakah niat anda itu betul? apakah BETUL pada pandangan anda?

adakah BETUL bagi anda itu adalah yang sebenarnya paling BENAR?

pernahkah anda mencari yang paling BENAR?

adakah anda yakin bahawa yang paling benar itu memang benar?

apakah tindakan anda melambangkan kebenaran?

mengapa perlu ada "TAPI"?

bukankah pasti kita kan KEMBALI?

bukankah BILA itu tiada pasti?

apa yang anda cari?

Tuesday, January 17, 2012

al isra'

alhamdulillah.... Allah telah memberi kesempatan lagi kepada saya untuk menulis sesuatu.  pertamanya, ingin saya lampirkan terjemahan dua potong ayat surah al isra'.
Ayat 82:
      Dan Kami menurunkan dari al-quran sesuatu yang (ia) adalah (sebagai) penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, dan (ia/alquran) tidak menambah bagi orang-orang zalim melainkan kerugian.

Ayat 105:
      Dan Kami turunkan (al-quran) itu dengan sebenarnya dan (al-quran) itu turun dengan (membawa) kebenaran. Dan Kami mengutus engkau (Muhammad) hanya sebagai penyampai berita gembira  dan pemberi peringatan.



pada pendapat saya yang masih kurang lagi ilmunya ini, jika perhatikan.."....sesuatu yang ia adalah sebagai penawar..." (al isra' 82) istilah penawar itu begitu besar tafsirannya. sekiranya dikaitkan dengan saintifik moden yang berpaksikan al-quran pastilah terdapat ilmu perubatan secara saintifik di dalamnya (al-quran). sekiranya dilihat bahawa istilah penawar itu adalah sesuatu yang menguatkan ketaqwaan kepada Allah di atas segala ketentuanNya, maka phrasa di atas bermaksud akan penyatuan iman dan taqwa itu sendiri.
sebagi seorang hamba Allah yang masih kurang ilmunya, tafsiran yang kedua inilah yang akan menyebabkan individu yang telah berjumpa dengan "Penawar" itu akhirnya akan memperoleh ketenangan dan tiada lagi kesedihan. namun begitu, mereka ini juga pastilah golongan yang sentiasa berusaha untuk mencari penawar secara saitifik moden kerana kefahaman mereka akan seruan bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati dan umat yang bertaqwa pasti tidak akan berhenti berusaha selagi masih ada nafas.

ayat 105 pula menerangkan bahawa rasulullah saw di utus HANYA sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. kita manusia akhir zaman ini kadang terlalu asyik nak merubah orang lain ke arah apa yang kita yakin sebagai yang terbaik. namun begitu, tidakkah kita sedar bahawa rasulullah saw juga tidak dapat memberi petunjuk kepada mana-mana individu kerana petunjuk kepada kebenaran yang hakiki itu adalah milik Allah. Rasulullah saw adalah penyampai risalah Allah. cuba kita perhatikan juga bahawa rasulullah terlebih dahulu memulakan dakwah itu dari akar umbi. marilah kita pertamanya berdakwah kepada diri kita terlebih dahulu, kemudiannya kepada keluarga dan barulah kepada masyarakat luar. kita juga tidak sepatutnya cuba menjadi hakim ke atas seseorang individu sekiranya kita bukan ahlinya dan bukan orang yang diberi kuasa untuk menjadi hakim. namun yang demikian, sampaikanlah khabar gembira dan peringatan yang terkandung di dalam al quran dan sunnah rasulullah kerana itulah sebenarnya usaha yang kita patut contohi. bukankah hanya Allah hakim yang Maha Adil.

inilah sahaja hujahan pendek dari saya buat kali ini. semoga Allah merahmati kita dengan al quran dan semoga Allah mengampunkakn saya diatas segala kekurangan. disini saya sertakan beberapa keping gambar dari sabah.