Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Saturday, October 26, 2013

kadang-kadang... nak menulis pun aku jadi takut. almaklumlah ilmu tak setara mana. takut juga kalau tersalah tulis. Ya Allah, lindungilah hamba Mu ini.


Kali ini, ingin aku hamparkan pandangan di ruang kecil ini. Aku berdoa agar ia boleh membawa kebaikan dan boleh dijadikan bahan untuk dibuat renungan.

Dalam kehidupan sebagai seorang muslim, kita diajar untuk saling berkasih sayang, hormat-menghormati, bantu membantu dan sebagainya. Ini semua sebenarnya adalah tanggungjawab kita terhadap ahli masyarakat yang lain demi menbentuk ummah yang bersatu. Apakah yang menjadi "ultimate goal"nya? Bukankah ingin kita menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadah?

Timbul persoalan akhirnya, bagaimana ingin berkasih sayang dengan insan-insan yang menzalimi atau membenci kita?; menghormati insan-insan yang tidak langsung pernah menghormati kita?; bahkan bagaimana kita boleh membantu insan-insan yang sering menyusahkan hidup kita?Persoalan-persoalan ini mungkin sudah biasa kita dengar atau kita ajukan sama ada pada insan lain atau diri sendiri. Kemudiannya, pelbagai persoalan lain akan mula timbul dan diantaranya; bagaimana ingin menghormati manusia yang zalim, membenci dan menyusahkan diri mereka sendiri? Semakin kita berfikir dengan menggunakan akal maka semakin banyaklah persoalan yang akan timbul. Kita kadangkala jadi buntu, sedih, marah, kasihan,berdendam dan sebagainya.

Jadi, adakah ada jalan penyelesaiannya.

Ya! Carilah, Fahamilah dan Hayatilah Islam dengan sebenar-benarnya sepertimana Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 208.

Selain ayat di atas, Allah SWT telah berfirman di dalam surah Ali Imran:19 yang menerangkan bagaimana "Sesungguhnya agama yang (benar, yang diterima dan di redhai) di sisi Allah SWT adalah Islam" dan Allah SWT juga telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 3 yang menunjukkan bukti kebenaran dimana telah Allah SWT SEMPURNAKAN bagi manusia itu akan agamanya dan REDHA untuk ISLAM itu menjadi agama bagi setiap umat manusia.

Kita apabila ditimpa masalah atau di uji dengan sesuatu musibah akan cuba mencari jalan penyelesaian dan kebiasaanya agama sering menjadi tempat terakhir yang kita cari.

Sesungguhnya bukan niat diri yang jahil ini untuk menimbulkan kemarahan sesiapa. Namun, ingin aku sampaikan nasihat ini kepada diri ku dan insan-insan lain yang ingin mencari penyelesaian kepada pelbagai persoalan di atas atau persoalan lain yang sering menghantui diri atau yang sering menyebabkan diri dalam kesulitan, kesedihan atau kepayahan.

Pelbagai masalah timbul dizaman akhir zaman ini. Namun, sedarilah bahawa masalah-masalah ini adalah ujian keimanan sepertimana Firman Allah di dalam surah Al Ankabut ayat 2:

Inilah tanda-tanda Allah ingin melihat adakah kita telah beriman dengan sebenar-benarnya. Sebenarnya Allah amat menyayangi kita. Allah berikan kita masa untuk kita mencari bekalan kebaikan untuk kita bawa pulang. Namun, kita semua mengetahui bahawasanya telah Allah SWT bersumpah bahawa "Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (mengerjakan kebaikan) serta saling berpesan (menasihati) kearah kebenaran dan saling berpesan (menasihati) dengan penuh kesabaran." Al Asr:1-3.


Mungkin penulisanku ini sukar untuk difahami. Maafkan aku kerana kekurangan ku. Namun sebenarnya, apa yang ingin ku ajak kalian bersama-sama dengan ku adalah mencari ilmu terutamanya ilmu agama Allah yang suci ini yakni Islam. Dan apa yang ingin aku simpulkan kepada diri ku dan kalian adalah sesunggunya segala persoalan kalian akan terjawab setelah kita benar-benar memahami dan menghayati islam dalam kehidupan.

Janganlah kita bersedih disebabkan musibah yang menimpa kerana ia adalah ujian. Walaupun ia adalah azab dari Allah SWT maka bersabar, bertaubat dan kembalilah ke jalan Allah SWT kerana Allah SWT masih menyayangi kita dan memberikan kita peluang untuk berubah.

Didiklah diri kita dengan cahaya islam yang telah sampai kepada kita dengan kesungguhan Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Sekiranya kita mampu, maka pimpinlah tangan-tangan insan lain bersama-sama dengan kita untuk kembali kepada agama Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Dan berdoalah agar kita, kaum kerabat kita dan sekalian manusia lainnya tidak tergolong dalam golongan seperti mana yang telah Allah SWT sebutkan di dalam surah Al Baqarah ayat yang ke 18.

Sesungguhnya Allah SWT tidak zalim dan tidak akan menganiaya setiap makhluk. Marilah kita bersama-sama mentarbiah yang sebenarnya bermula dengan diri sendiri.