Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Wednesday, February 17, 2016

Kematangan seorang hamba

As salam. Menjenguk sekali skali ke blog yg usang ini, barulah aku memahami akan makna kekangan. Benarlah bahawa amat penting untuk kita mengingati akan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

Dalam kesibukan perjalanan fisabilillah ini, terpanggil aku untuk berkongsi sedikit ilmu dari yang tiada. Ilmu yang Yang Maha Mengetahui itu hanya DIA. Yang Maha Bijaksana itu juga hanya DIA.

"In The Name of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful".

Teringat aku akan sebuah hadith nabi yg bermaksud, "Aku ini hanya penyampai/pemberi ilmu. Yang memberi kefahaman itu hanya Allah". Hadith ini ku lihat amat dekat dgn firman Allah di dalam Al Quran yg bemaksud, " Ya Muhammad, sesungguhnya tanggungjawab/amanah mu hanyalah menyampaikan risalahku dan yang memberi kefahaman/petunjuk itu hanyalah milik KU (ALLAH)".

Maksud ayat al-quran dan hadith ini amat memberi kesan padaku. Sesungguhnya kita semua hanyalah penyambung usaha baginda Nabi SAW, para Salafus Shalih, alim ulama dan setiap manusia yang mengagungkan Penciptanya, mencintai agamanya dan juga baginda Nabi SAW. Dan sesungguhnya kita ini juga tiada kuasa untuk memberi petunjuk kebenaran kepada manusia termasuklah insan-insan yang kita cintai kerana Allah. Namun, ia juga bukanlah alasan untuk kita tidak menyampaikan segala kebenaran islam. Cumanya, setiap usaha penyampaian itu perlulah di penuhi dengan sifat sabar dan dihiasi dengan hikmah.

Dicoretan pendek ini, aku hanya ingin berkongsi tentang 'kematangan seorang hamba'. Secara ringkas, kematangan seorang hamba ini aku terjemahkan dengan seikhlas dan sejujur mana ia dengan Penciptanya. Sebagai contoh, dalam hidup yang sebenarnya satu ibadah ini, sejujur mana kita redha dgn qada' dan qadar NYA. Kesakitan, kepiluan, kefakiran, kemiskinan dan ujian-ujian kesukaran yang lain amat menguji akan kematangan seorang hamba. Selain dari Nabi SAW, aku juga amat kagum dengan kesabaran Nabi Ayyub a.s. Bukankan golongan manusia yg bersyukur dgn nikmat dan bersabar dengan ujian itu adalah golongan manusia yang dicintai Allah? dan bukankah manusia yang benar beriman itu tahan diuji? Akhirnya aku menasihati diriku dan setiap yang membaca agar sama-sama berusaha mempertingkatkan 'kematangan seorang hamba'.


Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaNYA jualah kami kembali.
Yang baik itu dari Allah.
Kesilapan coretan ku mohon agar diampuni.
Maafkanlah kekurangan ku, insan yang masih serba kurang tahu.
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami hamba yang membaca al-quran namun sesat dengannya.





No comments:

Post a Comment