Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Wednesday, April 18, 2012

kemenjadian diri?

zaman yang kini dikatakan ilmu pendidikan merupakan tunjang pencapaian diri dan negara memperlihatkan lebih ramai insan yang mencapai suatu tahap pendidikan yang dikatakan lebih tinggi dari golongan yang terdahulu. perkara ini mungkin diukur dengan statistik bagi mereka yang mempunyai sijil-sijil termasuklah diploma, ijazah dan sebagainya.jumlah yang mencapai keputusan yang cemerlang juga tidak terkira banyaknya.

namun adakah ini penanda aras bahawa manusia telah menjadi lebih bijak, lebih terdidik dan telah mencapai tahap kemenjadian diri yang dikehendaki oleh negara? jika berdasarkan statistik kelulusan akademik mungkin tiada jawapan lain melainkan Ya!

namun demikian, statistik juga menunjukkan bahawa telah berlaku lebih banyak penyakit sosial dan pertambahan pelbagai masalah lain termasuklah gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, kenaikan inflasi yang tak terkawal, politik yang semakin tidak menentu hala tuju dan tujuannya, manusia yang bukan sahaja menjadi binatang namun semakin ramai yang sedang mentransformasikan diri untuk menjadi syaitan. apakah masalah ini tidak berkaitan dengan kemenjadian diri insan?

ayuhai insan-insan sekalian. renung-renungkanlah.
penulis hanya berpendapat bahawa kita manusia akhir zaman mungkin telah ramai mencapai tahap pendidikan yang lebih tinggi jika ianya diukur dengan instrumen-instrumen yang direka oleh manusia. namun begitu, marilah kita sama-sama menilai, melihat dan merenung jauh ke dalam diri kita dengan menggunakan instrumen-instrumen Allah yang telah Allah abadikan di dalam al-quran dan melalui hadis-hadis rasulullah s.a.w.

sedih rasanya jika kita menghayati segala pengorbanan rasullullah dan usaha baginda untuk memastikan bahawa agama islam yang suci ini dihayati dengan sebenar-benarnya. bukankah baginda insan yang kita perlu cintai dan contohi melebihi insan-insan lain?