Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Tuesday, March 19, 2013




Waktu sekarang ni mesti hamba-hamba Allah yang berminat dengan politik mesti tengah sibuk. Tak kira lah dimana-mana; baik dalam dewan, dalam pejabat, kat kedai kopi or mana2 shaja, perbincangan tentang hal politik semakin hangat. Ada yang asal kawan dah jadi lawan. Ada juga yang jadi gunting dalam lipatan.

Sekarang ni, ramai ahli masyarakat dah jadi pening. Dulu ikut ingatkan benar. Sekarang dah tak tahu mana yang benar. Masing-masing kata dia yang betul. Yang jadi macam bendul tu siapa? Masyarakat dok tengah garu kepala. bila dok pikiaq, semuanya cam sama.
Yang dah dok lama dah mula rasa macam kebas2. Mungkin dah takut nanti kerusi kan kena kebas. Yang baru plak sanggup ikut puak yang nak hidup 'bebas'. Janji kerusi orang lama boleh kena tebas. Hmmmmm.....

Bila aku nak bersuara orang selalu tanya aku ni dok belah mana. Lagi tak jawab orang pulak tak nak dengar apa aku nak cakap. Bila cakap kata aku hanya nak jadi ahli ilmu... orang cakap aku tak layak nak duduk sebangku. Takkan nak trima nasihat pun  nak kena pilih bulu. 

Jadi kat sinilah akhirnya aku menulis. Bukannya yang aku cari tu nama. Cuma sedih bila tengok sampai dah tak mengaku saudara. Bukan kah kita cintakan agama. Hidup ni pun bukannya lama. Buat apa dok gaduh tentang hal2 dunia sedangkan hal akhirat buat macam takda apa-apa.

Yang aku hairan, masing-masing nak jadi pemimpin. Ilmu agama sampai diperdagangkan. Dah jadi macam mainan; untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Ayuhlah....marilah kita lebih banyak mencari ilmu sebelum bersuara. Kerana yang berilmu akan mencintai saudaranya. Mana-mana pemimpin juga harus mula terima pandangan dari yang ahli. janganlah asyik dok pakai logik akal sendiri. Yang ahli pula kena lebih kuat, jangan jadi seperti ahli kitab yang lebih cintakan kemewahan dunia. Almaklumlah.... semua ni tak kemana.

Kita semua ada yang silap. Mengaku sjalah dan maafkanlah.

Bukankah rasulullah s.a.w telah berpesan..."Berpeganglah kamu kepada dua perkara (Al Quran dan sunnah rasulullah) dan kamu akan selamat selama-lamanya".

BERSATULAH KERANA AGAMA 

Segalanya hanya milik Allah.