Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Sunday, February 3, 2013

pikir lagi


Bila dok pikir-pikir makin terasa dekat aja kiamat tu.... zaman skarang manusia makin menjadi2. baik lelaki, perempuan, anak, bapa, ibu dll... semua sama aja. ramai yang susah nak mendukung dunia sambil menjunjung agama. semua yang berlaku bermula sebenarnya dengan kerakusan manusia itu sendiri apabila agama tidak lagi kita junjung. kebanyakkannya tanpa sedar pada asalnya telah menjunjung dunia dengan bersandarkan demi agama.

adakah segala kerosakan ini bermula dengan niat kita melakukan segala amalan harian kerana mengharapkan syurga Allah bukannya kerana kita melakukannya atas dasar cinta kita kepada Allah?

berdasarkan pemerhatian insan kerdil ini, aku merasakan bahawa kita sering meninginkan kebaikan dan kekuatan agama untuk insan2 lain. namun bagaimana pula dengan diri kita sendiri? kadangpula, terdapat diantara kita yang menganggap bahawa kebaikan yang paling utama adalah kejayaan di atas dunia. walau dibibir menyatakan impian ke arah kecemerlangan yang seimbang namun kita sebenarnya lebih risau jika anak kita hanya bergelar pekerja yang kita anggap 'biasa-biasa'.

susah juga kadang bila nak menulis..... takut nanti ada yang tersalah tafsir pabila maksud x sampai. hmmmmmmm.....