Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Friday, December 13, 2013

Bidadari Mimpi part 2

Perjalanan menyusuri lereng dan denai kehidupan...
Memberi peluang padaku untuk menghayatinya.
Aku mensyukuri segala yang telah Allah SWT anugerahkan.
Namun, tetap ku semai impian untuk mencari bidadri mimpi.
Adakah bidadari mimpi itu bidadari hati.

Indahnya kalam Allah SWT,
Mencari bidadari mimpi umpama,
Beriman dengan yang ghaib,
yang termaktub di dalam ketetapan Nya.

Adakah aku menanti suatu kepulangan
atau sekadar suatu pengharapan yang tidak berpijak di bumi nyata.
Penantian itu mungkin penyeksaan.
Namun, pencarian... adalah mungkin sesuatu yang tiada ketentuan.
Mungkin jua hingga ke akhirnya.

Ku renung jauh ke dalam jiwa bidadari mimpi ku
Apakah sebenarnya yang engkau cari bidadari mimpi ku
Adakah benar aku akan bertemu dengan mu dalam pencarianku
Atau adakah segalanya adalah ilusi mimpi
Hanya Allah yang tahu
Di manakah kau bidadari mimpi ku sayang.

Tuesday, December 10, 2013

Jalaln yang sukar.


Jalan yang sukar...
kadangkala membawa duka...
kadangkala membawa gembira...

Jalan yang sukar...
boleh menyebabkan kita bukan hanya dimarahi...
boleh menyebabkan kita bukan hanya disakiti...

Jalan yang sukar...
Melaluinya membuatkan kita dibenci...
Menyusurinya kebiasaannya secara sendiri...
Pengakhirannya ada yang pasti.

Jalan yang sukar...
Perlukah dilalui andai ia begitu sukar?

Perlu diteliti terlebih dahulu adakah ia adalah kehendak agama?
Namun, perlu diteliti juga adakah ia kewajipan di dalam agama.

Sebenarnya tiada paksaan di dalam agama (2:256)...
Namun begitu, tidaklah Allah turunkan Al Quran itu kepada baginda Nabi Muhammad saw untuk menyusahkan baginda. Ini juga adalah bukti bahawa Al Qur'an tidak diturunkan untuk menyusahkan umat manusia (20:2) melainkan hanya sebagai peringatan bagi orang-orang yang takut untuk melanggar perintah Allah(20:3). Dan Allah swt juga tidak menjadikan sesuatu yang terpesong di dalam Al Qur'an (18:1).

Pada pendapat saya, tiada suatu kepayahan dan kesukaran di dalam agama Allah ini. Yang menjadikannya payah dan sukar itu adalah manusia. Terdapat segolongan manusia merasakan sukar untuk melakukan perkara yang wajib dilakukan dan juga sukar untuk meninggalkan perkara yang wajib ditinggal. Sekiranya perkara yang wajib pun menjadi sukar, apakan lagi perkara-perkara yang harus atau perkara-perkara sunat. Namun begitu, kita harus jelas tentang perkara-perkara yang wajib. Perkara-perkara yang sunat dan harus di dalam kehidupan yang di anggap ibadah ini adalah 'added value' kepada keimanan dan ketaqwaan seseorang. Seseorang muslim itu memilih sendiri jalan kehidupannya. Ia juga memilih sendiri untuk menentukan tingkatan iman dan taqwanya.

Zaman akhir zaman ini, mempertahankan agama ibarat menggenggam bara api. Ia begitu sukar dan perit. Namun, bagi insan-insan yang mencari redha Allah, kesukaran itulah yang menambahkan pahala dan keperitan dan kesukaran itu disusuri dengan ketabahan dan ketenangan sambil menikmati nikmat iman.         In Shaa Allah.

Sebagai kesimpulan di dalam coretan pendek ini, ingin saya utarakan suatu persoalan. Adakah hidup baginda Rasulullah SAW dan para sahabat di zaman penyebaran Islam tidak melalui kesukaran. Lihat juga apa yang telah berlaku kepada umat islam Rohingya di Myanmar, di Kashmir, di Palestin dan sebagainya. Tidakkah apa yang mereka lalui itu lebih sukar berbanding dengan apa yang kita lalui di Malaysia ini.

Kita memilih laluan kita sendiri. Pilihlah laluan yang terbaik kerana tiada paksaan sebenarnya di dalam agama.

Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai oleh Allah itu adalah Islam.

Kepada diriku dan saudara yang seagama denganku. Andai kalian sedang melaui suatu kesukaran, yakinlah bahawa ia adalah ujian Allah untuk menguji iman kerana janji Allah; sesunguhhnya orang-orang yang beriman itu tahan diuji.

Janganlah bersedih kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.