Everything leads to One

"Personal views of a dying traveller"

Hasil karya aku....

1.
00:02
Anak yang sia-sia dilahirkan ini ingin memperkatakan tentang sesuatu…
Kenapa manusia sering menilai sesuatu dengan tidak menggunakan iman?
Kita kononnya bangga melaungkan kalam Tuhan
Angkuhnya kita sehingga kita lupa bahawa…
Setinggi manapun ilmu yang kita capai,
Ianya takkan lebih tinggi, melainkan hanya sekadar buih di lautan…………..
Anak yang tidak diredhai hidupnya ini menulis lagi…
Bukankah kita mengaku beriman dengan qada’ dan qadar?
Adakah kita lupa…. Hanya Allah yang mengetahui lagi Maha
Akan segala perkara-perkara ghaib?
Jika yang demikian, mengapa manusia begitu mudah menyalahkan akan kejadian perkara-perkara ghaib walau kadang hadirnya tanpa disangka atau dipinta?
Bukankah ianya hadir dengan kehendak dari Allah yang Maha Esa.
Dimanakah letaknya keimanan di dalam hati?
Adakah ajaran islam itu difahami dan di hayati?
Bukankah Al-Quran dan Sunnah patut dikaji?
Sedarkah dan yakinkah kita yang kita akan menemui mati?
Adakah yang berat itu yang di Kanan atau di Kiri?
Bertaubatlah kita sebelum nafas terhenti…
Sebelum jasad di himpit bumi…..
Sesungguhnya hanya padaMu Allah…. Anak ini berdoa agar kalian semua dirahmati dan diampuni…
Biar diri ini telah menjadi jasad yang di makan bumi…
Kalian semua… aku sayangi.

Demi hidup yang sementara ini……….. aku bertawakkal kepada Allah. 29 September 2009 12.27

2.
Sebuah keyakinan..

Bermula dengan pemberianMu…
Aku sujud syukur,
Biarkan suara-suara itu mengganggu suatu kebenaran
yang tersurat dan tersirat dalam kalam Tuhan…
bermula dengan pemberianMu… aku membentuk sebuah harapan…
yang hadir dalam keyakinanku pada Mu
Allah yang satu..
Aku terjah akan sebuah kesunyian
Disebalik kepiluan yang aku sedar bakal menggugat sebuah kesabaran…
Semuanya hanya setelah aku sedar,
Dan aku yakin akan kata-katamu Tuhan.
Hari berganti namun aku tidak goyah…
Kerana engkau telah memberiku sebuah kemanisan
Disebalik badai yang melanda…
Ya allah… kau berilah aku kekuatan dengan kekuatanMu…
Terangilah Qalbu dan Lisanku dengan Cahaya Mu…
Jauhilah aku dari segala sifat yang engkau murkai…
Tetapkanlah aku di atas jalan yang Engkau redhai.
Ya Allah… andai bakal datang lagi ujian buat diri ini, engkau berilah aku sebuah lagi keyakinan yang tetap… aku berdoa padaMu ya Allah… dengan pemberianMu… aku ingin hidup dan mati ku bercahaya.
Amin………..
7 dis 2009
hak cipta terpelihara

3.
Bidadari Mimpi...

Adakah bidadari cuma wujud di alam mimpi atau benarkah bidadari itu hanya sekadar mimpi bagi mengisi kekosongan hati ?

Hati sering menangisi akan belaian manja suara di lubuk hati,
Indah kelihatan amat berseri namun berlari riang hanya di atas awan.
Dimanakah engkau bidadari ku sayang,
Aku merindu akan kenangan yang telah engkau janjikan.

Hati ini sering mengejar bayang mu yang dekat jauh,
Merintih adat agama ku lihat engkau di celahan kabus masa,
Tertindih azab zaman aku merayu keikhlasan mu,
Usaplah hati yang diluka ini dengan tulusan sentuhan mu.

Jasad ini dilihat tanpa jaga,
Disiram tanpa upaya,
Dibelai tanpa haba,
Dicium juga tanpa nafsunya.
Mati mungkin bertemankan bidadari ku.

Aduhai bidadari mimpi…
Bidadari ku yang abadi…
Rindu ini ku tujukan buatmu…
Biarlah walau seribu tahun…
Janganlah biar dilarikan zaman…
Usah kau sirami jasad ini dengan keasidan…
Akhir insaf engkau dan aku…
Hanyalah makhluk utusan Tuhan.

Aku tetap akan menanti mu selagi inilah ketentuan Tuhan.
Kembalilah wahai Bidadari.

hak cipta terpelihara

4.
Keimanan

Dimanakah dirimu,
ku cari
disebalik ujian Illahi...

Kuselami,
akan segala kepahitan.

Aku cuba untuk redha...
Semuanya kerana aku cuba mencarimu,
keimanan ku pada yang satu...
sebelum nafasku terhenti... dan sebelum aku dijemput pulang...
olehMu... Tuhanku
hatimenangis siapalah yang tahu, kecualilah diriMu.
hak cipta terpelihara
10/10/09

5.

sekiranya di izinkan Tuhan,
inginku pohon dipermudahkan segala urusan.
Impian ingin aku jadikan kenyataan.
setiap harapan akan aku galas..
dengan keringat pemberian Tuhan.

Aku sering duduk kesorangan
sambil mencari sebuah ketenangan.
Aku perah minda sepenuh hati
Senjata mata pena sering aku lihat
terhenti- henti...
Tariannya persis pujangga yang sedang duduk,
memuji keagungan Tuhan..

6.
there were so called the True...
living forgetfully The One...
Insearch then be the True...
finally better than so called the True...
born the real True ONLY....
when so called the True and Insearch,
never stop doing things asked by The One.
reminds me about one verse in quran about nabi yaakub and nabi yusuf a.s ".. knowledge that you have is from Me (Allah) and you (only know) things that We (Allah) let you know..."

7.entah kenapa.. terseksa cuma?
inikan hanya dunia...
sifatnya sementara...
yang kekal nanti hanya di sana.
namun aku hanya seorang insan biasa sahaja...
bukan malaikat...
namun menagih merintih nikmat iman.
terseksa cuma...?
aku mengharapkan bahagia segera...
namun ku ingat janji Allah untuk yg mendambakan-NYA.
terseksa cuma aku?
kenapa begini jadinya...
setiap baris persoalan ku lihat tersedia seindah jawapan...
manis dalam pahit dalam manis...
aku terkaku bisu...

terseksakah sebenarnya aku...?
dibanding dgn para fisabilillah...
terseksakah aku..?
aku tiba ketawa...
bukankah inilah janji Tuhan..
setiap yg hidup...
pasti diuji menghempas ketenangan.

Ya Allah..
hambaMu ini memohon ampun dariMu
andai keluhanku menjauhkan diri ini dari insan yang bersyukur...
maka aku bertaubat padaMu...
semoga Engkau (Allah) menerima taubatku.




8.
wanita oh wanita...
engkau dan aku sama pada darjat Manusia di mata Nya,
berbezanya hanya dari segi taqwa,
kurang akal dan agama bukannya lemah,
namun sedarlah kerana sunnatullah itu berhikmah.

wanita oh wanita...
indahnya islam bukan kerana nafsu dan logik semata,
terpasak hukum PASTI kerana itu yang terbaik,
logik akal itu pendek untuk menilai ketentuan Yang Maha Esa.
wanita oh wanita...
engkau hebat hingga ramai lelaki tertewas,
kerana kelemahan iman,
kerana hasutan nafsu,
tidakkah engkau merasa bersalah,
andai musnahnya pemimpin,
keranamu.

wanita oh wanita...
dijadikan dirimu penuh hikmah,
kekasih seorang suami,
penyejuk mata,
penawar hati,
menajamkan fikiran,
demi amal kalian,
hidup dan mati hanya untuk,
dan demi Allah, Tuhan semesta alam.

wanita oh wanita...
didiklah imanmu agar setiap lisan,
setiap amalan,
hanya Demi Allah,
bukan kerana nafsu,
bukan kerana kurangnya akal dan agamamu.

wanita oh wanita...
kadang ada pemimpin yang terpesong,
perbuatan atas kata nama islam namun topeng dunia,
janganlah engkau terpengaruh atau terus mempengaruh,
buktikanlah bahawa engkau tergolong,
dalam kelompok kecil wanita,
yang lebih hebat akal dan agamanya,
yang menjadi hiasan taman-taman syurga.

wanita oh wanita...
setiap insan itu sama darjatnya,
sama ada lelaki mahupun wanita,
cuma perlu kita tanya dimana iman dan takwa,
pengakhiran kita hanya syurga dan neraka.

wanita oh wanita...
beginilah islam mengajarku berbicara,
ku pohon ampun andai bahasa ku mengundang dosa,
semoga Allah merahmati kita dengan Al quran,
semoga hadirnya hujah kita juga berpaksikan Al quran,
wahai Tuhan semesta alam.

wanita oh wanita...
lelaki itu mencintai wanita,
didiklah jua akan mereka,
sesungguhnya yang paling di cari oleh kalian,
adalah Allah Yang Maha Esa.

9.

lelaki oh lelaki,
bukan engkau Terjadi lelaki,
Allah menjadikan engkau lelaki,
untuk memimpin,
bukan untuk dipimpin.


lelaki oh lelaki,
al quran itu imam,
ada lembut ada keras,
bukan zalim,
namun pengubat bagi Semua penyakit manusia.

lelaki oh lelaki,
kasih kita itu sayang,
namun bukan alasan terhoyong-hayang,
ketetapan itu ada dalam sembahyang.

lelaki oh lelaki,
hak itu amanah,
amanah juga hak,
kita berhak ke atas hak,
dan kita wajib memberi hak.

lelaki oh lelaki,
engkau anuti agama Allah,
bukan sebagi penakut kalam manusia.
setiap lelaki itu marhain,
namun tinggi martabatnya bagi yang Sedar.

lelaki oh lelaki,
jangan menghalalkan sesuatu yang haram,
jangan juga mengharamkan sesuatu yang halal,
inilah ketetapan kepimpinan lelaki,
kerana itulah engkau dilebihkan akal,
oleh Ilahi.

lelaki oh lelaki,
Adam tertewas dengan pujukkan Hawa,
Muhammad ditegur kerana Hafsah dan Aishah,
sebagai pengajaran kepada lelaki,
wanita itu Perlu dipimpin,
kerana kurang akal,
dan juga agamanya.

lelaki oh lelaki,
agama itu tiang diri,
tidak nampak namun wajib dihayati,
oleh insan bergelar Lelaki,
bagi memimpin diri sendiri,
insan bergelar anak dan isteri,
dan masyarakat duniawi.

lelaki oh lelaki,
kesimpulan hadis telah tersurat,
bukan semua wanita kurang akal,
bukan semua wanita kurang agamanya,
mereka inilah penghuni  taman syurga,
bagi menggantikan lelaki,
yang kurang akal,
dan agamanya,
yang terseksa di neraka,
kerana tidak menjalankan amanahNya.

lelaki oh lelaki,
maaf atas terlanjur bicara,
bukan adap untuk menanggung dosa,
cuma takut dengan kalam Allah,
 bukan untuk takut manusia.
namun terpanggil untuk berkata,
kerana dunia ini bakal musnah,
dengan tangan-tangan manusia.
termasuklah lelaki,
kerana mencintai dunia,
kerana lebih mencintai wanita,
hingga tergadai agamanya.


lelaki oh lelaki,
jadilah engkau pemimpin sejati,
teruslah berjihad kerana Ilahi,
Rasulullah itu contoh sejati,
ketahui dan hayati,
akan Al Quran dan ketentuan Ilahi.
janganlah engkau takutkan Dunia,
kerana semuanya sementara.

lelaki oh lelaki,
lebih beruntung insan terkorban jihad kerana syurga,
amat rugi matinya mudah namun ke neraka.

lelaki oh lelaki,
sumpah kalian 5 kali sehari,
"sesungguhnya solat ku, ibadah ku, hidup ku dan mati ku, hanyalah DEMI ALLAH,
TUHAN SEMESTA ALAM.


Allah mengizinkan aku menulis,
ku pohon jutaan ampun jika ini bukan redhaNya.
aku hanya penulis jalanan,
yang mencari ke tenangan Aku.


10. apakah yang engkau cari

apakah yang engkau cari sahabatku...
dunia engkau yakin sementara cuma...
namun langkahmu atas dunia bak panglima kafir...
gagahmu hanya tenaga kufur..
usahamu brpandu adat udang di sebalik batu.

yakinkah olehmu sahabat...
akan perjalanan ini kembali ke asal sebenarnya...
cuma hanya akan hadir petunjuk abadi
yang tidak lagi dapat kita ubah...
walau ditukar dengan harta seberat bumi.

yakinlah olehmu sahabatku sayang...
kitaa bukan hidup di hening pagi..
juga bukan hidup untuk menongkat langit,
kita pasti akan kembali..
bertemu Allah, Tuhan yang abadi.
menerima kitab...
Adakah... dari kanan atau kiri. 11/5/11

2 comments: